-->
skip to main | skip to sidebar

PENCARIAN AKU....

Aku perlukan bimbinganMU Ya Tuhan. Kerana Engkaulah Gembalaku yang sejati.

About Me

My Photo
Liyza Aziz (LA)
Hidup ini satu pencarian. Aku sentiasa mencari tanpa pernah jemu. Terlalu banyak ilmu Allah yg tak mampu dan kdg2 tak tejangkau oleh fikiran. Carilah, dan kau akan temui jawapannya.....
View my complete profile

Wednesday, March 28

::Aku kini tunangan orang >.<::

Cincin belah rotan tanda merisik dan cincin pertunangan.
Alhamdulillah.. semua berjalan lancar walaupun pihak lelaki kelewatan 2 jam.. adessss…

Selesai sudah majlis ikatan pertunangan 2 jiwa. Dalam waktu ni 2 2 nak kena semakin hormat menghormati dan menjaga diri masing2… org kata tengah darah manis kan kan kan… cuba utk membawa diri masuk ke alam rumahtangga plak nanti… so ni kira tempoh utk lebih kenal mengenali lebih dalam lar…

So, now aku nak story sepanjang majlis pertunangan tu berlangsung… huhuhu, so utk plan awal aku nak buat mini pelamin yg simple2 je la kan, tapi sampai je rumah masa hari jumaat petang tu tgk2 mak sedara aku merangkap mak andam kat negeri kelahiran aku tu dah letak brg2 mini pelamin kat umah aku… huhuhuhu… so demi menjaga hati dia kena la pasang gak…
So utk menyiapkan mini pelamin tu kita org buat sampai kol 4 pagi sebab depa dok menunggung sarung bantal yg tak habis2 lagi aku dok jahit… kih kih kih kih…


hah!! caya dok aku dok jahit bantal cantik ni sampai kol 4 pg.. huk huk huk.. tang lengan yang besar tu jgn le tengok ye... >.<
Ni ler rupanye mini pelamin yang macam nak gile kita org pk nak design.. adesss.. see the bantal2.. i la jahit tu... hahahahaha.. sape2 nak sewa leh la bagitau ye... O~o
So dah selesai siapkan mini pelamin tu dalam kol 5pg baru la aku tdo… kol 7.30 pg dah bangun dah sebab majlis dirancang jam 11pg, so oleh kerana aku make up sendiri aku peruntukan jam 8.30 utk start make up.. sebab lom pro sgt nak make up ni kan, still terkial2 lagi di tambah dah agak lama tak main berus make up ni… adessss, masa tu dok pk cam mane la rupa aku nanti kan… huhuhuhuhu… 


Korang tengok... ngah dok cari2 berus mana satu.. sampai tak hengat dah... weeeeeee..
Oleh kerana aku malas nak lilit tudung bagai so aku beli la tudung sarung ni kat Butik Bakarat, Ampang Park. Anak tudung ni je rege dia RM35 tapi material mmg best ler..
Tadaaaaaaaa.... ni lah hasil kerja tangan aku.. huhuhu.. still kena byk practice utk pastikan  lebih berseri lagi... weeeeeeeee...
Hantaran aku di buat oleh mak lang kesayangan aku… mekasih byk2 ye mak lang… hihihi… cer tgk cantik tak.. temanye silver hitam..


See... Pihak lelaki dah nak mai lagi pun dia sibuk lagi nak cantikkan hantaran aku.. huhuhu... mekasih mak lang... ti masa kawen leh la tolong buat lagi... kata tak suka dok dapur kan... weeeeeeee...
Hantaran aku 9 dulang berbalas 7 dulang dari pihak lelaki.... ikut plan asal 5 balas 7 tapi last minit pihak lelaki tambah lagi 2 dulang la plak... terkial2 nak pk ape lagi nak hantar... utk hantaran ni aku hantar makanan je... Bagi makanan sebab Incik AD mmg suka makan.. weeeeee.....


