-->
skip to main | skip to sidebar

PENCARIAN AKU....

Aku perlukan bimbinganMU Ya Tuhan. Kerana Engkaulah Gembalaku yang sejati.

About Me

My Photo
Liyza Aziz (LA)
Hidup ini satu pencarian. Aku sentiasa mencari tanpa pernah jemu. Terlalu banyak ilmu Allah yg tak mampu dan kdg2 tak tejangkau oleh fikiran. Carilah, dan kau akan temui jawapannya.....
View my complete profile

Monday, January 30

::MARAH!!!::

Ya Allah,
Berikanlah aku kesanggupan untuk dapat meredakan amarah.
Ambillah segala sesuatu di dalam diriku
yang menyebabkan aku tidak dapat menghilangkan amarah
atas semua yang telah terjadi.

Bantulah aku agar aku tidak marah akan
apa yang menurutku tidak adil ataupun penghinaan personal.
Sebaliknya tolonglah aku agar aku dapat
tetap tenang dan bersikap positif saat diperhadapkan
kepada hal - hal yang dapat membuatku jengkel dan marah.

Hilangkanlah kemarahan yang ada di dalam diriku ya Tuhan
dengan cinta dan kesabaranMu.
Aku tidak ingin ada kemarahan dan dendam di dalam diriku
yang akan mengurangi kepenuhan hidupku,
dan membuatku jauh dari jalan yang
telah Engkau sediakan buatku.

Amin.

~dalam doa... Al-fatehah buat mu kakak idayu Suriani~



Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 16:35 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

:: Kisah Hati yang kau akan faham suatu hari nanti::

Aku SEDAR semuanya SALAHku..
Aku SEDAR aku telah berjanji untuk terus mendampingimu..
Aku SEDAR aku telah berjanji untuk menjagamu..
Aku SEDAR aku telah berjanji untuk SETIA kepadamu..
Aku SEDAR aku telah berjanji untuk menjadi SURI hidupmu…

Tapi kehendak DIA siapa yang tahu??
Tapi perancangan DIA siapa yang pasti??
Tapi Qada’ dan Qadar dariNYA siapa kita untuk mempertikaikannya??
Tapi siapa aku untuk menolak ketetapan DIA terhadap aku??

Tapi SEDARkah engkau aku tetap di sini mendampingimu..
Tapi SEDARkah engkau aku tetap memegang janjiku untuk menjagamu..
Tapi SEDARkah engkau aku terus SETIA kepadamu..
Tapi SEDARkah engkau SURImu ini tetap dalam hidupmu..

Walau nanti kita tidak bersama…
Aku tetap bersama dalam HATImu..
Walau nanti kita tidak bersua…
Aku tetap akan hadir dalam MIMPImu..

Hatiku Hatimu
Menjadi satu CINTA..
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku…
Tapi…. CINTA bukan milik kita..
Semua harus berakhir…

CINTA kau dan aku…
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama       
Nanti di ATAS sana…
Biarku setia menJAGA cintamu…
Selamanya…………..

~Sri Kandi Alam~



Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 12:12 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Sunday, January 29

::Izinkan Aku::

Wahai Ar Rahman Ar Rahim
Wahai Tuhan yang penuh dengan kasih dan sayang...
Berikanlah aku peluang untuk berbakti dan berjuang ke jalanMU...
Berikanlah aku kekuatan untuk itu....
Agar HIDUP ku ini membawa makna...
Izinkahlah aku...


~Sri Kandi Alam~




Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 13:40 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Friday, January 27

::Surah Al-Ikhlas::


Tafsirannya :
~Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang

~Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.

~Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.

~Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan

~Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

Berkata Ibu Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Ketika saya berisrak ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan, pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membawa surah Al-Ikhlas (Qul huallahu ahad).”

