Aku harapkan segalanya sudah jelas dan terang.. Aku bukan hendak bersikap KEJAM atau tidak memikirkan HATI & PERASAAN orang lain.. Kebenaran itu selalunya sgt MENYAKITKAN dan MEMERITKAN.. Sungguh hidup ini terlalu KEJAM.. Kenapa?? Kerana DIA yang MAHA mahu menguji dan menduga sejauh mana kita benar2 beriman dan benar2 sayang kepadaNYA.. KEHIDUPAN ini satu perjuangan… Peluang TERAKHIR di beri…
MAAFkan aku jika keputusan itu sangat mengguris HATI.. Sudah tiba masa dan saatnya keputusan dibuat. Oleh itu, tiada lagi jawapan yang tidak pasti bermain2 di minda dan fikiran.Tiada lagi harapan yang tinggi menggunung di titipkan di hati.Untuk terus membenci silakan. Tidak mampu utk menghalang.. Keputusan ini adalah untuk KEBAIKAN semua pihak.Biar segala yang berlaku di simpan dengan baik dalam lipatan cerita dan sejarah masing2… Moga ianya menjadi ikhtibar dan panduan utk kita menjadi insanNYA yang lebih baik dan terpelihara…. Hidup ini hanya sementara… Dan dunia ini sudah semakin tua… Tiada masa untuk kita asyik hanyut di dunia ini… harus lebih peka dan berjuang ke jalan akhirat pula… Di mana letaknya kita nanti?? SYURGA atau NERAKA???
Hadir bukan utk menyakitkan… Hadir utk membetulkan keadaan… Sampai bila kehidupan harus begini?? Suka memikirkan kemungkinan2 yang akan hadir dalam hidup.. HATI tidak dapat menipu.. Mengapa tidak menyerahkan semuanya kepada yang berHAK??
Kepada si kenalan, harap org baru yang hadir itu mampu memberi keceriaan dan perhatian lebih kepada kamu. Dan apa yang kamu harapkan dari seorang LELAKI dia mampu berikan. Kami akan sentiasa mendoakan kamu akan bahagia. Kepada kami moga hari selepas ini akan menjadikan hubungan kami makin teguh dan ikhlas.. Semoga cinta dan kasih sayang ini bersulam dengan cinta kepada Tuhan yang satu.. Semoga kita semua di rahmati dan di beri Hidayah dan iman yang teguh… InsyaAllah… Moga suatu hari nanti pabila bertemu kita mampu memberi senyuman ikhlas tanda persaudaraan sesama agama… Amin..
~kita mungkin mampu miliki JASAD sesiapa sahaja yang kita mahu tapi mampukah kita memiliki HATI dan JIWA mereka??? =)~
0 comments:
Post a Comment