-->
skip to main | skip to sidebar

PENCARIAN AKU....

Aku perlukan bimbinganMU Ya Tuhan. Kerana Engkaulah Gembalaku yang sejati.

About Me

My Photo
Liyza Aziz (LA)
Hidup ini satu pencarian. Aku sentiasa mencari tanpa pernah jemu. Terlalu banyak ilmu Allah yg tak mampu dan kdg2 tak tejangkau oleh fikiran. Carilah, dan kau akan temui jawapannya.....
View my complete profile

Tuesday, August 14

::Masa Kini::


Aku belajar sesuatu dari setiap perkara yang berlaku pada aku setiap hari…
Terima kasih kepadaNYA kerana tidak jemu utk terus mengajar aku…
Walaupun ada kala aku suka mengikut kata hati…
Tapi bila dilihat dari sudut yang lain…
Ya.. aku sedang di ajar bukan di uji…
Syukur Alhamdulillah… ^_^

Aku harus terus belajar untuk terus fokus setiap hari dalam semua hal…
Dan aku tidak perlu risau akan ketentuan masa akan datang..
Hanya laluinya sahaja…
Kerana hanya hari ini menjadi hakku.. bukan esok hari yang menjadi hakNYA..
Kerana apa pun yang akan terjadi pada masa depan,
Satu minit dari saat ini, satu jam dan satu hari berikutnya,
Dan satu tahun kedepan adalah semua efek dari apa yang aku lakukan dan tidak aku lakukan saat ini….

Hidup ini adalah satu pilihan..
Terlalu banyak jalan yang terhampar di depan kita…
Terlalu banyak kesempatan untuk kita melakukan atau tidak melakukan..
Terpulanglah kepada kita bagaimana kita ingin jalaninya..
Sama ada kita hendak meneruskan atau mengabaikan..
Sama ada kita mahu terus menunggu atau membiarkan dan mundur…
Dan segala sesuatunya akan berakhir walau pada awalnya berbeza…
Bahkan akhirnya mungkin juga berbeza walau ada yang telah menjadi ketetapan di langit..

Orang yang paling bahagia adalah orang yang sentiasa mensyukuri apa yang dimiliki..
Bukan yang dimiliki oleh orang lain..
Dan bukan yang kita ciptakan dalam mimpi-mimpi dan angan-angan yang bisa buat kita kalut dan risau…
Sehingga mengganggu diri sendiri dan kehidupan orang lain…
Bahagia untuk memilih bukan hanya menunggu dan mengharapkan bulan jatuh ke riba…
Bahagia untuk menerima bukan hanya mengeluh dan menangisi keadaan…
Hiduplah bersederhana…
Tetapkan hati..

*Moga pengajaran yang aku perolehi setiap saat dan waktu aku simpan sebagai pengajarang utk saat-saat yang mendatang... Terima kasih.



Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 10:06 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Monday, July 30

Ku bermohon pada Tuhan diberikan KEKUATAN

Masih jauh lagi perlu aku lalui.. byk sungguh ujian yang mampir.. adakala rasa lelah utk hadapi tapi aku yakin semuanya kehendakMU.. cara kasih sayangMU kepadaku agar jadi insan yang sempurna.. tapi di sebalik semua itu Ya Tuhan.. Kau hadirkan kekuatan dalam diri hamba yang KAU pilih ini.. KAU tetapkan hati ku.. kau hadirkan hati yang mampu menerima segala rasa yang kau hadirkan..
rasa takut…
rasa sedih…
rasa gembira…
rasa teruja…
rasa terharu…
rasa benci..
rasa sakit..
dan macam2 rasa yang kau titipkan ke dalam hati ini..
Agar rasa itu mampu utk menambahkan rasa sayangku terhadapMU..
Ujian IMAN MU mmg adakalanya rasa tidak mampu utk aku hadapi..
Tapi aku tetap aku dan cuba utk REDHA atas semuanya kerana aku tau KAU hanya menurunkan segala rasa itu atas kemampuan diriku sendiri

Ya Tuhan..
Berilah aku peluang utk terus berbakti ke jalanMU…
Amin….



Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 12:29 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Thursday, June 28

::Duhai hati::

Tubuh dan jasad ku boleh mengikut siapa sahaja tapi hati ku tidak sekali-kali
Huh!
Terlalu banyak luka yang terpalit. Beberapa peluang telah di beri. Tapi ibarat mencurah air di daun keladi. Ketika semua sudah tidak dapat di terima dan ketika itu pula kau cuba untuk membaiki keadaan. Adakah mampu apa yg telah terjadi dilupakan begitu sahaja?? Bagaimana pun perkara itu tetap hadir dan menyinggah dan membuat hati merasa kesakitannya.. sampai bila harus begitu?? Adakah harus diteruskan??