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi: “Setelah mereka (malaikat) selesai membaca surah tersebut, maka berkata mereka: ‘Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik dianya lelaki mahupun perempuan’.” Apabila para sahabat mendengar keterangan dari Rasulullah s.a.w. maka mereka sangat kagum. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: “Wahai para sahabatku, apakah kamu semua kagum?” Berkata para sahabat: “Ya, kami sungguh kagum ya Rasulullah s.a.w.”

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, sesungguhnya ‘Qul huallahu ahad’ itu tertulis di sayap malaikat Jibril a.s, ‘Allahush shomad‘ itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, ‘Lamyalid walam yuulad‘ tertulis pada sayap malaikat Maut, ‘Walam yakul lahu kufuwan ahad‘ tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s. Oleh itu barangsiapa dari umatku yang membaca surah Al-Ikhlas maka dia diberi pahala membaca kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran yang agung.”

Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka baginda bersabda lagi: “Wahai para sahabatku, pakah kamu semua kagum?” Maka berkata para sahabat: “Ya Rasulullah s.a.w. kami semua kagum.”

Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: “Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, sungguh ‘Qul huallahu ahad‘ tertulis di dahi Abu Bakar Ash-Siddiq, ‘Allahush shomad‘ itu tertulis di dahi Umar Al Faaruq, ‘Lamyalid walam yuulad‘ itu tertulis di dahi Uthman Dzan Nuuraini dan ‘Walam yakul lahu kufuwan ahad‘ itu tertulis pada dahi Ali Assakhiyyi r.a. Oleh itu sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas maka dia diberi Allah s.w.t pahala Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali r.a.”

(Hayatun Quluubi)

~Sri Kandi Alam~

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 11:09 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Thursday, January 19

::Macam2 hal berlaku, tapi masih tersenyum...::

Salam uolss…
Wahhhh.. seminggu gak la tak update ini blog…
Bercelaru n berkecamuk sket la kepala ni… orang panggil “otak dah weng”.. hihihi
So many things happen this month… sesak gak la nafas LA nak hadap..
Tapi apa2 pun “SENYUM tak perlu kata apa2”
I’m still pegang kata2 “setiap yg baik dan tidak itu datang dari DIA dan kita harus redha dan pasrah kerana semuanya bersebab” =)
Huhuhu, motivasi diri sendiri beb… sape lagi nak motivate diri kita kalau bukan kita sendiri… sokongan dari org lain tu perlu jugak tapi diri sendiri kena sokong lebih sket la… weeeeee…

HP hamba hilang tak diketahui di mana tercicir.. Agak pelik jugak la kes kehilangan dia. Cam MISTERI je… cehhh.. cam seekers la plak.. adoiii, tapi serius wei.. tetiba je ni, LA pun pelik, hari sabtu lepas pi la kedai tayar nak tampal tayar kete tu, kejap2 dia kempis, baru pam 2 hari dah kempis balik, rupa2nye paku panjang dah tikam tayar tu.. ntah mana dia kutip pun LA tak tau ler… masa pi kedai tayar tu rasanye HP tu masih lagi kat tangan… masa nak balik tu dah jalan dalam 3 minit baru pasan Hp dah tak de kat tangan, kalau jatuh awat tak pasan lak, pinjam HP Incik AD try missed call tapi tak de munyik, pusing kete lek cari kat kedai tu dah tak dak… uwaaaaaaaaa… sedihhh… mmg DIA nak soh LA beli HP baru la tu… kat mata dah nampak SAMSUNG GALAXY TAB atau pun SAMSUNG Sii… hihihih, insyaAllah… dah keje penat2 ni nak hadiah kan something yg best utk diri sendiri… PUAS HATI!!!!

