About Me

My Photo
Hidup ini satu pencarian. Aku sentiasa mencari tanpa pernah jemu. Terlalu banyak ilmu Allah yg tak mampu dan kdg2 tak tejangkau oleh fikiran. Carilah, dan kau akan temui jawapannya.....

Tuesday, February 21

::Novel Ketuhanan::

Hai uols...
Now LA ngah menggilerkan diri membaca NOVEL dari tulisan Ramlee Awang Murshid. Perghhhh... Dia punya cerita mmg best giler la.. Bila baca rasa cam diri kat dalam cerita tu pulak... Cerita yang berkisarkan ketuhanan.. Sungguh memberi pengajaran dan mengajar tentang kehidupan untuk akhirat...


I

Inilah barisan novel yang LA ngah baca sekarang ni... tapi Novel Bagaikan Puteri puas dah LA cari tapi tak jumpa, tak pi lagilah kedai2 buku yang besar2... just pi yg small2, tapi LA akan tetap dapatkan jugak buku tu. Baru je habis untuk CINTA SANG RATU... now ngah dok baca sambungan HIJAB SANG PENCINTA.. kata kawan LA ade 2 lagi sambungan iaitu CINTA SUFI dan SUTERA BIDADARI... wallaweiii, target sekarang nak kumpul ke 5 5 buah novel ni.. tak kira apa pun akan jadi, hahaha...

kelima-lima novel ini berkisar kepada mengembaraan Laksamana Sunan dalam memerangan kejahatan dan menegakkan kebenaran. Beliau mempraktikan sikap dan sifat Rasulullah dalam kehidupan sehari2an.. Aksi penuh debaran dan penyerahan diri yang tinggi kepada Allah amat menyentuh jiwa dalam penulisan ini... cewahhh... serius mmg best novel ni.. Uols leh la try ye..


Jom dapatkan sekarang!!!

Apa terfikir?? Itu Ada
Tatkala Cinta Berbisik..
Suaranya Memuji Tuhan..
Apabila Rindunya Terusik..
Rasulnya Menjadi Pilihan..
Kalau dapat di capai.. Maka saktilah hamba..

~Ramlee Awang Murshid~

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Thursday, February 16

Puisi: BICARA HATI SEORANG PEREMPUAN

Daku…..
Si tulang bengkok
Yang KAU gubah dengan kekuatan perasaan
Mengatasi panjangnya akal fikiran, sebagai fitrah dan anugerah
Hasil doa seorang lelaki
Namun Ya Allah
Biarlah kejadianku memberi guna, bengkok yang ada manfaatnya.

Kiranya daku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami, seorang mujahid
Pengembang perjuangan disayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati, sahabat setia, penyejuk mata, pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Saidatina Khadijah
Ketenangan baginda Rasulullah, utusan Allah.

Bebas jiwa dari belenggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti fatimah yang seringkali ditinggalkan suami, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa bertanya
“Bila kan pulang?”
Disambut kepulangannya dengan penuh khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya CINTA ketuhanan, Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlega dicelahan periuk belanga
Di sebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam di alam sejagat
Menjadi pentadbir di sebalik tabir!!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku
Sekeping hati yang sentiasa insaf
Hak seorang suami
Tidak kan mungkin kupenuhi
Biar telah ku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telah ku tadahkan wajahku
Buat mengusap debu di telapak kakinya……

Dan sememangnya daku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Musa’ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai ‘hawarij’nya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu
Jua
Memiliki puteri setabah dan seteguh Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam – seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir ke hadrat Ilahi
Namun
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Srikandi-srikandi yang mampu memakmurkan muka bumi Allah
Dengan ketaqwaan, kesolehah, ramainya ummat Rasulullah
Yang saling redha berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan Islam di akhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu yang telah kematian
Putera-puteranya di medan jihad :
“Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia.
Aduhai, kiranya aku punya seorang anak lagi,
Kurelakan dia turut gugur di jalan Ilahi!”
Dan seandainya daku ditaqdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal
Yang tidak menjadikan kematian suami dan anak-anaknya
Halangan
Kecintaan padaMu Ya Ilahi

Redhailah daku yang dhaif ini sebagai hambaMu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya KekasihMu sendiri pernah menyatakan
“ Kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita……..”

wassalam,
Damba CintaNya
FirdausSyahid















Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

::TRUTH::

