Syukur Alhamdulillah...
Man Jadda Wajada, "Barangsiapa yang bersungguh2 akan mendapatkannya."
Berkat kesabaran, berkat usaha yang tidak sudah, berkat doa semua pihak, segalanya akan berubah lebih baik... Kita hanya perlukan sedikit kekuatan, sedikit semangat dan sokongan org sekeliling, dan selebihnya usaha sendiri utk berdiri semakin kukuh dan akhirnya tawakal kepada Allah. Ingatlah, Janji Allah tu pasti. Setiap kebaikan yang kita lakukan di atas muka bumi ini akan di balas juga dengan kebaikan.
Aku bersyukur kerana semakin hari aku lihat dia semakin maju setapak demi setapak dalam mencari sedikit kejayaan dalam merubah hidupnya. Congrate my dear, I'm proud of you. Anggaplah ini adalah langkah pertama kamu. Dan banyak lagi langkah2 di depan yang kau kena tempuh. Banyak lagi simpang dan ranjau kau harus harungi. Aku di sini akan terus berada di belakang dan terus menjadi penyokong kuatmu. Andai kata ditakdirkan ikatan ini tidak tersimpun dengan tali pernikahan. Aku redha dan masih gembira kerana aku adalah antara org yang bersamamu ketika susahmu.
Dalam masa yang sama juga, aku cuba untuk merubah hidupku ke tangga yang lebih baik lagi. Alhamdulillah juga kerana laluan itu semakin menampakkan perubahan setelah pelbagai onak duri yang aku lalui. Memang hidup ini satu perjuangan.. Pertarungan dalam hidup yang menuntut pelbagai pengorbanan dan air mata.. Man Jadda Wa Jaddan... Selagi kita bersungguh2 kita akan mendapatkan apa yang kita inginkan... InsyaAllah dengan kehendakNYA.
Bersamamu...
Mengharungi kesusahan bersama adalah satu rahmat buatku..
Jika kita tak kenal susah dahulu...
Kita tidak akan menghargai kesenangan yang akan kita perolehi nanti..
Jika kita tidak kenal dengan tangisan kita pada hari ini,
Kita mungkin tidak akan menghargai senyuman pada masa akan datang..
Segala yang hadir dalam hidup ini adalah yang terbaik utk diri kita
hanya kita sahaja yang salah menafsirkannya...
Terima kasih Ya Allah,
Kerna kau hadirkan dia utk memimpinku..
Moga kau restui hubungan ini..
Dan hubungan ini akan kekal abadi atas namaMU..
Ya Allah
Bila magrifahMU lebih dahulu mencapai mencapai dia sebelumku
Izinkanlah dia memberi syafaat untukku
Tetapi jika magrifahMU lebih dahulu mencapai diriku
Maka izinkanlah aku memberi syafaat untuk dia
sehingga kami disatukan
Bersama dengan santunMU
Di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-MU,
AmpunanMU serta rahmatMU
Sesungguhnya Engkaulah
Yamg memiliki Kurnia Maha Agung
serta kurnia yang tak berakhir
Dan Engkaulah yang Maha Pengasih Diantara semua pengasih.
0 comments:
Post a Comment