Lepas tu semalam TnG LA tercicir la plak… Agak dah kenapa LA ni?? Asyik tercicir je, Adessss… ape la nasib hamba tahun ni aiiii… tak pe… SENYUM jugak… terapi terbaik dalam hidup… hihihihihi…. Aduyaiii… ade la dalam RM30++, huhuhuhu, cukup la tambang lagi seminggu kerja… huk huk huk huk.. tak pe la, rezeki orang lain la tu, =) Senyum lagi…

Mula2 tu macam2 dok berlingkar dalam kepala otak ni, awat la jadi cam ni?? Mana la salah silap aku ni weiii…. Tapi tak pe la, dugaan dan ujian Tuhan tu pelbagai kan?? So hadap je la wei, dah bahagian engko cam gini… weeeeeeee

So, hope korang2 semua enjoy the life k… tapi jgn lupa pada Yang Maha Esa..

Peace No War.
Hug n kiss…. Muahhhhhhhh..

Bye!!

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 15:48 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Friday, January 13

::TERUSKANLAH BERSABAR DUHAI HATI::

Assalamaualaikum…..
Salam sayang dan mesra dari LA…
Tahun baru dah berlalu 2 minggu… awal2 tahun LA dan di serang demam.. (batuk, selsema, sakit kepala)… huhuhuhu
Then baru dah ok ade ujian lagi yang mampir… adessss….. mampu ke nak hadap ni..
Awal2 tahun dah macam2 benda berlaku sekelip mata… kalau di fikir dari sudut neg(-) mmg rasa tension n rasa cam nak menjerit je……

ARGHHHHHHHHHHHHHH!!!! Apa yg telah terjadi sebenarnye ni…. (rasa cam nak jerit kuat2 je… kih kih kih kih) tapi tak jadi nak buat plak… sebab tetap masih berpegang pada prinsip yg sama “ setiap baik dan tidak tu datang dari Allah dan ianya ade sebab”… then bibir mengukir senyuman… Alhamdulillah…. KAU beri Ujian kepadaku ya Tuhan.. dan aku redha menerimanya sebab aku beriman dengan Qada’ dan QadarMU…

Tink…. Rupa2nya iman LA di uji dah… hihihihi… so LA pasrah & Redha je… sebab ni kan dah tertulis… bukan LA tak usaha… hihihihi

So tak moa pening2 kepala… Life must Go On!!! Cuma sekarang tawakal dan berdoa supaya semuanya akan menjadi lebih baik dari sebelum ni.. yang tak baik tu tolak tepi je… Tu urusan DIA.. kita perbaiki je… Weeeee…………

Tak de apa lagi nak cakap.. tu je luahan utk hari ini di hari Jumaat yang penuh berkah… Harap perjalanan hidup kalian juga semakin baik ye, sama2 lah kita berdoa ye….



Bye!!

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 11:21 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Thursday, January 12

::Bersabarlah::


Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cintaMu


Reff:
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu



Semoga engkau tenang melalui kesakitan yg kau rasai sekarang, aku hanya mampu mengangkat tangan dan mendoakan agar di ringakan rasa kesakitan itu... sungguh tidak sanggup aku mendengar keluahan dan luahan rasa sakit dan derita kau... Cuma hanya ini pesanku... Ini adalah ujuan utk diriMU... DIA sungguh sayangkan kamu.... sebab itu dipilihnya kamu utk menghadapi kesakita dan keperitan ini.. berbalik semula la kepada Kalam Allah... Semoga cepat sembuh... I love u.... 

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 00:57 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Wednesday, January 11

::11 JANUARI bertemu lagi::

Hari ini 11/01/2012
Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke 29 buat diri sendiri..
Kih kih kih kih… wish untuk diri sendiri..
Semakin merangkak ke usia 29 tahun..
Alhamdulillah…
Syukur padaMU ya Rabb kerana masih menghadiahkan hembusan nafas ini
Untuk LA meneruskan kehidupan sebagai hambaNYA..
Semoga apa yang di hajatkan akan menjadi nyata..
Biar yang lepas pergi meninggalkan waktu..
yang baik jadikan pegangan..
yang buruk jadikan panduan..
Nantikan apa yang akan hadir kini..
Jadilah lebih matang dan kental..
Menyerahlah pada yang Maha Esa..
peganglah KALAM Allah..
Agar hidup lebih berakah..


