Salam….
Happy New Year!!!
Welcome 2012…
Alhamdulillah kerana DIA masih memberikan nafas untuk kita hembuskan pada tahun yang baru ini… Semoga 2012 akan mencatatkan lebih byk kebaikan yang akan kita lakukan untuk mendapat keredhaan Illahi… Semoga penyerahan diri kepada Maha Pencipta semakin kuat dan erat….
Mengimbas sepanjang kehidupan tahun 2011 sebenarnya membawa makna paling indah dalam hidup LA.. Bila mana kehidupan LA menjadi lebih baik dengan kehadiran insan2 yang penuh dengan erti keinsanan dan di penuhi dengan kasih sayang… Alhamdulillah.. Akhirnya ketenangan yang di cari semakin di perolehi. Semoga 2012 memberi lebih makna lebih baik pada LA.. Pencarian aku akan terus mencari dalam hidupnya… weeeeeeee (ayat jiwang2 je awal2 tahun ni, adessss…. O~o
Permulaan tahun 2012 dihadirkan dengan sakit tekak, selsema n batuk.. huk huk huk huk..
Semoga ini adalah permulaan yang baik utk LA… nak besar kan kan kan… weeeee
Ready utk pelbagai ujian utk tahun 2012 ni… dari segi mental, fizikal dan body.. hope boleh tahan la kan dan sesungguhnya di harap tahun ni lebih penyerahan diri pada Si Pencipta berlaku… Moga pintu2 itu terbuka utk semua urusan berjalan lancar… Semoga LA mampu untuk menggalas segala tanggungjawab yang telah di berikan dan akan di berikan nanti… Aminnn…
Ingat pesan Mak Yam.. nak jadi manusia kat dunia ni mmg mudah tetapi nak menjadi insan tu yg payah.. selagi kita faham tugas dan tujuan kita lahir kat dunia ni kita akan jadi insan dan makhluk yang baik dan redha serta menyerah….
Apa tugas dan tujuan kita di sini???
Firman Allah SWT :
Maksudnya:“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku”
(Az-Zariyat: 56)
So jelas dan nyata bahawa tugas kita sebenarnya adalah utk hanya beribadah kepada Allah.. So harapnya semua dapat beribadah kepada Allah mengikut firmannya.. jgn memikirkan duniawi lebih kepada akhirat.. semuanya telah tertulis dalam diari setiap insan…. Berserah sahajalah kepadaNYA…bukan ilmu dunia yang di kejar atau patut di banggakan..
Apa guna segulung diploma jika jiwa kita kosong
Apa guna sehelai ijazah jika jiwa hanya penuh dengan kebanggaan
Apa guna MASTER yang di perolehi jika jiwa sungguh bongkak dan takabur
Dan apa guna PHD di beri jika jiwa masih miskin dengan iman
Tak perlulah kita banggakan diri kita kat dunia ni kerana di mata Illahi kita ni sama je sebagai hamba yang masih memerlukan petunjuk dan pertolongan dari DIA.. Bila susah kita mencari DIA juga… manusia mana yg hidupnya tidak memerlukan pertolongan makhluk lain???
Usahlah kita hanya menyalahkan orang dan menjatuhkan hokum kerana setiap yang baik dan tidak semuanya adalah datang dari DIA…
Jika kita tidak melakukan kesilapan bagaimana kita mau tahu kebenaran..
Jika kita tidak sesat bagaimana kita nak tahu jalan yang benar…
Jangan memandang makhluk lain sebagai tidak punya apa2
Jangan menyalahkan org lain atas apa yg kita rancangkan tidak menjadi
Jangan hanya memandang sesuatu itu dengan pandangan kosong
Kerana setiap yang hadir itu mesti ade sebab nya
Kerana setiap apa yang berlaku pasti ade hikmahnya.
Jika tidak kita tidak berada di mana kita berdiri sekarang..
Jika tidak kita tidak akan menjadi insan yang sempurna…
Ye… semoga tahun baru ini
Adalah tahun kebangkitan kita
Semoga tahun baru ini tahun perubahan
Semoga tahun baru ini kerajaan baru yang lebih kuat akan terbentuk…
Gah dan kuat untuk merempuh musuh…
Hingga titisan darah mengalir
Hingga hembusan nafas terakhir..
PadaMU aku serahkan segalanya ya Rabb..
Bawalah aku terus bersamaMU
Biar kita saling sayang dan kasih
Biar kita bersatu memegang panji agama..
Biar GERAK itu terus bergerak tanpa henti..
Demi keAGONGan…
Aminnn….
=).. semangat berkobar2 ni…
bye!!
bye!!
0 comments:
Post a Comment