-->
skip to main | skip to sidebar

PENCARIAN AKU....

Aku perlukan bimbinganMU Ya Tuhan. Kerana Engkaulah Gembalaku yang sejati.

About Me

My Photo
Liyza Aziz (LA)
Hidup ini satu pencarian. Aku sentiasa mencari tanpa pernah jemu. Terlalu banyak ilmu Allah yg tak mampu dan kdg2 tak tejangkau oleh fikiran. Carilah, dan kau akan temui jawapannya.....
View my complete profile

Sunday, August 14

::Hati::

Allah KAU tetapkan segala2nya utk kita
Sama ada baik atau tidak satu perkara itu dalam hidup kita
tetapi kita harus redha dan terima ketentuanNYA..
Kerna DIA Maha Mengetahui tetang sesuatu kejadian itu

Jika kita tidak merasa pahit hidup di dunia ni
Mana mungkin kita akan bersyukur dengan manis yang DIA kurniakan
Jika kita tak rasai sedihnya hati ini
Mana mungkin kita akan menghargai rasa gembira dan suka yg DIA beri..
Sedarlah bahawa semua itu adalah tarbiyah untuk kita
Memang sakit kadang kala hati mau menerima rasa pahit itu
Memang sakit bila mana rasa gembira di rentap pergi
Tapi itu bukanlah alasan utk kita menyerah...

Semoga hidup kita sentiasa di bawah rahmatNYA
Amin..

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 13:04 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Saturday, August 13

::Nota Dari Ayahanda : Pesanan Pak Tua Di Kaki Bukit::


Ini adalah nota yang di tulis Ayahanda SY. Rasanya sgt2 berguna dan boleh la aku share dengan semua org di luar sana... Yang baik kita amiklah jadikan bekalan ye... Terima kasih ayahanda kerana sentiasa memberi nasihat dan tunjuk ajar pada kami semua....  Selamat Membaca... =)

Teringat kata pak tua d kaki bukit " dunia ini bagaikan tempat permainan kanak kanak jika kot tak tinggalkan permainan kanak2 macamna kot nak jadi dewasa???  Sikap org lain sangat mempengaruhi susana hatinya, ketika d beri sesuatu dia merasa gembira jika d tolak kehendaknya maka dia akan kecewa. Itulah sifat kanak kanak. Sedangkan orang dewasa pemberian atau penolakan tidak membuatkan hatinya senang atau susah kerana baginya Allah telah Redho. Jadi kot kena ingat dan simpan dalam hati baik baik, kalau kot masih senang dengan pujian yg datang dan kecewa dengan apa yg tidak dapat atau tidak ada beerti kot masih bersikap kanak kanak kerana kot memanjakan nafsu dan tidak mensyukuri nikamt nikmat lain yg telah d berikan. Untuk apa kot nak rasa senang dng sesuatu yang datang dan kecewa dng sesuatu yg pergi padahal segala sesuatu yg datang dan pergi itu hanyalah lalu lintas Takdir Ilahi.

Mulai saat ini kot kenala melatih diri bahawa perasaan senang itu bukan kerana apa yg kot lakukan atau kot terima dari orang kerana semua itu datang dari Alla, Jangan d kaitkan dengan hebatnya ibadah atau ikhtiat kot. Jika Allah belom memberikan kot inginkan bersyukurlah kerana apa yg Allah tidak berikan sekarangbukan bererti selama lamanya Allah tidak berikan. Walau apa yg kita inginkan tidak terujud tetap sahaja Allah mewujudkan keinginan itu dalam bentuk yang lain. Banyak hal dlm kehidupan tidak sesuai dengan keinginan kita sebenarnya kerana itu Allah Maha mengetahui lalu tidak memenuhi keinginan kita atau DIA akan memberi seketika lalu d tariknya kembali. Jadi jangan rosakan hati dan akal macam kanak kanak. Kita masih bolih mengirup udara, menikmati makan minum hari2 masih berpakaian utk menutuoi aib  dan masih bolih beribadah, Inilah bukti bahawa Allah masih sayangkan kita jadi apanya yg tidak dapat?????