Hidayah dari Allah itu hanya datang sekali sahaja. Jika kau jauhinya adakah lagi utk peluang ke 2?? Jika kau persoalkan itulah diri kamu. Begitu juga aku sejak azali. Kemaafan itu akan terlafaz. Siapalah aku utk menjatuhkan hukum pada sesama manusia. Tetapi utk kembali bersatu dan bertaut seperti dulu amatlah sukar. Kita mgkin hanya boleh bersahabat sahaja. Mgkin tiada tali hubungan yg lebih jauh utk kita. Itulah takdirnya sekarang. Kawan ketawa senang utk di cari. Kawan menangis amatlah payah. Fahamilah diri sendiri dahulu sebelum kita cuba utk memahami org lain. Perbetulkan cara, perbuatan dan tindak tanduk kita sebelum kita cuba perbaikan cara org lain. Ingati diri kita sendiri dahulu sebelum kita cuba utk mengingati diri org lain.

Aku hanyalah seorang hamba yang di beri satu arah utk di tujui. Bukan mudah utk mensejahterakan manusia lain. Kini apa yg boleh aku lakukan hanya mengikut kehendak dan menunaikan hajat kamu. Kerana itu yg aku pelajari. Alam ini menjadi saksi setiap perilaku. Aku hanya mampu menadah tangan meminta akar kasih sayang yg aku punyai dapat dilimpahkan kepada kalian semua. Jalan ini semakin berliku. Jika bukan kita siapa? Jika bukan di sini di mana?

Bantulah aku utk membuat sebarang keputusan yang baik agar semuanya akan tenang. Bagikan aku sedikit kekuatan utk menempuh segala ujian. Berikan aku sedikit keyakinan utk terus sujud dan patuh atas ehsan dan aturanMU.

Amin..

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 11:15 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Thursday, June 14

:: SEJARAH BARU AKAN TERUKIR::

Assalamualaikum…
Wahhhh!!! Sungguh lama tidak mencoret-coret dalam blog ni.. rindu sudah.. byk sgt kerja dan urusan. LA akan bz until June 2013 next year. Mampus la aii.. Kawen pun kena postpone.. kih kih kih kih… tapi tak pe.. uruskan apa yg perlu di uruskan dulu. Ti dah kawen tak leh nak active sgt.

Syukur Alhamdulillah.. Pertubuhan BATEK kini sudah mula menunjukkan taringnya berkuasa utk membolot seluruh pentas satu Malaysia. Cewah ayat tak leh blah kan. Atas pimpinan baru dari Tuan Hj Omar Mustapa ni, apa yg LA nampak insyaAllah harapan BATEK utk menjadi satu organisasi NGO yang besar dan di kenali satu Malaysia.. insyaAllah akan tercapai. Walaupun penat, letih tapi demi sayang kan pertubuhan ini kami semua tetap berdiri kukuh di depan utk menerajui. Hahahaha… ayat skema.

So, kawan2 semua doakan LA dan pertubuhan akan sukses ye.. Tak dapat nak coret byk2.. ade masa LA akan update dari masa ke semasa.. =)



Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 15:18 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Thursday, May 3

::AYAH::















Dahulu aku punyai seorang Ayah…
Sangat garang..
Sangat bengis..
Sehingga takut untuk membuat salah…
Jika keluar bersama teman2 ke Bandar…
Keluar Jam 11 pagi… Jam 3 ptg sudah pulang…
Pesannya sebelum jam 7 mesti sudah ade di rumah..
Jika pulang dari kerja anak2 tidak mandi lagi…
Mau di kejar keliling rumah dengan tali pinggangnya….
Habis berbirat paha kesan libasan tali pinggang….

Tapi kini bila dia sudah PERGI…
Baru ku sedar erti garangnya..
Baru ku faham maksud bengisnya…
Di sebalik semua itu terselit satu pengajaran…
Tersimpan seribu alasan….
Yang menjadikan aku seorang MANUSIA yang faham…
Yang menjadikan aku seorang MANUSIA yang tidak reti untuk meminta2…
Walau pada pandangan masyarakat dia seorang ayah yang teruk…
Tapi pada aku dia adalah seorang ayah yang faham bagaimana mahu mendidik anak2nya..
Terima kasih Ayah… Semoga aman kau di sana…
Fatihah dan selawat aku kirimkan di angin lalu…

Buat mereka yang masih mempunyai ayah..
Hargailah dirinya kerana jika perginya mungkin tidak akan kembali…
Tanpa dia di manakah kita????

Terima kasih ayah….

~R O L E M~

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 16:49 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Thursday, April 26

:: SEMUANYA INDAH::


Kesedihan itu indah kerana ia mengajar a ku tentang erti kegembiraan yang sebenar…
Kekecewaan itu damai kerana ia mengajarkan aku erti menerima hakikat sebenar, sabar dan redha…
Kegagalan itu nikmat kerana ia mengajar aku utk tidak putus asa dan menerima kekurangan diri sendiri…

Kita hanya memandang yang negatif itu sesuatu yang tidak baik dalam kehidupan tetapi sebenarnye ia mengajar sesuatu utk menjadi positif.. kan negative dan positif itu kan saling berkait rapat???

