About Me

My Photo
Hidup ini satu pencarian. Aku sentiasa mencari tanpa pernah jemu. Terlalu banyak ilmu Allah yg tak mampu dan kdg2 tak tejangkau oleh fikiran. Carilah, dan kau akan temui jawapannya.....

Sunday, August 7

::Man Jadda Wajada::

Syukur Alhamdulillah...

Man Jadda Wajada, "Barangsiapa yang bersungguh2 akan mendapatkannya."
Berkat kesabaran, berkat usaha yang tidak sudah, berkat doa semua pihak, segalanya akan berubah lebih baik... Kita hanya perlukan sedikit kekuatan, sedikit semangat dan sokongan org sekeliling, dan selebihnya usaha sendiri utk berdiri semakin kukuh dan akhirnya tawakal kepada Allah. Ingatlah, Janji Allah tu pasti. Setiap kebaikan yang kita lakukan di atas muka bumi ini akan di balas juga dengan kebaikan.

Aku bersyukur kerana semakin hari aku lihat dia semakin maju setapak demi setapak dalam mencari sedikit kejayaan dalam merubah hidupnya. Congrate my dear, I'm proud of you. Anggaplah ini adalah langkah pertama kamu. Dan banyak lagi langkah2 di depan yang kau kena tempuh. Banyak lagi simpang dan ranjau kau harus harungi. Aku di sini akan terus berada di belakang dan terus menjadi penyokong kuatmu. Andai kata ditakdirkan ikatan ini tidak tersimpun dengan tali pernikahan. Aku redha dan masih gembira kerana aku adalah antara org yang bersamamu ketika susahmu.

Dalam masa yang sama juga, aku cuba untuk merubah hidupku ke tangga yang lebih baik lagi. Alhamdulillah juga kerana laluan itu semakin menampakkan perubahan setelah pelbagai onak duri yang aku lalui. Memang hidup ini satu perjuangan.. Pertarungan dalam hidup yang menuntut pelbagai pengorbanan dan air mata.. Man Jadda Wa Jaddan... Selagi kita bersungguh2 kita akan mendapatkan apa yang kita inginkan... InsyaAllah dengan kehendakNYA.

Bersamamu...
Mengharungi kesusahan bersama adalah satu rahmat buatku..
Jika kita tak kenal susah dahulu...
Kita tidak akan menghargai kesenangan yang akan kita perolehi nanti..
Jika kita tidak kenal dengan tangisan kita pada hari ini,
Kita mungkin tidak akan menghargai senyuman pada masa akan datang..
Segala yang hadir dalam hidup ini adalah yang terbaik utk diri kita
hanya kita sahaja yang salah menafsirkannya...
Terima kasih Ya Allah,
Kerna kau hadirkan dia utk memimpinku..
Moga kau restui hubungan ini..
Dan hubungan ini akan kekal abadi atas namaMU..

Ya Allah
Bila magrifahMU  lebih dahulu mencapai  mencapai dia sebelumku
Izinkanlah dia memberi syafaat untukku
Tetapi jika magrifahMU lebih dahulu mencapai diriku
Maka izinkanlah aku memberi syafaat untuk dia
sehingga kami disatukan
Bersama dengan santunMU
Di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-MU,
AmpunanMU serta rahmatMU

Sesungguhnya Engkaulah
Yamg memiliki Kurnia Maha Agung
serta kurnia yang tak berakhir
Dan Engkaulah yang Maha Pengasih Diantara semua pengasih.





Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Saturday, August 6

::♥ ♥ ♥Kisah itu ♥ ♥ ♥::

Di sini bermula segalanya
Kita dipertemukan atas landasan persahabatan
Berkongsi cerita dan bertukar pendapat..
Tiada apa yang terkesan di hati
Masa terus berlalu dan persahabatan itu berterusan seperti hari2 sebelumnya

Hingga saat itu di suatu hari
Setelah sekian lama hanya berkongsi cerita tanpa bersua muka
Hanya monitor dan keyboard penyambung urusan
Satu pertemuan di atur tanpa perancangan
Persahabatan yang suci diteruskan seperti biasa
Semakin rapat setelah bersua
Keserasian mula terpancar... 
dan tetiba hati berkata sesuatu

Benarkah?? Kenapa??
Erkkk.... bagaimana ianya berlaku??
Ermmmm.... huh... adehhhhhh...
tolong!!!!!! Dag Dig Dug...
Kenapa sebelum ni tidak begini???
Kenapa kini??
Adakah dia??? Ermmmm...
Susah di tafsirkan....