Ingatlah kot walau d mana sahaja kot berada hendaklah belajar bersyukur tidak sia sia sahaja mak bapa bagi nama mohd shukor ha ha ha ha (pak tua ketawa sejenak dan meneruskan) Bersyukur bukan hanya utk nikmat yang datang pada kita tetapi juga nikmat yg datang pada org lain. Inilah yang membuat ada atau tiada sesuatu tidak membuat hati sensara macam kanak kanak.

Siapakah yg lebih terseksa dari org yang mencintai dunia meskipun dia dah dapat apa yg dia nak. Kot akan melihat dirinya akan sentiasa hidup dlm kegelisan, selalu menangis sendirian kerana takut terpisah dng apa yg sudah dia dapat atau kerana rindu utk bersua.... FAHAM !

~Ayahanda SY~




Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 13:17 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Wednesday, August 10

::NOTA Buat Bakal Imam ku::


Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang

Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat.

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang dapat menjunjung tinggi Agama Allah.

Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh mengurus kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan.

Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan

Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan

Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita.

Kerana….
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang selalu dapat membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu



Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 00:23 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Tuesday, August 9

::TERIMA KASIH CINTA::


Tersadar didalam sepiku
Setelah jauh melangkah
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekap tanganmu

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku yang pernah menyakitimu

Tanpamu tiada berarti
Tak mampu lagi berdiri
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekapan tanganmu

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku yang pernah menyakitimu

ouuwwww...
ouuwwww...

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku oouuwww
Kesalahanku yang pernah menyakitimu

Kenapa aku sering menyakitkan hati dia dalam tak sedar... ermmm... ntah la, di mana salahnya aku pun tak tau... So aku buat keputusan utk mendiamkan diri sahaja... menyendiri sementara... agar semuanya akan baik seperti sedia kala, pesan ayahanda, kdg2 kita perlu berundur, selepas reda barulah kita turun semula, aku harap aku akan igt pesan2 ini....

Ya Allah..
Kau jadikanlah aku antara org2 yang senang mengingati dan tidak lupa
Semoga hari2 ku sentiasa mengingatiMu Ya Rabb..
Sesungguhnya aku tidak begitu kuat utk berdiri sendiri
Hatiku tidak cukup kuat utk menerima ujianMU
Moga kau berikan kekuatan dalam diriku...
Amin...

Al-Fatihah buat diriku....


Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 23:02 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

::Abang... Tunggu Mak Di Syurga ya::

  Assalamualaikum, hari ni dah 9 Ramadhan, masa sungguh cepat berlalu, adakah kita masih sama atau kita telah merubah kepada kehidupan yang lebih baik.. Hanya kita sahaja yang tentukannya... Hari ini aku mendapat satu email dari kawan. Setelah habis membaca coretan isi kandungan email tersebut, hati terasa sayu dan air mata dah bergenang, kalau aku kat rumah dah tentu air mata aku mengalir, tapi ketika itu aku kat ofis, so tahan je la, nanti org tengok pelik la pulak, so just nak berkongsi cerita dengan kawan2, kita yang hidup ni bolehlah jadikan sebagai ikhtibar dalam menjalani hidup kita seterusnya... InsyaAllah... =)

                                   Kisah Benar: Abang... Tunggu Mak Di Syuga Ya!!!!




Hargai & sayangi org2 disekeliling kita sementara mereka masih bernyawa.....

Kisah Benar : "Abang,tunggu mak di syurga ya"

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011-  Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.



26 Februari 2011-  Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!

Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,

Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.

Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.


7 Mac 2011-  Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.

Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.

Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.



13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.

Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"

Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"

Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"

Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam  abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.

Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011-  Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.


5 April 2011-  Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.

Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011-  Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.

Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.




8 April 2011-  Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.

"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia 


9 April 2011-  Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.

Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."

Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!

Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"

Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat  abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang ta[i... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.
Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat  tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).


Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Read more »
Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 17:44 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Monday, August 8

::TINGGAL::

Aku tersentuh dengan penulisan ayahanda ku, ingin sekali aku berkongsi di sini.. Cubalah kalian renungi maksud yang tersirat di setiap bait2 kata... =)


Bila kekasih tinggalkan kita maka kita mengalami derita yg amat sangat sehinggakan kita merasakan dunia tidak adil buat kita. Apakah kebenaran yg dapat kita gali dalam diri kita sehingga kita mendapat jawapan "memang patut aku d tinggalkan"


Aku seperti juga kamu semua yg pernah merasa mata tidak bolih tidor dan fikiran yg berkecemuk tampa arah dan berusaha bermati matian utk memadam memory yg berselirat dlm naluri. Dan aku tertanya tanya jika sakit ini tidak juga bolih kurang apakah aku perlu yakin bahawa masa akan menyembuhkan luka????
Hari ni sesudah berusia 51 tahun baru aku sedar bahawa aku sebenarnya SALAH kerana tika usia yg berlalu pergi aku tidak pernah bertanya pada diri sendiri apa yg mampu aku beri bukan mengharap apa yg boleh dapat.......................