Buah-buahan

Coklat



Cup cakes yang cantek dari Tulip's Oven (Bachang, Melaka)
Kek Batek buatan tangan Kak Ngah..
Kek sponsored by Bonda Salmah.. thanks mak... =)
Last minit punya hantaran.. dah tak tau nak bg ape lagi lastly pg tu pi la beli Cheese Tat ni... huhuhuhu
Pot Puri
Sweet sponsored by Mak Jam... mula2 byk sweet ni tapi satu2 sepupu n anak buah amik... hahahha
Sireh junjung sponsored by Usu Diba... =)
Habis dah pengenalan kepada 9 dulang hantaran dari pihak perempuan.... fuhhhhh...
Next entry aku akan update gambo2 yang lain la ye... byk sgt ler... adesss...


Bye!




Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 15:02 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Wednesday, March 21

:: Apa Pilihan Kita::

Hidup ini byk yang tidak di duga…
Kadang-kadang apa yang kita rancang semua tak jadi tapi tetiba datang sesuatu perkara yang lebih baik dan tak pernah kita jangka.. Ada juga hadir benda2 yang kita tak suka.. So apa pilihan kita??? Terima, Redha & Pasrah…

Sejak sebelum kita lahir ke dunia ni takdir kita telah tertulis sejak di Luh Mahfuz.. Tapi kita tetap punya pilihan.. setiap manusia di beri 2 pilihan dalam hidup.

PERTAMA : Buat apa yang di suruh dan tinggalkan apa yang di larang.
KEDUA     : Tinggalkan semuanya

So di mana pilihan kita?? >.<
Jalan mana yang mahu kita tuju…
Masih hidup dengan bergelumbang HAWA NAFSU yang tinggi??
Masih mencari KEKAYAAN di dunia??
Masih mencari CINTA manusia yang tidak SUCI??
Masih mengHAMBAkan diri kepada dunia??

Sudah2 la tu… Dunia dah semakin TUA..
Kita semakin hidup di AKHIR ZAMAN..
Sudah tidak tertampung bumi Allah ini dengan dosa2 manusia yang semakin bersifat binatang..
Pelbagai bencana menghampiri…
Manusia sudah tidak ada kata sehaluan..
Pemimpin masing2 semakin galak menunjukkan kekuatan & kehebatan masing2…
Berbalah antara satu sama lain..
Rakyatnya pula taksub dengan kehidupan moden
Meneguk air haram seolah2 Tuhan itu tidak melihat
Melakukan zina seolah2 Tuhan itu buta..
Membuang anak yang tidak berdosa…

Apakah itu bukti DAJJAL sudah BANGKIT???
Apakah itu petanda DUNIA ini semakin hampir di MUSNAHkan?
Apakah kita antara mereka2 yang akan dipilih bersama2 IMAM MAHADI menghapuskan semua kejahatan di muka bumi ini??
Atau kita adalah antara mereka yang menjadi mangsa kemusnahan muka bumi ini??
Di mana letaknya kita??
Jika kita bukan org2 yang terpilih utk mengibarkan panji2 Allah
Sekurang2nya kita berbaktilah utk diri sendiri agar kita sentiasa SELAMAT di bawah perlindunganNYA..
Ingatlah DIA selalu kelak DIA akan sentiasa igtkan kita..
Dan DIA sentiasa ada dekat dengan kita… sedekat helaan NAFAS setiap masa…..