Ya Rabb…
Di hari ini pada 29 tahun yang lalu
Kau hadirkan aku di dunia ini
Untuk aku kenali apa itu kehidupan
Sepanjang hidup ini aku terus mencari
Untuk apa kehidupan ini
Untuk apa aku dilahirkan
Dan kini aku sedar
Kau ciptakan aku hanya untuk beribadah kepadaMU
Menjadi khalifah di bumi ini

Syukur Ya Rabb..
Kau hadirkan insan2 yang baik untuk aku
Ya.. Aku tidak pernah lari dari membuat kesilapan
Dan setiap kesilapan itu kau titipkan rasa kesedaran
Aku belajar menjadi insan yang lebih baik selepas itu
Aku pasti sekarang
Setiap perkara yang hadir
Sama ada baik atau tidak semuanya atas alasan dan sebab tertentu..
Terima Kasih Ya Rabb..
Kerana mengajar aku untuk hidup

Dari situ aku belajar
Dan aku berharap ilmu yg kau hadirkan ini mempu utk aku membantu org2 di sekelilingku..
Rezeki yang kau berikan hari ini dan hari akan datang dapat sama2 aku kongsikan
Agar keberkatan itu hadir..
Jauhkanlah aku dari sifat TAMAK
Jauhkan aku dari sifat DUSTA
Hindarkan aku dari sifat DENGKI
Hindarkan aku dari sifat KEJAM
Hindarkan aku dari sifat RIAK dan TAKABUR
Serta sifat2 yang tidak baik dan dimurkaiMU…

Terima Kasih Allah..
Terima Kasih Allah..
Terima Kasih Allah..

Amin….


~setahun lagi telah berlalu~
bye!!

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 10:18 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Sunday, January 8

::Sungguh Kita Tak Mampu::

Ya Tuhanku...
Leraikanlah dunia yang sering hinggap dalam hati ini
Leraikan janji2 manusia dari jiwa ini
Kerana di situ aku tidak mampu mengumpul dan menjaga 2 cinta..

Yakni..
Hanya cintaku padaMU yang ku mohon bercambah hingga ke syurga hakiki..
Kerana akhirat itu adalah pasti dari dunia
Kerana janji KAU pasti dari janji manusia...
Aku serah segalanya padaMU..
Aku mengharapkan aku selamat di dunia dan akhirat...
Dan tujuan hidupku adalah untuk patuh dan sujud beribadah hanya padaMU...
Jauhi aku dari perkara2 yang kau mungkari
dan dari makhluk2 yang akan membuat aku jauh dariMU..
Perkenankanlah permintaanku ini...
Amin....



Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 16:15 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Wednesday, January 4

::4th January 2012::

Last year
4 Januari 2011

Today
4 Januari 2012

Wow!!!
Setahun sudah masa berlalu
rasanya cam baru je semalam kenal2 kat internet... :P

Sepanjang setahun perhubungan kami macam2 yang kami dah lalui bersama... nampak cam masih muda lagi hubungan ni tapi rasa cam dah kenal lebih 10 tahun... hihihihi
mau idaknya.. semua benda dan perkara buat bersama
tak pasal2 LA pun terjebak dalam bidang yang dia minat..
Jadi org kuat lagi tu... adesss..
Actually, LA support apa pun minat dia...
Macam mana bz pun LA dengan tugas2 lain, LA akan spent time utk tgk dia beraksi atas pentas... tukang amik video dia, hahahaha...

