Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra
Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang
Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra
Lagu yang banyak mengundang rasa sayang, cinta dan kasih. Dalam aku ada dia dan dalam dia aku temui aku. Dalam suka pasti ada duka. Dalam manis pasti ada pahitnya. Dalam gembira pasti ada sedihnya... Jika terlalu sayang, pasti akan terguris hatinya...
Pabila 2 hati yang murni dan ikhlas terpaut. Pasti ada rasa dan getar yang hadir. Itulah perasaan paling indah yang pernah aku rasakan. Jika salah seorang rasa sedih dan gusar, seorang lagi pasti akan merasakannya juga. Hahahahaha, sampai ada yang kata rupa kami sama. Bila aku tanyakan padanya, jawabnya "bila hati dan rasa kita dah bersatu, engkau adalah aku dan aku adalah engkau, itu yg menjadikan kita nampak sama". Aku hanya tersenyum menerima jawapan itu. Mungkin benar katanya. Sebab itu lah, bila bayi lahir, dia kan mengikut rupa org yang rapat dengannya. Ada juga aku dengar, seorang anak angkat yg di perlihara keluarga angkatnya akan mengikut rupa paras org yang menjaganya. Ada kemungkinan besar jugak jawapan si dia itu benar.. Kuasa Allah.
Segala kejadian yang berlaku bersebab. Janganlah kalian terlalu alpha dengan kesedihan diri sendiri dari memikirkan akan nikmat yang akan kamu perolehi di masa akan datang. Jangan nak menghukum orang lain semata2 kerana takdir dari Illahi. Sesungguhnya hanya DIA yang maha mengetahui akan sesuatu itu. Itukah tanda sayang DIA kepada kita dengan memberi ujian hati dan perasaan. Jika mampu kita laluinya maka nikmat dan ganjaran yang besar akan kita perolehi. Berbalik semula kepada asal. Akan kau temui jawapanNYA. Kasih sayangNYA tiada batas.
0 comments:
Post a Comment