~Berilah aku peluang untuk berbakti ke jalanMU Ya Tuhan~

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 16:40 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Monday, March 19

::I Will Engaged::


Assalamualaikum….
Rasa cam agak lama gak la tak menulis kat dalam blog ni… sekarang ni agak kesibukan sedikit. Actually, aku akan bertunang Sabtu ni (24.03.2012). Benda yang di plan hanya 2 minggu, mau tak kelam kabut di buatnye tapi Alhamdulillah aku punya sedara mara, adik beradik & mak yg sentiasa menghulurkan tangan untuk membantu. Leh dikatakan mereka ni dok menunggu2 la jugak hari ni datang.. Dok asyik tanye je bila lagi kan… huhuhuhu…

Perasaan?? Adesss… Jangan di tanye la… berdebar2 n lutut terketar2 je ni… lagi nak sampai masanye lagi kencang plak.. adoiii, tak suka tol la perasaan cam gini… Mmg gini ke rasanye erk atau aku je yg rasa cam gini… hahahha…

So planning pada mulanya pihak lelaki akan menghantar 5 dulang sahaja dan aku akan  membalas 7 dulang. Tapi semalam baru dapat tau depa nak tambah lagi 2 dulu. Mula la aku tak tentu arah kan sini kan?? Mula dok pk nak tambah ape lagi.. Tapi rasanya aku nak serahkan pada org kat kampong je la.. pening sudah….

Utk 2 minggu ni aku membahagi kerja la kepada mereka2 yg di percayai. Hantaran aku bg pada Mak Lang kesayangan aku yg sudah tentu mmg arif tentang hal ni n very creative. Then aku tanye adik beradik aku yg dah bekerja ape depa nak sponsor. Hahahahahaha… Kak Long sponsor KEK, Kak Ngah sponsor buah-buahan, adik yg sulong sponsor coklat, Mak Usu sponsor Sireh Junjung, Adik bongsu yg ngah tunggu SPM n dalam masa yang sama ngah belajar jahitan kat GIAT MARA tu aku serahkan kerja2 mencantikkan baju yg aku akan pakai masa majlis tu nanti. Bukan ape, saje je nak bg dia gunakan skill yg dia belajar kat Giat Mara tu. Aku ade la sponsor sket2 utk belajar dia kat sana… hihihihihi (amik kesempatan ko).. Mak kesayangan seperti biasa sebagai merangkap tukang masak yg terkenal kat kg aku tu kena la settlekan soal makanan. Aku kat KL ni bersama2 kak long aku akan settlekan goodie bag utk tetamu yg hadir nanti. So far semua berjalan lancar.

Sekarang ni aku ngah dok fikir utk buat mini pelamin yg simple je. Tak moa la GLAM sgt. Bukan nak nikah pun… Hahaha, kalau boleh semua aku nak buat sendiri tapi tu la masa tak berapa nak ade di tambah dengan urusan2 hidup aku yg lain. Tapi aku cuba cari masa jugak la agar semua berjalan lancar dan seiring.Hope di beri masa yg cukup la utk pastikan majlis berjalan lancar… Please pray for me…

So later I will update semua dan share pada semua. Mana tau korang leh dapat idea utk majlis korang pulak nanti k. So c u next entry.

Bye!

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 16:56 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Friday, March 9

::Izinkanlah ianya berakhir dengan BAIK::


Aku harapkan segalanya sudah jelas dan terang.. Aku bukan hendak bersikap KEJAM atau tidak memikirkan HATI & PERASAAN orang lain.. Kebenaran itu selalunya sgt MENYAKITKAN dan MEMERITKAN.. Sungguh hidup ini terlalu KEJAM.. Kenapa?? Kerana DIA yang MAHA mahu menguji dan menduga sejauh mana kita benar2 beriman dan benar2 sayang kepadaNYA.. KEHIDUPAN ini satu perjuangan…  Peluang TERAKHIR di beri…

MAAFkan aku jika keputusan itu sangat mengguris HATI.. Sudah tiba masa dan saatnya keputusan dibuat. Oleh itu, tiada lagi jawapan yang tidak pasti bermain2 di minda dan fikiran.Tiada lagi harapan yang tinggi menggunung di titipkan di hati.Untuk terus membenci silakan. Tidak mampu utk menghalang.. Keputusan ini adalah untuk KEBAIKAN semua pihak.Biar segala yang berlaku di simpan dengan baik dalam lipatan cerita dan sejarah masing2… Moga ianya menjadi ikhtibar dan panduan utk kita menjadi insanNYA yang lebih baik dan terpelihara…. Hidup ini hanya sementara… Dan dunia ini sudah semakin tua… Tiada masa untuk kita asyik hanyut di dunia ini… harus lebih peka dan berjuang ke jalan akhirat pula… Di mana letaknya kita nanti?? SYURGA atau NERAKA???