Setahun dah berlalu kan...
Biasalah dalam satu hubungan tu.
gembira, sedih, gaduh, baik, semua ada..
asam garam dalam satu hubungan kan?? Kalau tak mana kita leh kenal dia kan...
Alhamdulillah..
Sepanjang setahun ni kami selalu akan berbincang kalau ada satu2 hal yang terjadi..
tak nak ada yang salah faham
tak nak ada penyesalan nanti...
So uols, pape pun jgn nak melenting terus, cuba2 la bawa berbincang dengan pasangan masing2...
Kalau yg gugirl ngah marah, yg boboi kena la relax n senyap..
cam tu gak sebaliknya..
pas dah cool baru bawak berbincang semula..
biasalah manusia ni kan kalau dah marah macam2 terkeluar dari anak tekak tu.. dia je betul, pas tu bila dok sendiri pk2 balik mmg salah kita pun, hahahhaha
(citer pengalaman sendiri la ni, sib baik Incik AD penyabar kan kan kan)

So, LA tak kisah la org nak cakap LA apa pun..
terpulang la kan sebab mereka tidak tahu apa sebenarnya terjadi...
Biar masa dan waktu membetulkan keadaan dan situasi yang terjadi....
LA tau siapa diri LA
Incik AD jugak tau sape LA
family pun tau serta org2 sekeliling kami tahu dan restui hubungan kami
termasuk keluarga kami...
tu yang paling penting sekali dalam satu hubungan tu....
Kami dipertemukan dan di tiupkan rasa kasih dan sayang tu mesti bersebab...
kalau tidak takkan ada istilah jodoh pertemuan tu di tangan Tuhan kan???
semuanya telah tertulis dan kenalah la pasrah dan redha...
Andai hubungan ni bukan milik kami...
LA akan teruskan hidup LA seperti biasa kerana kekasih sebenar LA tetap ada dalam diri LA... & DIA akan kekal di situ sehingga sangkakala di tiupkan 2 kali... =)

Hadir dirinya bersebab...
Menajadi tali penghubung kepada insan2 lain...
Aku bersyukur kerana kamu punca aku yang kini...
Yang hidupnya semakin baik dan pulih...
Yang hidupnya dulu penuh bintik2 hitam dan gelap...
kini sinar cahaya semakin jelas dan terang...
siapa pun kamu, aku berterima kasih...
Terima Kasih 
En Mohd Nurul Azmi Bin Mohd Daim
Kerana penuhi hidup aku dengan kasih sayang mu yang tak pernah pudar malah semakin mendalam...
Kerana terangi hidup aku dengan sinar bahagia..
Kerana membetulkan aku ketika membuat salah
Kerana sentiasa menghulurkan tangan ketika aku memerlukan...
Kerana melengkapi hidup aku yg pernah kosong..
Terima kasih cinta....
Semoga hubungan kita akan kekal selamanya...
Selagi ada manusia yang menyatakan bahawa Allah itu satu
kaulah lelaki yang satu itu...
InsyaAllah....
Amin...






Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 19:24 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Tuesday, January 3

::Hidup Adalah Saat Ini.. Selamat Tahun Baru::

Salam….
Happy New Year!!!
Welcome 2012…
Good bye 2011..


Alhamdulillah kerana DIA masih memberikan nafas untuk kita hembuskan pada tahun yang baru ini… Semoga 2012 akan mencatatkan lebih byk kebaikan yang akan kita lakukan untuk mendapat keredhaan Illahi… Semoga penyerahan diri kepada Maha Pencipta semakin kuat dan erat….

Mengimbas sepanjang kehidupan tahun 2011 sebenarnya membawa makna paling indah dalam hidup LA.. Bila mana kehidupan LA menjadi lebih baik dengan kehadiran insan2 yang penuh dengan erti keinsanan dan di penuhi dengan kasih sayang… Alhamdulillah.. Akhirnya ketenangan yang di cari semakin di perolehi. Semoga 2012 memberi lebih makna lebih baik pada LA.. Pencarian aku akan terus mencari dalam hidupnya… weeeeeeee (ayat jiwang2 je awal2 tahun ni, adessss…. O~o