Pengalaman lalu mengajar aku erti dewasa
Tidak senang utk menerima
Dan tidak mudah pula memberi
Tapi...........
huhhhhhh... kali ini ia hadir dalam keadaan yang lain sekali
Menjadikan aku terasa hidup yg sebenarnye...
Masuk ke dunia yang aku rasa semua org menerima diriku
Dunia yang mampu buat aku nampak siapa aku
Dunia yang memberi semangat baru
Dunia yang mengajar sesuatu yg berguna
Dunia yang membuka minda dan fikiranku
ahhh... tak dapat aku gambarkan bagaimana
hanya aku yang tahu...
hanya aku yang rasa..
Syukur Ya Rabb... 

Moga pertalian persahabatan ini KAU restui Ya Allah
Semoga perhubungan ini kau rahmati dengan kasih sayangMU
Semoga perancangan kami seiring dengan perancanganMU pada kami..
Aku hanya mampu bermohon...
Jika sampai waktu ketikanya kasih sayang yang kau pinjamkan ini kau tarik semula
Aku pasrah Ya Rabb...
kerna ku tahu segala perancanganMU terhadapku ada sebabnya...
Terima kasih atas nikmatMU....

~LA...
 on Tuesday, June 14, 2011 at 3:27pm


Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Thursday, August 4

::Andainya Lelaki Tahu::


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

.....Tersentuh hatiku membaca nukilan hebat ini. Sebenarnya wanita dan lelaki saling memerlukan antara satu sama lain, Jika tidak makanya tidak terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam. Wanita ibarat tulang rusuk yang bengkok. Harus di jaga agak tidak patah... =)
Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

::RAMADHAN 2011::



Akhirnya kekasih yang dinanti itu tiba, lampiaskanlah kerinduan dengan sujud syukur kepada Dzat yang menyampaikan kita ke istana Ramadhan, nikmatilah segar udaranya, indah pemandangannya, serta pesona para penghuninya, lalu perkuatlah Azzam agar jangan dulu kita keluar melainkan akan pindah ke istana lainnya atau ke syurga Ar Royyan yang lebih kekal..


Biarkan airmata bahagia penuh haru menetes pertanda iman di dada telah menemukan pelabuhannya, biarkan zat mengalir membentuk sifat sehingga melantunkan harapan terindah dalam perjumpaan penuh kesan, karena itu semua akan menguatkan kita untuk bertahan dalam menikmati perjalanan Ramadhan..

~kak Jam~

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

::Itulah Sayang::


Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra
Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang
Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra
Lagu yang banyak mengundang rasa sayang, cinta dan kasih. Dalam aku ada dia dan dalam dia aku temui aku. Dalam suka pasti ada duka. Dalam manis pasti ada pahitnya. Dalam gembira pasti ada sedihnya... Jika terlalu sayang, pasti akan terguris hatinya...

Pabila 2 hati yang murni dan ikhlas terpaut. Pasti ada rasa dan getar yang hadir. Itulah perasaan paling indah yang pernah aku rasakan. Jika salah seorang rasa sedih dan gusar, seorang lagi pasti akan merasakannya juga. Hahahahaha, sampai ada yang kata rupa kami sama. Bila aku tanyakan padanya, jawabnya "bila hati dan rasa kita dah bersatu, engkau adalah aku dan aku adalah engkau, itu yg menjadikan kita nampak sama". Aku hanya tersenyum menerima jawapan itu. Mungkin benar katanya. Sebab itu lah, bila bayi lahir, dia kan mengikut rupa org yang rapat dengannya. Ada juga aku dengar, seorang anak angkat yg di perlihara keluarga angkatnya akan mengikut rupa paras org yang menjaganya. Ada kemungkinan besar jugak jawapan si dia itu benar.. Kuasa Allah.
Segala kejadian yang berlaku bersebab. Janganlah kalian terlalu alpha dengan kesedihan diri sendiri dari memikirkan akan nikmat yang akan kamu perolehi di masa akan datang. Jangan nak menghukum orang lain semata2 kerana takdir dari Illahi. Sesungguhnya hanya DIA yang maha mengetahui akan sesuatu itu. Itukah tanda sayang DIA kepada kita dengan memberi ujian hati dan perasaan. Jika mampu kita laluinya maka nikmat dan ganjaran yang besar akan kita perolehi. Berbalik semula kepada asal. Akan kau temui jawapanNYA. Kasih sayangNYA tiada batas.


Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

::S E N D I R I::

Walau kita di kelilingi ramai orang yang menyayangi kita. Walau kita ade seorang yang sanggup buat apa sahaja utk kita. Walau kita ada ibu dan ayah yang sering berada di sisi tidak kira apa pun yang berlaku. Kita tetap SENDIRI dalam apa keadaan sekali pun. Mereka hanya mampu menjadi peneman sementara waktu sahaja. Sampai masa seorang demi seorang akan pergi meninggalkan kita tak kira la bagaimana keadaannya. Setiap pertemuan itu sudah di janjikan perpisahan pada zahirnya. Tapi pada batinnya, perpisahan itu tidak pernah terjadi. Ianya tetap segar dan indah dalam setiap memori hidup setiap insan.

SETIAP PERTEMUAN ITU BERSYARAT. Aku mencari maksud yang tersirat di sebaliknya. Apa yang aku temui adalah bila berlakunya satu pertemuan antara aku dan sesiapa sahaja. Dan pertemuan itu tidak hanya terhenti di situ sahaja dan menggamit pertemuan seterusnya. Aku harus meletakkan syarat iaitu aku menerima dia dalam hidup ku. Segala baik dan buruknya dia, aku harus hadapi dan terima. Setiap mereka yang hadir pasti akan memberi sesuatu pada kita. Kita sahaja yang tidak menyedarinya. Sebab itu kita di galakkan utk berkawan ramai agar kita dapat meluaskan pandangan dan pemerhatian kita.

Aku akan terus mencari dan mencari seberapa banyak ilmu Allah yang tak terjangkau ini di samping mencari keredhaNYA. Semoga sentiasa ada tangan-tangan yang menghulur memberi bantuan ketika kebuntuan hadir. Dan ada pula yang hadir memberi sinar ketika kegelapan menyapa. Sesungguhnya aku bersyukur padaMU ya rabb. Masih ada lagi ruang dan pintu taubat KAU sediakan utk kami. Masih lagi KAU beri hati yang mahu patuh dan sujud dengan perintahMU. Sesungguhnya kau MAHA PENYAYANG DAN MAHA MENGETAHUI setiap kejadian.    

DI SAAT AKU MENCINTAIMU


mengapa kau pergi, mengapa kau pergi
di saat aku mulai mencintaimu
berharap engkau jadi kekasih hatiku
malah kau pergi jauh dari hidupku
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
menyendiri lagi, menyendiri lagi
di saat kau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yang menghiasi hariku
di saat aku terbangun dari tidurku

reff:
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencintai dirimu
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencinta

menyendiri lagi, menyendiri lagi
di saat kau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yang menghiasi hariku
di saat aku terbangun dari tidurku
repeat reff

semoga engkau kan mengerti tentang perasaan ini
maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta (indahnya cinta)
maaf sungguh ku tak bisa (tak bisa) untuk kembali padamu
maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta
repeat reff

aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencinta

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Wednesday, August 3

::Hidup ini sukar utk ditafsirkan::

Di ruangan ini mata pena tidak berfungsi. Hanya alunan tangan menekan papan kekunci menghemburkan segala apa rasa di dada.

Kisah aku, yang di anggap seorang perempuan yang merampas kebahagiaan org lain??? Siapa aku utk melalui semua ini. Aku hanya seorang hamba Allah yang hanya mengikut apa yg di takdirkan utk dirinya. Aku pernah di lukai, aku pernah kecewa, aku pernah di hinjak perasaannya dengan satu kenyataan yang sukar utk di terima. Tapi aku redha semuanya sebab aku berpegang pada satu iaitu "SETIAP SESUATU YANG DATANG ITU ADALAH YANG TERBAIK UTK DIRI AKU". 