Hadir bukan utk menyakitkan… Hadir utk membetulkan keadaan… Sampai bila kehidupan harus begini?? Suka memikirkan kemungkinan2 yang akan hadir dalam hidup.. HATI tidak dapat menipu.. Mengapa tidak menyerahkan semuanya kepada yang berHAK??

Kepada si kenalan, harap org baru yang hadir itu mampu memberi keceriaan dan perhatian lebih kepada kamu. Dan apa yang kamu harapkan dari seorang LELAKI dia mampu berikan. Kami akan sentiasa mendoakan kamu akan bahagia. Kepada kami moga hari selepas ini akan menjadikan hubungan kami makin teguh dan ikhlas.. Semoga cinta dan kasih sayang ini bersulam dengan cinta kepada Tuhan yang satu.. Semoga kita semua di rahmati dan di beri Hidayah dan iman yang teguh… InsyaAllah… Moga suatu hari nanti pabila bertemu kita mampu memberi senyuman ikhlas tanda persaudaraan sesama agama… Amin..

~kita mungkin mampu miliki JASAD sesiapa sahaja yang kita mahu tapi mampukah kita memiliki HATI dan JIWA mereka??? =)~

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 11:17 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Thursday, March 8

::Selamat Hari Wanita 08.03.2012::

Assalamualaikum wahai wanita yang cantik…
Hihihihi, hari ni 8 Mac 2012…
Hari wanita sedunia… korang nak tau ke ape kisahnya pada hari ini, daripada research yang aku buat begini ceritanye……

Hari wanita bermula dari sebuah kisah wanita biasa yang mencipta sejarah, sejarah perjuangan wanita yang berabad abad lamanya untuk persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam kehidupan yang dikongsi dengan kaum lelaki. Kini sambutan hari wanita adalah simbolik kejayaan wanita seluruh dunia. Di hari ini semua wanita seluruh benua tanpa mengira latarbelakang agama, geografi, kaum, budaya dan politik berkumpul, bermuafakat, bersatu dan bersama-sama menyambutnya dengan perasaan muhibbah dan ceria.

Peristiwa itu berlaku 155 tahun yang lalu, 8 mac 1857. Pada tarikh ini satu mogok besar-besaran telah di adakan oleh beratus wanita yang menjadi buruh di kilang kain dan pakaian di New York. Mereka melancarkan mogok kerana menentang kezaliman majikan dan masyarakat kapitalis yang mengekploitasi keringat dan tenaga dengan bayaran gaji yang amat rendah, masa kerja yang panjang serta keadaan suasana tempat kerja yang tidak berperi kemanusiaan. Lima puluh tahun kemudian di bulan Ogos 1910, Persatuan Wanita Sosialis Antarabangsa telah memilih tarih ini sebagai hari sambutan wanita sedunia. Pada tahun 1975 , Bangsa bangsa bersatu mula merayakan 8 mac sebagai sebagai hari wanita sedunia.

Al-kisahnya….. hihihihihi
So hargailah perjuangan wanita. Kita dilahirkan sungguh maricle.. hanya satu malam sahaja sedangkan ADAM di jadikan beratus2 tahun… So siapakah kita ini??? Weeeeeeee… So di kesempatan ini sama2 lah kita Hayati pengorbanan wanita2 HEBAT ketika zaman kebangkitan Islam dahulu.. Semoga menjadi pengajaran dan ikhtibar kepada kita semua… Zaman sudah hampir berakhir… Bangkitlah wahai Sri Kandi2 Islam…. Bangun dan berjuanglah demi Tuhan yang satu…. Jangan lalai dan leka dengan duniawi kerana semuanya pinjaman dan bersifat sementara sahaja… Di sana akan kekal dan abadi selamanye… InsyaAllah…



Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 11:44 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Wednesday, March 7

::KEPUTUSAN YANG MENDADAK::

PANAS!! PANAS!! PANAS!!!