~Ayahanda SY~



Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 10:13 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Sunday, August 7

::Rezeki Di Bulan Ramadhan::

Salam Ramadhan...
Pejam celik dah 7 hari kita berpuasa. Sekejap je kan.. hehehe, Alhamdulillah, aku di beri rezeki lagi utk raya tahun ni, dapat la belikan adik2 dan mak sorang sepasang pakaian... Sesungguhnya aku bersyukur dengan nikmatMU Ya Tuhan. Engkaulah Maha Penyayang dan Pemurah. Moga aku tidak alpha dengan rezeki yang kau berikann dan rezeki ini mampu ku berikan kepada mereka yang lebih memerlukan. =)

2011 sebenarnya banyak mengajar aku erti kehidupan. Hanya berpunca dengan pertemuan itu, hidupku berubah  sama sekali. Perubahan kepada yang lebih baik. Inilah yang aku cari selama ini. Alhamdulillah berkat kesabaran dan doa yang tak pernah putus aku jumpa juga akhirnya. Berada di dalam golongan mereka yang nampak akan aku. Selama ini hidup aku hanya di dalam kepompong.. Terpenjara... hahaha, bila ingat2 balik Ya Allah ape la aku ni kan dulu.. Teruk bebenor... =P... yang penting penghijrahan aku ke bandar yang penuh pancaroba ini, KL, akhirnya bertemu jua jalan yang aku cari selama ini. Itu pun setelah 4 tahun. Tapi syukurlah kerana ia tetap hadir. Apa yang aku belajar di sini, sebagai hamba Allah kita harus banyak bersabar. Jangan terlalu menghukum terutama sekali menghukum diri kira sendiri. Sayangilah diri kita sebelum kita belajar utk menyayangi diri org lain..

Bercerita pasal REZEKI ini, apa yang aku belajar dengan keluarga baru ku ini adalah dalam melakukan sesuatu kita harus ikhlas. Tidak mengharapkan ganjaran. Rezeki Allah tu ada di mana2 sahaja. Selagi kita ikhlas dan berusaha ke arah itu. InsyaAllah rezeki tetap ada utk kita tidak kira dalam bentuk apa pun datang. Please JANGAN KENDEKUT... tak ke mana la duit korang tu. Hahahaha, kalau ade rezeki lebih2 tu bawak2 la belanja org makan ke, belikanlah mak kita baju ke, kasut ke. tak kisah la ape pun, Membuat hati seorang ibu itu gembira adalah satu kerja amal yang mulia. Mereka tak mengharapkan wang berbukit dan intan belian,.. cukuplah perhatian dari anak2. Jika kita memberi sekecil2 pemberian pada dia pun bisa membuat mereka rasa di hargai. Ingat ye!!! Mengingati ibu bapa dan mendoakan mereka sebenarnya akan memanjang kan rezeki kita. So apa lagi, jgn kemut sgt nak kuarkan duit utk mak dan ayah yang kita sayang k dan juga ahli keluarga yang lain. Apa yang cuba aku lakukan sekarang ini adalah membuat aku berasa sangat puas dengan hidup ini... Itu lah kepuasan yang tak terperi dapat aku rasakan.. =).. cubalah ye.. 

Rasanya sampai situ je la leh nak share sedikit sebanyak pengalaman aku, selalu beringat SESUATU YANG HADIR DALAM HIDUP KITA TU SESUATU YANG BAIK, HANYA KITA JE YANG SALAH MENAFSIRKANNYA... Selamat berbuka puasa semua.. Semoga hidup kita semua sentiasa di Rahmati dan kita dijauhkan dari perkara2 nahi mungkar...

~LA~





Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 20:37 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Wish List... weeeeeeee ~

1. iPhone / Blackberry
beli Samsung Galaxy SII la pulak... =)
2. Camera DCLR
3. iPad
4. Kereta Baru

=) mau!!! mau!! mau!!!

