Hari ini 11/01/2012
Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke 29 buat diri sendiri..
Kih kih kih kih… wish untuk diri sendiri..
Semakin merangkak ke usia 29 tahun..
Alhamdulillah…
Syukur padaMU ya Rabb kerana masih menghadiahkan hembusan nafas ini
Untuk LA meneruskan kehidupan sebagai hambaNYA..
Semoga apa yang di hajatkan akan menjadi nyata..
Biar yang lepas pergi meninggalkan waktu..
yang baik jadikan pegangan..
yang buruk jadikan panduan..
Nantikan apa yang akan hadir kini..
Jadilah lebih matang dan kental..
Menyerahlah pada yang Maha Esa..
peganglah KALAM Allah..
Agar hidup lebih berakah..
Ya Rabb…
Di hari ini pada 29 tahun yang lalu
Kau hadirkan aku di dunia ini
Untuk aku kenali apa itu kehidupan
Sepanjang hidup ini aku terus mencari
Untuk apa kehidupan ini
Untuk apa aku dilahirkan
Dan kini aku sedar
Kau ciptakan aku hanya untuk beribadah kepadaMU
Menjadi khalifah di bumi ini
Syukur Ya Rabb..
Kau hadirkan insan2 yang baik untuk aku
Ya.. Aku tidak pernah lari dari membuat kesilapan
Dan setiap kesilapan itu kau titipkan rasa kesedaran
Aku belajar menjadi insan yang lebih baik selepas itu
Aku pasti sekarang
Setiap perkara yang hadir
Sama ada baik atau tidak semuanya atas alasan dan sebab tertentu..
Terima Kasih Ya Rabb..
Kerana mengajar aku untuk hidup
Dari situ aku belajar
Dan aku berharap ilmu yg kau hadirkan ini mempu utk aku membantu org2 di sekelilingku..
Rezeki yang kau berikan hari ini dan hari akan datang dapat sama2 aku kongsikan
Agar keberkatan itu hadir..
Jauhkanlah aku dari sifat TAMAK
Jauhkan aku dari sifat DUSTA
Hindarkan aku dari sifat DENGKI
Hindarkan aku dari sifat KEJAM
Hindarkan aku dari sifat RIAK dan TAKABUR
Serta sifat2 yang tidak baik dan dimurkaiMU…
Terima Kasih Allah..
Terima Kasih Allah..
Terima Kasih Allah..
Amin….
~setahun lagi telah berlalu~
bye!!
0 comments:
Post a Comment