Huhuhuhu, semalam bersamaan 06.03.2012, aku menerima satu berita yang boleh buat jantung aku cam nak STOP, muka pucat macam mayat… adessss… bak kata ayahanda muka cam org kena paksa terjun dari bangunan 10 tingkat… kalau 20 tingkat aku tak tau la apa plak rupa aku masa tu kan kan kan…. Hampir hilang nyawa ler…. Ayahanda soh bg keputusan dalam masa tak sampai sejam pun… giler oiii…. Ni pasal masa depan ni… huhuhuhuhu..

agak2 ade tak muka aku comel cam ni masa terima berita tu?? huhuhu




















JENG… JENG… JENG…
Apakah itu?? Huhuhu, aku tak nak bgtau lagi la buat masa sekarang… bagi aku time utk RELAX n FIKIR2kan benda ni dulu… huhuhu, tetiba berdebar2 la plak… adoiiiii, tak pernah rasa cam ni beb…. Shaking la jugak… ermmmm… tak pe2… JUST relax n everything will be find… I will story later apa yg berlaku sebenarnye sehingga perkara ni selesai dengan selamatnye… Semoga lepas ni segala akan jadi lebih baik… Aminnn

K, bye….

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 16:42 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Tuesday, March 6

::Aku WENG sekejap @_@::








Ermmmm….
Cam mane mau cerita ye??

MANUSIA…
selalu memikirkan yang mereka ni selalu betul walaupun apa yang mereka buat tu terang2 dah salah… tu tak pe lagi la kan… dah mmg buat salah lepas tu nak salahkan orang lain plak… adoiiii…. Migraine aku dibuatnya sampai tak hengat nak makan dan dok terperap dalam bilik dari pagi sampai petang.. malam tu member datang baru la kuar amik angin… hihihihi… aku rasa aku cukup kuat untuk menerima semua yang berlaku… yes.. depan org mmg aku cuba utk strong tapi dalam ni DIA je yang tahu…  mmg perangai aku dari dulu sampai sekarang paling tak suka org risaukan aku… tak nak pk tapi dia mai gak, jahat tol kan…. Tak pe RELAX je… semua akan baik2 je…

Tapi siapalah aku ni untuk mengHUKUM sesama manusia sedangkan aku pun banyak dosanya jugak.. Siapa pulak aku yang nak MARAH dan menuding JARI sedangkan apa yang berlaku katanya berPUNCA dari aku… terima je la… Mengaku je la SALAH aku kalau tu mampu memuaskan HATI semua pihak.. Biarlah aku nampak SALAH di mata manusia muka bumi ini tapi aku tetap BENAR di MATA yang Maha… >.<

Salahkah aku kalau permintaan yang aku tak leh nak bagi aku tolak?? Tengok permintaan la beb… kalau nak bagi atau nak tolong pun agak2 la kan… takkan semua benda nak bagi n tolong, lepas tu cakap kat diri sendiri tak tau kenapa aku tolong… ask yourself la, konon nak tunaikan permintaan orang… adessss… permintaan yang macam mana pulak kan?? Yang baik ke atau tak?? So lepas datang masalah jgn la nak salah kan sesapa sebab diri sendiri masa memberi tu mesti la dah IKHLAS kan??? Kata nak tunaikan permintaan orang… huhuhuhu, tak faham tol la aku dengan manusia jenis cam gini… bikin kepala otak aku ni berpinar2… nak MARAH salah tak MARAH pun salah… so ye la akulah yang SALAH.. so aku minta maaf ler…. Dushhhh… muka sendiri…. Weng sekejap…. Berbintang2 dah ni…. Sebagai manusia aku tetap sayang kamu…. Tu je la ayat yang boleh tenangkan aku buat masa ni… Aku ni bukan TUHAN nak hukum orang… So tak pe la… tu dah tertulis untuk aku… Senyum tak perlu kata apa2….

