Salam Ramadhan...
Pejam celik dah 7 hari kita berpuasa. Sekejap je kan.. hehehe, Alhamdulillah, aku di beri rezeki lagi utk raya tahun ni, dapat la belikan adik2 dan mak sorang sepasang pakaian... Sesungguhnya aku bersyukur dengan nikmatMU Ya Tuhan. Engkaulah Maha Penyayang dan Pemurah. Moga aku tidak alpha dengan rezeki yang kau berikann dan rezeki ini mampu ku berikan kepada mereka yang lebih memerlukan. =)
2011 sebenarnya banyak mengajar aku erti kehidupan. Hanya berpunca dengan pertemuan itu, hidupku berubah sama sekali. Perubahan kepada yang lebih baik. Inilah yang aku cari selama ini. Alhamdulillah berkat kesabaran dan doa yang tak pernah putus aku jumpa juga akhirnya. Berada di dalam golongan mereka yang nampak akan aku. Selama ini hidup aku hanya di dalam kepompong.. Terpenjara... hahaha, bila ingat2 balik Ya Allah ape la aku ni kan dulu.. Teruk bebenor... =P... yang penting penghijrahan aku ke bandar yang penuh pancaroba ini, KL, akhirnya bertemu jua jalan yang aku cari selama ini. Itu pun setelah 4 tahun. Tapi syukurlah kerana ia tetap hadir. Apa yang aku belajar di sini, sebagai hamba Allah kita harus banyak bersabar. Jangan terlalu menghukum terutama sekali menghukum diri kira sendiri. Sayangilah diri kita sebelum kita belajar utk menyayangi diri org lain..
Bercerita pasal REZEKI ini, apa yang aku belajar dengan keluarga baru ku ini adalah dalam melakukan sesuatu kita harus ikhlas. Tidak mengharapkan ganjaran. Rezeki Allah tu ada di mana2 sahaja. Selagi kita ikhlas dan berusaha ke arah itu. InsyaAllah rezeki tetap ada utk kita tidak kira dalam bentuk apa pun datang. Please JANGAN KENDEKUT... tak ke mana la duit korang tu. Hahahaha, kalau ade rezeki lebih2 tu bawak2 la belanja org makan ke, belikanlah mak kita baju ke, kasut ke. tak kisah la ape pun, Membuat hati seorang ibu itu gembira adalah satu kerja amal yang mulia. Mereka tak mengharapkan wang berbukit dan intan belian,.. cukuplah perhatian dari anak2. Jika kita memberi sekecil2 pemberian pada dia pun bisa membuat mereka rasa di hargai. Ingat ye!!! Mengingati ibu bapa dan mendoakan mereka sebenarnya akan memanjang kan rezeki kita. So apa lagi, jgn kemut sgt nak kuarkan duit utk mak dan ayah yang kita sayang k dan juga ahli keluarga yang lain. Apa yang cuba aku lakukan sekarang ini adalah membuat aku berasa sangat puas dengan hidup ini... Itu lah kepuasan yang tak terperi dapat aku rasakan.. =).. cubalah ye..
Rasanya sampai situ je la leh nak share sedikit sebanyak pengalaman aku, selalu beringat SESUATU YANG HADIR DALAM HIDUP KITA TU SESUATU YANG BAIK, HANYA KITA JE YANG SALAH MENAFSIRKANNYA... Selamat berbuka puasa semua.. Semoga hidup kita semua sentiasa di Rahmati dan kita dijauhkan dari perkara2 nahi mungkar...
~LA~
0 comments:
Post a Comment