Permulaan tahun 2012 dihadirkan dengan sakit tekak, selsema n batuk.. huk huk huk huk..
Semoga ini adalah permulaan yang baik utk LA… nak besar kan kan kan… weeeee
Ready utk pelbagai ujian utk tahun 2012 ni… dari segi mental, fizikal dan body.. hope boleh tahan la kan dan sesungguhnya di harap tahun ni lebih penyerahan diri pada Si Pencipta berlaku… Moga pintu2 itu terbuka utk semua urusan berjalan lancar… Semoga LA mampu untuk menggalas segala tanggungjawab yang telah di berikan dan akan di berikan nanti… Aminnn…

Ingat pesan Mak Yam.. nak jadi manusia kat dunia ni mmg mudah tetapi nak menjadi insan tu yg payah.. selagi kita faham tugas dan tujuan kita lahir kat dunia ni kita akan jadi insan dan makhluk yang baik dan redha serta menyerah….
Apa tugas dan tujuan kita di sini???
Firman Allah SWT :
Maksudnya:“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku”
                                                                                                                                                                           (Az-Zariyat: 56)
So jelas dan nyata bahawa tugas kita sebenarnya adalah utk hanya beribadah kepada Allah.. So harapnya semua dapat beribadah kepada Allah mengikut firmannya.. jgn memikirkan duniawi lebih kepada akhirat.. semuanya telah tertulis dalam diari setiap insan…. Berserah sahajalah kepadaNYA…bukan ilmu dunia yang di kejar atau patut di banggakan..

Apa guna segulung diploma jika jiwa kita kosong
Apa guna sehelai ijazah jika jiwa hanya penuh dengan kebanggaan
Apa guna MASTER yang di perolehi jika jiwa sungguh bongkak dan takabur
Dan apa guna PHD di beri jika jiwa masih miskin dengan iman

Tak perlulah kita banggakan diri kita kat dunia ni kerana di mata Illahi kita ni sama je sebagai hamba yang masih memerlukan petunjuk dan pertolongan dari DIA.. Bila susah kita mencari DIA juga… manusia mana yg hidupnya tidak memerlukan pertolongan makhluk lain???
Usahlah kita hanya menyalahkan orang dan menjatuhkan hokum kerana setiap yang baik dan tidak semuanya adalah datang dari DIA…

Jika kita tidak melakukan kesilapan bagaimana kita mau tahu kebenaran..
Jika kita tidak sesat bagaimana kita nak tahu jalan yang benar…
Jangan memandang makhluk lain sebagai tidak punya apa2
Jangan menyalahkan org lain atas apa yg kita rancangkan tidak menjadi
Jangan hanya memandang sesuatu itu dengan pandangan kosong
Kerana setiap yang hadir itu mesti ade sebab nya
Kerana setiap apa yang berlaku pasti ade hikmahnya.
Jika tidak kita tidak berada di mana kita berdiri sekarang..
Jika tidak kita tidak akan menjadi insan yang sempurna…

Ye… semoga tahun baru ini
Adalah tahun kebangkitan kita
Semoga tahun baru ini tahun perubahan
Semoga tahun baru ini kerajaan baru yang lebih kuat akan terbentuk…
Gah dan kuat untuk merempuh musuh…
Hingga titisan darah mengalir
Hingga hembusan nafas terakhir..

PadaMU aku serahkan segalanya ya Rabb..
Bawalah aku terus bersamaMU
Biar kita saling sayang dan kasih
Biar kita bersatu memegang panji agama..
Biar GERAK itu terus bergerak tanpa henti..
Demi keAGONGan…
Aminnn….

=).. semangat berkobar2 ni…
bye!!



Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 11:35 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Wish List... weeeeeeee ~

1. iPhone / Blackberry
beli Samsung Galaxy SII la pulak... =)
2. Camera DCLR
3. iPad
4. Kereta Baru

=) mau!!! mau!! mau!!!