Usah gentar menerima kekalahan
Usah gentar menerima kritikan
Usah gentar menerima cacian dan makian
Usah gentar menerima kekecewaan
Usah gentar menerima kegagalan
Usah gentar menerima kesedihan..
Jika tidak kau akan terus jatuh tanpa mampu bangkit…
Berjalanlah di atas 2 kaki yang Tuhan berikan sendiri…
Bergeraklah mengikut ayunan kaki yang di beri…
Jangan biarkan diri di pengaruhi…
Jalan terbentang luas di depan…
Majulah usah gentar akan apa yang berlaku di depan nanti…..

~Salam khamis yang indah.. Moga kita terus hidup di bawah lembayungNYA…

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 09:26 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Monday, April 23

::AKU BERHARAP::

Jauhkan aku dari sifat Amarah, Dendam dan Munafik..
Penuhi aku dengan rasa Kasih, Sayang Dan Cinta…
Hadirkan aku Kekuatan Dan Keyakinan yang sewajarnya…
Datangkan aku dengan Fatihah, Ikhlas dan Selawat yang berpanjangan..
Hadiahkan aku dengan Sabar, Tabah dan Redha…
Hiburkan aku dengan berita yang Indah, Damai dan Asyik…
Tenangkan aku dalam Kecewa, Sedih dan Kusut…
Gerakkan aku dalam ayat2 suci yang indah dan damai…
Sinari aku dengan cahaya dan Kalimah LA ILAHA ILLALLAH…

~A L I B A N~



Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 13:25 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Wish List... weeeeeeee ~

1. iPhone / Blackberry
beli Samsung Galaxy SII la pulak... =)
2. Camera DCLR
3. iPad
4. Kereta Baru

=) mau!!! mau!! mau!!!

Nuffnag

Blog Archive

  • ▼  2012 (41)
    • ▼  August (1)
      • ::Masa Kini::
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (12)
    • ►  February (11)
    • ►  January (11)
  • ►  2011 (67)
    • ►  December (17)
    • ►  November (11)
    • ►  September (24)
    • ►  August (15)

Followers

Powered by Blogger.

My Blog List

  • Scarf Sweethoney
    BELLE Tudung Instant Shawl Double Loop
    5 years ago
  • .. cik epal ..
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
    5 years ago
  • Ini Blog Along Ayu
    Dear Eleanor (2016)
    9 years ago
  • ! anGah -iNi bLoG JiWa JiWa- !
    Dari Jauh
    12 years ago
  • P E N C A R I A N A K U
    ::Masa Kini::
    12 years ago
  • Qaseh Suchi: A never ending smile...
    Wish List.....?
    13 years ago
  • Love, Live, Life
    Hari yang busan.....*o*
    15 years ago

Pot Pet

Popular Posts

  • ::CUMI1569 @ KL::
    Salam uols… Seperti biasa LA ni ngah bosan kat office tak tau nak buat ape… Then ditambah ngan kemalasan utk bekerja memuncak2 setelah bercu...
  • ::PENGORBANAN::
    P.E.N.G.O.R.B.A.N.A.N Apa yang kita faham tentang pengorbanan?? Selalu org kata… “aku sanggup berkorban apa sahaja untuk memastikan apa y...
  • :: DEWA KENCANA @ Royal Theatre Shah Alam::
    Salam uols.. huhuhuhu Lamanye tak update blog… Byk urusan nak kena settlekan n keje kat office plak sekarang makin byk… Di samping kerja2 pe...
  • ::BZZZZZZZZZZZZZZZ::
    Salam uols.. lama giler rasanye tak meng'update' blog ni... adehhhh... RINDU sudah... So bz dengan kerja-kerja di ofis di tambah pla...
  • .:OpEn HoUsE & BaNgSaWaN:.
    Semalam LA dan keluarga Alam pi la open house kat Desa Idaman, Puchong, umah salah sorang keluarga Alam jugak la (kak BB @ Kak Azlina Idris)...
  • ::Rindu Ini Milikmu::
    Rindu itu tidak seperti api yang membakar... Tapi seperti air yang tenang menyejukkan... Juga menghanyutkan... ~Rindunya hati ini~ Rin...
  • ::SURPRISE~Happy Birthday Kak Lyn ::
                                         SURPRISE!!!!! Happy Birthday Kak Lyn!!!! Yeahhhhh.... Nilah birthday girl... boboyot tak perut dia....
  • ::DIA ada di mana2::
    Ingatlah Allah di mana2 sahaja… Nescaya Allah tidak sekali-kali melupakanmu.. Usahlah kau sombong kerana itu warisan terlaknat IBLIS… Jangan...
  • ::BLURRRRRRR::
    Hai guys.. Today not in mood... + BLURRRR.. Perut mulas2.. Tak lalu nak makan... So ni je untuk sarapan pagi ni... Harap dapat memberi su...
  • ::Rindu itu hadir tidak pernah jemu sederas ombak di pantai::
    OMBAK RINDU hadirnya rindu itu mengikut alunan hempasan ombak tidak pernah jemu... cewahhhhhh.... Feeling lebih plak.... =) Bintang : le...

 


Free Blogger Templates by Leelou Blogs - Digi-Scrap Elements by Michelle Underwood