~Incik AD sibuk ngan preparation kahwin adik dia aku plak yg berdebar2… adessss, mau tak berdebar dah la mak dia bg kain untuk aku buat baju pakai sedondon masa majlis kahwin adik dia… ngeeeeee malu ler >.<…… omak dia ni pun satu pi bg kain wat pe?? Sat lagi sedara mara dia tanye apa nak jawab weiiii….. kang tak pakai kecik hati la pulak…. Tak pe… relax je.. orang tua dah suka kita so why not kita buat orang tua hepi jugak kan.. leh dapat pahala FREE… weeeeeeeeee

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 14:30 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Monday, March 5

::His 29th Birthday::

Muka kelaparan tunggu menu tak sampai2 lagi, hahahaha

Birthday boy yang kepenatan... tapi tetap spent time utk LA utk celebrate birthday dia... hihihihi... 


Yesterday... 4.03.2012 is birthday Incik AD yang ke 29th... If last year LA bg present JAM so for this year just LA just bagi BAG je la, so if dia nak pi shooting ke... nak bawak document utk biz dia ke senang la kan, hihihihihi, so i like this bag so much.. cam koperasi plak ... kih kih kih kih... oh adnan sempit.....


Ni la bagnye beli from CLUB MOD. ade 2 color, hitam n coklat tp LA lagi suka coklat.... =) n plus big greeting card for him too from memory lane.... so cute n sweet...

So seperti tahun lepas, tahun ni masa birthday Incik AD dia kenalah belanja LA Kenny Roger's haaha, If birthday LA plak LA akan belanja dia Nando's plak... so tahun depan pun cam gitu kot, InsyaAllah....

Then after makan2 kat Kenny Roger's... Makan dengan cepatnye sebab Incik AD ni plan nak tgk wayang la bagai tapi ajak kuar lambat... Mau taknye ade shooting la bagai, plan dah seminggu awal, alih2 kena shooting plak.. adoiii, tapi tak pe la, sebab keje kan, so sabar je la menantimu....

Pas tu dok layan la cerita Adnan Sempit 2, hahahahaha, so mmg tak tahan la lawak dia, adoiiiii... mmg gelak tak hengat la dengan Incik AD kat dalam panggung tu...So thanks la kepada Incik AD sebab berjaya la jugak menghiburkan hati di akhir2 hujung minggu... Thanks for the love u gave to me... I know you love me so much!!!! Love u too....

~peluang terakhir masih ada, gunakanlah sebaik2nya... selepas ini no more chance.... =)


Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 18:35 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

::Seadanya aku::


Ketika aku menjadi pemaaf dan tak punyai rasa dengki.. hatiku lega jiwaku bebas dari bara permusuhan.. ketika musuhku lewat dihadapanku aku sentiasa menghormatinya.. semua itu ku lakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan.. aku tampakkan keramahanku kesopananku dan rasa persahabatanku kepada orang orang yang kubenci.. sebagaimana kutampakkan hal itu kepada orang orang yang kucintai.. manusia adalah penyakit dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekatinya.. padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.


~Indera~
Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 12:46 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

::Sebagai manusia AKU SAYANG PADAMU::


Semakin aku dekat kepadaMU semakin kuat dugaanMU kepadaku....
Aku terima dengan REDHA dan PASRAH segala ketentuanMU...
Pesannye kepadaku "Setiap yang hadir itu baik, kita sahaja yang salah menafsirkannya"
Terima kasih atas kata keramat ini... Dan kerana kata2 inilah aku masih KUAT dan GAGAH untuk berdiri dan meneruskan perjuangan HIDUP aku ini...


