Semalam LA dan keluarga Alam pi la open house kat Desa Idaman, Puchong, umah salah sorang keluarga Alam jugak la (kak BB @ Kak Azlina Idris).... hihihihi, mmg saje je kosongkan perut semalam (makan maggie je utk alas perut... weeeeeee).. tiba kat sana hampir jam 7 malam gak la, jammed macam haremmmmmm je.. tak tau la bila la kl selangor ni nak reda dari jammed (walaupun tau takkan reda punya, hahahahha).. sampai2 je terus melantak tak hengat... hahahahha, 1st mkn mihun goreng + rendang daging yg best... then makan laksa johor la... AWESOME!!! mmg fovarite LA tu weiii... hihihi, tapi makan tak leh manyak2 ler... sebab ngah diet kan, so amik sket2 je... huhuhuh (menjadikan cara diet LA tu... kui kui kui kui)
Ni la kawasan umah DD, class nyah umah dia, dah macam masuk resort je LA rasa... hihihihihi...
2 orang sengal ni pun ikut gak, si sopi n si wan suci, tak de dorang tak happening ler.... paling kesian si sopi la selalu je jadi bahan, hahahha, ade minat ka sama ini sopi, dia ngan mencari2 pasangan hidup ni.... (LA promote hang sopi oiiiii)
Kena park kat luar sebab pak guard bangla depan tu tak bg masuk, hihihihi, so pi bakau lemak jap... tgk si sopi ni kalau amik gambo asyik kontrol macho je, hampeh tol... weeeeeee
hahahaha, abg din tahan silau... memanco2 umah kak BB, merah mak ngah...
kelaparan... kui kui kui kui
kelaparan... kui kui kui kui
Mengada2 depa ni, hahahha, kunun2 mau kasi Incik AD jeles... hahahah
kalau tang mengepos ni, bg je la pada kami... weeeeee
____________________________________________________________
pas dah habis melantak n org semakin ramai membanjiri rumah kak BB kita org pun mengundurkan diri utk ke destinasi seterusnya... Panggung Dewan Bandaraya Kuala Lumpur utk menyaksiakan Bangsawan Malim Deman... ayahanda SY penolong pengarah dalam show ni, so we all sebagai keluarga alam yg mmg terikat dgn tali persaudaraan yg sgt kuat takkan melepaskan peluang utk menyaksikannya... memberi sokongan yang tidak berbelah bagi...
Sepanjang hampir 8 bulan LA bersama2 keluarga alam ni lah 1st time LA jejakkan kaki tgk teater kat sini... hihihihi, org barukan... kiranya ni kali ke 3 LA tgk teater, mula2 LA di dedahkan ngan Bangsawan Siti Zulaikha, masa tu pun sebab Incik AD involve sekali... so agak dah tau la macam mana bangsawan sebenarnya... =) (tapi tak secara keseluruhan ler... )
kalau biasa tgk bangsawan mesti tau permulaan akan di mulakan dengan "Taukeh Panggung"... depa ni akan menghiburkan la ketika produksi sedang menukar satu babak ke satu babak kat atas pentas.. cuma kali ni tak tau kenapa taukeh panggung keluar sekali je, hihihi, sebab masa tgk siti zulaikha dulu byk kali depa kuar, mayb LA lom tau bagaimana bangsawan ini bermain sebenarnya... hopefully BATEK akan menganjurkan satu Bangsawan nanti n LA nak jadi antara mereka yang bekerja di belakang tabir... weeee, tak sabar je rasanya...
Inilah adalah antara scene2 dalam Bangsawan Malim Deman. Maaflah kualiti gambo tak bape nak bagus, guna camera murah je, kui kui kui kui...LA tak berani nak comment manyak2, hahahahaha, LA bukan the person yg tau sgt pasal bangsawan ni... tapi oleh kerana LA dah tgk Bangsawan sebelum ni LA boleh katakan produksi ni belum betul2 dapat menunjukkan bangsawan yang sebenarnya, dan para pelakon sebenarnya kena byk sgt buat homework pasal bangsawan ni sebab bangsawan ade nilai komersialnya tersendiri.. Setiap percakapan dan gerak ada maksudnya tertentu. Adab sebagai seorang Raja, Permaisuri, Puteri, Putera, dayang, inang, pembesar2... semua kena buat byk homework... walaupun seorang anak raja sedang marah keadaan nya terkawal dan cara marah org2 bangsawan ni bukan pada gerakan tapi pada perucapan yg sinis tapi dalam tapi tetap dalam nilai2 kelembutan itu masih ada... hihihihi, itu yg LA lihat ada pada Bangsawan Siti Zulaikha la... hihihi, so LA leh bg 3bintang dari 5 la citer Bangsawan Malim Deman ni...
Ni la aksi2 kami lepas nonton, mesti nak ngepos... hihihi, yg tengah tu la Pengarah Bangsawan ni, En Roslee Mansor.... dah macam amik sijil pun ada LA tgk, hihihihi.. Inilah kami keluarga Suara Alam, sentiasa bersama ke mana je..
Apa2 pun tahniah kepada produksi JKNN Negeri Sembilan... Yang penting ade peningkatan dalam persembahan sebelum ni.. otu yg terbaik... so lepas ni sama2 la kita Semarakkan Bangsawan...
**mana incik AD erk, hihihi, dia tak ikut sekali sebab dia ada urusan keluarga yang perlu di dahulukan... =)
2 comments:
lama tak tgk teater.. huhu
ye ke? nanti LA akan update teater2 yang akan datang ye... =)
Post a Comment