Nuffnag

Blog Archive

  • ►  2012 (41)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (12)
    • ►  February (11)
    • ►  January (11)
  • ▼  2011 (67)
    • ►  December (17)
    • ►  November (11)
    • ►  September (24)
    • ▼  August (15)
      • ::Hati::
      • ::Nota Dari Ayahanda : Pesanan Pak Tua Di Kaki Buk...
      • ::NOTA Buat Bakal Imam ku::
      • ::TERIMA KASIH CINTA::
      • ::Abang... Tunggu Mak Di Syurga ya::
      • ::TINGGAL::
      • ::Rezeki Di Bulan Ramadhan::
      • ::Man Jadda Wajada::
      • ::♥ ♥ ♥Kisah itu ♥ ♥ ♥::
      • ::Andainya Lelaki Tahu::
      • ::RAMADHAN 2011::
      • ::Itulah Sayang::
      • ::S E N D I R I::
      • ::Hidup ini sukar utk ditafsirkan::
      • Keluarga

Followers

Powered by Blogger.

My Blog List

  • Scarf Sweethoney
    BELLE Tudung Instant Shawl Double Loop
    5 years ago
  • .. cik epal ..
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
    5 years ago
  • Ini Blog Along Ayu
    Dear Eleanor (2016)
    8 years ago
  • ! anGah -iNi bLoG JiWa JiWa- !
    Dari Jauh
    12 years ago
  • P E N C A R I A N A K U
    ::Masa Kini::
    12 years ago
  • Qaseh Suchi: A never ending smile...
    Wish List.....?
    13 years ago
  • Love, Live, Life
    Hari yang busan.....*o*
    15 years ago

Pot Pet

Popular Posts

  • ::CUMI1569 @ KL::
    Salam uols… Seperti biasa LA ni ngah bosan kat office tak tau nak buat ape… Then ditambah ngan kemalasan utk bekerja memuncak2 setelah bercu...
  • ::PENGORBANAN::
    P.E.N.G.O.R.B.A.N.A.N Apa yang kita faham tentang pengorbanan?? Selalu org kata… “aku sanggup berkorban apa sahaja untuk memastikan apa y...
  • :: DEWA KENCANA @ Royal Theatre Shah Alam::
    Salam uols.. huhuhuhu Lamanye tak update blog… Byk urusan nak kena settlekan n keje kat office plak sekarang makin byk… Di samping kerja2 pe...
  • ::BZZZZZZZZZZZZZZZ::
    Salam uols.. lama giler rasanye tak meng'update' blog ni... adehhhh... RINDU sudah... So bz dengan kerja-kerja di ofis di tambah pla...
  • ::Rindu Ini Milikmu::
    Rindu itu tidak seperti api yang membakar... Tapi seperti air yang tenang menyejukkan... Juga menghanyutkan... ~Rindunya hati ini~ Rin...
  • ::BLURRRRRRR::
    Hai guys.. Today not in mood... + BLURRRR.. Perut mulas2.. Tak lalu nak makan... So ni je untuk sarapan pagi ni... Harap dapat memberi su...
  • ::SURPRISE~Happy Birthday Kak Lyn ::
                                         SURPRISE!!!!! Happy Birthday Kak Lyn!!!! Yeahhhhh.... Nilah birthday girl... boboyot tak perut dia....
  • ::Rindu itu hadir tidak pernah jemu sederas ombak di pantai::
    OMBAK RINDU hadirnya rindu itu mengikut alunan hempasan ombak tidak pernah jemu... cewahhhhhh.... Feeling lebih plak.... =) Bintang : le...
  • ::Novel Ketuhanan::
    Hai uols... Now LA ngah menggilerkan diri membaca NOVEL dari tulisan Ramlee Awang Murshid. Perghhhh... Dia punya cerita mmg best giler la.....
  • .:OpEn HoUsE & BaNgSaWaN:.
    Semalam LA dan keluarga Alam pi la open house kat Desa Idaman, Puchong, umah salah sorang keluarga Alam jugak la (kak BB @ Kak Azlina Idris)...

 


Free Blogger Templates by Leelou Blogs - Digi-Scrap Elements by Michelle Underwood