Tipu jika hati tidak terluka, tipu jika hati tidak menangis. Semuanya gara2 cinta yang tak kesampaian. Hadirnya hanya utk sementara. Utk aku belajar erti menghargai sesuatu perhubungan. Untuk aku belajar erti kesetiaan. Namun, aku pernah berjanji utk tidak jatuh cinta lagi. Pengalaman lalu mmg benar2 mengajar aku. Sehingga sampai satu ketikanya. Hadir dirinya membuka pintu hati yang sudah hampir 4 tahun tertutup. Aku temui aku dalam dirinya. Tiada siapa yang mengerti tentang ini sehingga mereka sendiri hadapinya sendiri. Aku bercerita tentang apa yang aku rasa. Tidak semua mampu kita unggapkan dengan sebaris kata. Hanya rasa yang di abadikan di dalam jiwa.

Moga kau di sana mengerti hakikat hidup ini sebenarnya. Setiap jodoh, pertemuan dan perpisahan itu semuanya di tanganNYA. Kita tak mampu utk mengubahnya. Aku terima segala sangkaan kau terhadap aku. "ORANG GILER"... hahaha, the best panggilan yang aku dapat. Tapi tak pe la. Biarkan dia dengan prasangka dia. Aku terima je. Syukran..... =).. Ketika dia merayu utk aku meninggalkan si dia. Ermmm, aku katakan keputusan bukan di tanganku. Jika si dia tidak perlukan aku, aku dengan rela akan melepaskan. Sebab itu mmg selalu aku lakukan utk kebahagian org lain. Tiada niat di hati aku utk merampas atau membuat dia rasa apa yang aku rasa sebelum ini. Tak pernah terlintas langsung. Bukan mudah utk membuat satu keputusan dalam hidup ini. Kami byk berbincang dan meminta pendapat dari byk pihak dan tidak lupa pada yang Esa. Dan keputusannya sekarang, Alhamdulillah... Ramai yang merestui hubungan kami termasuk kedua orang tua kami.

Harapanku, semoga rasa sakit hati dan dendam kamu kini sudah mula beransur pergi. Persahabatan ku hulurkan tetapi kebencian yang kau sambut. Aku tidak mampu utk menghalang. Pada pandangan mata setiap org, semua kesalahan tergalas di bahu ku. Tapi hakikatnya hanya DIA yang tahu apa yang terbaik dalam kejadian ini.

Ingat selalu pesan Ayahanda SY "DALAM HIDUP INI KITA MENUMPANG KASIH SAYANG ORANG, SAMPAI MASA KASIH SAYANG ITU HARUS PERGI BIARKANLAH IA PERGI, KERANA ITU YANG TERBAIK DAN CARILAH KASIH SAYANG YANG LAIN". Terima kasih ayahanda, pesanmu akan ku semat dalam hati sampai ke mati. Jika di takdirkan kasih sayang kamu terputus di tengah jalan, aku redha dgn ketentuan ini. "SETIAP YANG DATANG DAN MENIMPA KITA ITU ADALAH SESUATU YANG BAIK, KITA JE YANG SALAH MENAFSIRKANNYA".. thanks dear, sentiasa menjalankan tugas mengingati aku yang selalu alpha ini.

Dulu....
Aku sering sendirian
Tak tau apa yang aku mahukan
Sering mengintai sari sudut lain
Meniti satu hidup yang ku rasakan amat kosong...
Tiada apa pun di dalamnya...
Hanya sepi yangmenghimpit sanubari...

Kemudian...
Dalam pencarian ini..
Aku temui dia...
Dia yang membawa ku ke satu alam yang indah..
Penuh dengan tawa, girang, dan gembira...
Di mana semua mereka sentiasa menghulur salam persaudaraan
Mengajarku erti tanggungjawab
Erti persaudaraan..
Erti penghargaan..
Erti pengorbanan...
Erti Penyerahan....

Kini...
Hidup ku semakin terisi..
Apa yang ku cari kini semakin ku temui..
Dia tetap di sisi membantu dan mengingati..
Tidak pernah alpha terus menjalankan tugas yang di beri..
Walau kadang kala aku terlalu alpha dan lalai...
Dia tetap setia dengan galasan tugasnya...
Terima kasih......




Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...