SEBAGAI MANUSIA AKU SAYANG PADAMU.....
Alhamdulillah dan syukran atas Kasih Sayang yang dilimpahkan kepadaku...
Aku hanya seorang hamba yang hanya mengharapkan kesaktian dariMU...
Siapakah aku ini???
Aku tidak mahu menjadi tunggangan IBLIS yang asyik menyeru untuk menduakanMU...
Aku tidak mahu mengharapkan sesuatu dari selainMU untuk mencapai apa yang aku inginkan..
Kerna aku masih berpegang kepada "Hanya ENGKAU sahaja yang mengetahui apa yang TERBAIK untuk hamba2MU" Aku redha.......
Aku impikan SYURGA di sana.....
Aku mengharapkan KESEJAHTERAAN di sana seperti mana yang ENGKAU janjikan...
Aku hanya ingin berjuang ke JalanMU.. Berikan aku peluang itu dengan menjauhkan aku dari perkara2 yang mampu menjauhkan aku dari perjuangan ini...
Aku hanya ingin berserta mereka2 yang bersama2 berjuang kepadaMU...
Rahmatilah aku....
Peliharalah aku...
Hanya itu yang aku harapkan dalam kehidupan aku sekarang..
Kerana aku sudah penat dan capik dengan janji dan omongan manusia...
sudah tiada kejujuran...
sudah tiada kesetiaan...
sudah tiada keikhlasan...
yang tinggal hanya NAFSU dan TAMAK di dalam jiwa...
sudah rosak dan tunggu masa untuk binasa sahaja...
Subhanallah... Jauhkan aku dari tipu daya IBLIS yang NYATA ini.....


~biar masa dan keadaan menentukan segalanya... segalanya aku serahkan kepadaMU~
Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 03:56 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Friday, March 2

::DIA ada di mana2::

Ingatlah Allah di mana2 sahaja… Nescaya Allah tidak sekali-kali melupakanmu.. Usahlah kau sombong kerana itu warisan terlaknat IBLIS… Janganlah kau MARAH kerana jiwamu akan terbakar… DENGKI itu pula seperti setitis RACUN yang menjalar ke seluruh tubuh dan akhirnya membunuhmu.. Maka bersujudlah kepada Allah, berlindunglah dari segala kejahatan yang NYATA mahupun yang TERSEMBUNYI, dari kejahatan seluruh makhluk dan yang paling penting berlindunglah pada Allah daripada kejahatan DIRI SENDIRI…

~Wali Sufi~













~hairan ada segelintir manusia yang menggunakan IBLIS untuk memuaskan kemahuan mereka.. maksudnya sanggup gunakan bomoh agar kepuasan HATI mereka tercapai... Di mana letaknya Allah dalam diri mereka... Subhanallah... Balik la ke pangkal jalan, sesungguhnya kepadaNYA juga kita akan kembali... Moga dijauhkan dari kekejaman manusia berHATI IBLIS ini.....
Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 11:13 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Thursday, March 1

::Birthday Counting::

Termenung…
Berfikir….
Mencari…
Bertanya…
















Arghhhhh… 3 hari lagi…
Nak bagi ape pada Incik AD sempenan birthday dia ni…
Hihihihihi, tak pe semestinya LA akan bg something special utk dia bukan sekadar hadiah…
Ketulusan hati dan kasih sayang yang paling tinggi nilainya… weeeeee
Watch Out!!!!

This Sunday nak spend time sepanjang hari with Incik AD… lalalalalalala…

~erk... sape kau nak meletakkan taraf IQ seseorang?? weeee... IQ kau tinggi sgt ke??? Kau tak pernah curang ke???? ahakssss.... weeeee.... tak pe la, DENDAM itu BARA, MARAH itu API... Astaghfirullahala'zhim.... bak kata Pak Arab....



Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 14:02 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Wish List... weeeeeeee ~

1. iPhone / Blackberry
beli Samsung Galaxy SII la pulak... =)
2. Camera DCLR
3. iPad
4. Kereta Baru

=) mau!!! mau!! mau!!!