Nuffnag

Blog Archive

  • ▼  2012 (41)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (12)
    • ►  February (11)
    • ▼  January (11)
      • ::MARAH!!!::
      • :: Kisah Hati yang kau akan faham suatu hari nanti::
      • ::Izinkan Aku::
      • ::Surah Al-Ikhlas::
      • ::Macam2 hal berlaku, tapi masih tersenyum...::
      • ::TERUSKANLAH BERSABAR DUHAI HATI::
      • ::Bersabarlah::
      • ::11 JANUARI bertemu lagi::
      • ::Sungguh Kita Tak Mampu::
      • ::4th January 2012::
      • ::Hidup Adalah Saat Ini.. Selamat Tahun Baru::
  • ►  2011 (67)
    • ►  December (17)
    • ►  November (11)
    • ►  September (24)
    • ►  August (15)

Followers

Powered by Blogger.

My Blog List

  • Scarf Sweethoney
    BELLE Tudung Instant Shawl Double Loop
    5 years ago
  • .. cik epal ..
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
    5 years ago
  • Ini Blog Along Ayu
    Dear Eleanor (2016)
    9 years ago
  • ! anGah -iNi bLoG JiWa JiWa- !
    Dari Jauh
    12 years ago
  • P E N C A R I A N A K U
    ::Masa Kini::
    12 years ago
  • Qaseh Suchi: A never ending smile...
    Wish List.....?
    13 years ago
  • Love, Live, Life
    Hari yang busan.....*o*
    15 years ago

Pot Pet

Popular Posts

  • ::CUMI1569 @ KL::
    Salam uols… Seperti biasa LA ni ngah bosan kat office tak tau nak buat ape… Then ditambah ngan kemalasan utk bekerja memuncak2 setelah bercu...
  • ::PENGORBANAN::
    P.E.N.G.O.R.B.A.N.A.N Apa yang kita faham tentang pengorbanan?? Selalu org kata… “aku sanggup berkorban apa sahaja untuk memastikan apa y...
  • :: DEWA KENCANA @ Royal Theatre Shah Alam::
    Salam uols.. huhuhuhu Lamanye tak update blog… Byk urusan nak kena settlekan n keje kat office plak sekarang makin byk… Di samping kerja2 pe...
  • ::BZZZZZZZZZZZZZZZ::
    Salam uols.. lama giler rasanye tak meng'update' blog ni... adehhhh... RINDU sudah... So bz dengan kerja-kerja di ofis di tambah pla...
  • .:OpEn HoUsE & BaNgSaWaN:.
    Semalam LA dan keluarga Alam pi la open house kat Desa Idaman, Puchong, umah salah sorang keluarga Alam jugak la (kak BB @ Kak Azlina Idris)...
  • ::Rindu Ini Milikmu::
    Rindu itu tidak seperti api yang membakar... Tapi seperti air yang tenang menyejukkan... Juga menghanyutkan... ~Rindunya hati ini~ Rin...
  • ::SURPRISE~Happy Birthday Kak Lyn ::
                                         SURPRISE!!!!! Happy Birthday Kak Lyn!!!! Yeahhhhh.... Nilah birthday girl... boboyot tak perut dia....
  • ::DIA ada di mana2::
    Ingatlah Allah di mana2 sahaja… Nescaya Allah tidak sekali-kali melupakanmu.. Usahlah kau sombong kerana itu warisan terlaknat IBLIS… Jangan...
  • ::BLURRRRRRR::
    Hai guys.. Today not in mood... + BLURRRR.. Perut mulas2.. Tak lalu nak makan... So ni je untuk sarapan pagi ni... Harap dapat memberi su...
  • ::Rindu itu hadir tidak pernah jemu sederas ombak di pantai::
    OMBAK RINDU hadirnya rindu itu mengikut alunan hempasan ombak tidak pernah jemu... cewahhhhhh.... Feeling lebih plak.... =) Bintang : le...

 


Free Blogger Templates by Leelou Blogs - Digi-Scrap Elements by Michelle Underwood