Dahulu aku punyai seorang Ayah…
Sangat garang..
Sangat bengis..
Sehingga takut untuk membuat salah…
Jika keluar bersama teman2 ke Bandar…
Keluar Jam 11 pagi… Jam 3 ptg sudah pulang…
Pesannya sebelum jam 7 mesti sudah ade di rumah..
Jika pulang dari kerja anak2 tidak mandi lagi…
Mau di kejar keliling rumah dengan tali pinggangnya….
Habis berbirat paha kesan libasan tali pinggang….
Tapi kini bila dia sudah PERGI…
Baru ku sedar erti garangnya..
Baru ku faham maksud bengisnya…
Di sebalik semua itu terselit satu pengajaran…
Tersimpan seribu alasan….
Yang menjadikan aku seorang MANUSIA yang faham…
Yang menjadikan aku seorang MANUSIA yang tidak reti untuk
meminta2…
Walau pada pandangan masyarakat dia seorang ayah yang teruk…
Tapi pada aku dia adalah seorang ayah yang faham bagaimana
mahu mendidik anak2nya..
Terima kasih Ayah… Semoga aman kau di sana…
Fatihah dan selawat aku kirimkan di angin lalu…
Buat mereka yang masih mempunyai ayah..
Hargailah dirinya kerana jika perginya mungkin tidak akan
kembali…
Tanpa dia di manakah kita????
Terima kasih ayah….
~R O L E M~
0 comments:
Post a Comment