Nuffnag

Blog Archive

  • ▼  2012 (41)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
    • ▼  March (12)
      • ::Aku kini tunangan orang >.<::
      • :: Apa Pilihan Kita::
      • ::I Will Engaged::
      • ::Izinkanlah ianya berakhir dengan BAIK::
      • ::Selamat Hari Wanita 08.03.2012::
      • ::KEPUTUSAN YANG MENDADAK::
      • ::Aku WENG sekejap @_@::
      • ::His 29th Birthday::
      • ::Seadanya aku::
      • ::Sebagai manusia AKU SAYANG PADAMU::
      • ::DIA ada di mana2::
      • ::Birthday Counting::
    • ►  February (11)
    • ►  January (11)
  • ►  2011 (67)
    • ►  December (17)
    • ►  November (11)
    • ►  September (24)
    • ►  August (15)

Followers

Powered by Blogger.

My Blog List

  • Scarf Sweethoney
    BELLE Tudung Instant Shawl Double Loop
    5 years ago
  • .. cik epal ..
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
    5 years ago
  • Ini Blog Along Ayu
    Dear Eleanor (2016)
    9 years ago
  • ! anGah -iNi bLoG JiWa JiWa- !
    Dari Jauh
    12 years ago
  • P E N C A R I A N A K U
    ::Masa Kini::
    12 years ago
  • Qaseh Suchi: A never ending smile...
    Wish List.....?
    13 years ago
  • Love, Live, Life
    Hari yang busan.....*o*
    15 years ago

Pot Pet

Popular Posts

  • ::CUMI1569 @ KL::
    Salam uols… Seperti biasa LA ni ngah bosan kat office tak tau nak buat ape… Then ditambah ngan kemalasan utk bekerja memuncak2 setelah bercu...
  • ::PENGORBANAN::
    P.E.N.G.O.R.B.A.N.A.N Apa yang kita faham tentang pengorbanan?? Selalu org kata… “aku sanggup berkorban apa sahaja untuk memastikan apa y...
  • :: DEWA KENCANA @ Royal Theatre Shah Alam::
    Salam uols.. huhuhuhu Lamanye tak update blog… Byk urusan nak kena settlekan n keje kat office plak sekarang makin byk… Di samping kerja2 pe...
  • ::BZZZZZZZZZZZZZZZ::
    Salam uols.. lama giler rasanye tak meng'update' blog ni... adehhhh... RINDU sudah... So bz dengan kerja-kerja di ofis di tambah pla...
  • .:OpEn HoUsE & BaNgSaWaN:.
    Semalam LA dan keluarga Alam pi la open house kat Desa Idaman, Puchong, umah salah sorang keluarga Alam jugak la (kak BB @ Kak Azlina Idris)...
  • ::Rindu Ini Milikmu::
    Rindu itu tidak seperti api yang membakar... Tapi seperti air yang tenang menyejukkan... Juga menghanyutkan... ~Rindunya hati ini~ Rin...
  • ::SURPRISE~Happy Birthday Kak Lyn ::
                                         SURPRISE!!!!! Happy Birthday Kak Lyn!!!! Yeahhhhh.... Nilah birthday girl... boboyot tak perut dia....
  • ::DIA ada di mana2::
    Ingatlah Allah di mana2 sahaja… Nescaya Allah tidak sekali-kali melupakanmu.. Usahlah kau sombong kerana itu warisan terlaknat IBLIS… Jangan...
  • ::BLURRRRRRR::
    Hai guys.. Today not in mood... + BLURRRR.. Perut mulas2.. Tak lalu nak makan... So ni je untuk sarapan pagi ni... Harap dapat memberi su...
  • ::Rindu itu hadir tidak pernah jemu sederas ombak di pantai::
    OMBAK RINDU hadirnya rindu itu mengikut alunan hempasan ombak tidak pernah jemu... cewahhhhhh.... Feeling lebih plak.... =) Bintang : le...

 


Free Blogger Templates by Leelou Blogs - Digi-Scrap Elements by Michelle Underwood