Tidak perlu suara untuk melafazkan
Tidak perlu perkataan untuk mengiyakan
Tidak perlu perbuatan untuk memperlihatkan
Biar HATI menjawab segala persoalan
Kerana HATI tidak pernah berdusta…

~Bicara Sri Kandi~


Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Tuesday, February 14

:: MAAF ::

Maaflah jika kau rasa aku tidak cukup menyayangimu
Maaflah jika kau rasa aku tidak sempurna untukmu
Maaflah jika kau rasa aku tidak memberikan cukup perhatian padamu
Maaflah jika kau rasa aku kini membebankan hidupmu

Maafkan aku kerana rasa itu tidak dapat ku hindarkan…
Maafkan aku kerana tidak dapat memberi lebih dari yang kau mahu..
Hanya itu sahaja yang termampu untuk aku berikan padamu
Aku hanya manusia biasa yang tidak punya apa2 selain Tuhanku…
Ada pun kini apa yang aku punyai hanya pemberian dariNYA…
Sampai masa semuanya akan ku tinggal pergi…
Yang tinggal hanya kenangan dan kasih sayang yang terbina…
Itu pun jika ada yang kasih dan sayangkan diri ini..
Aku hanya MANUSIA BIASA….

~SATU HATI, SATU RASA, SATU JIWA~



Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Sunday, February 12

::UTUSAN DIA::

D saat kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya… 
D saat kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya…
D saat kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya… 
D saat kamu ingin menduakannya, bayangkan jika dia selalu setia… 
D saat kamu ingin membohonginya, ingatlah saat dia jujur padamu 


Maka kamu akan merasakan erti dia untukmu, 
jangan sampai d saat dia sudah tidak d sisimu, baru kamu menyadari semua erti dirinya untukmu… 
Yang indah hanya sementara… 
Yang abadi adalah kenangan… 
Yang ikhlas hanya dari hati… 
Yang tulus hanya dari sanubari…
Tidak mudah mencari yang hilang… 
Tidak mudah mengejar impian… 
Yang lebih susah adalah mempertahankan yang ada,kerana walaupun tergenggam boleh terlepas juga… 


Pepatah: 
“Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini” 
Belajar menerima apa adanya dan berpikir positif… 
Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun, begitu bangun semuanya sirna tak berbekas… Rumah mewah bagai istana, harta benda yang tak terhitung, 
Namun… Ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tidak bolih d bawa pergi… Sehelai benang pun tidak bolih d miliki… 
Apalagi yang d perebutkan… 
Apalagi yang mau d sombongkan… 
Maka jalanilah hidup ini dengan rendah hati… 
Jangan terlalu perhitungan…
Jangan hanya mau menang sendiri… 
Jangan suka sakiti sesama apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita… 
Belajarlah tiada hari tanpa kasih… 
Selalu berlapang dada dan cinta damai… 
Hidup ceria bebas leluasa… 
Tidak ada yang tidak boleh d ikhlaskan… 
Tidak ada sakit hati yang tidak boleh d maafkan…
“1 Lilin kecil dapat menerangi ruangan yang gelap, 
1 kebaikan dapat membuat hari lebih baik, 
1 senyuman dapat membuat hati merasa senang.


~Pak Indera~




Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Friday, February 10

::KEPADAMU KEKASIH::


Kepadamu Kekasih, aku berserah
Kerana kutahu, Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini, bersama amali
KepadaMu Kekasih, aku bertanya
Apakah Kau yang menerima kukembali
Atau harus menghitung lagi, segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku, ke sisi tanpa harga diri
Aku tinggalkan jawapan yang belum ketemukan
Yang bakal aku nantikan, bila malam menjemputku lena beradu
Kepadamu Kekasih aku serahkan
Jiwa dan raga. . . Jua segalanya
Apakah kau akan menerima penyerahan ini
Apakah kau akan menerimaku dalam keadaan begini

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Wednesday, February 8

::PESANAN HIDUP UNTUK AKU::


Bezanya orang yang MENCARI dengan orang yang DICARI. Sudah termaktub dalam perjalanan seawal kejadian ADAM hinggalah ke hari ini dan hari akan datang. Golongan yang MENCARI akan mendapat ILMU PENGETAHUAN lalu jadilah mereka PENYAMPAI yang TERBAIK…  Sedangkan golongan yang DICARI sentiasa di halang oleh TAKDIR daripada menerima bantuan daripada makhluk sehingga mereka berputus asa terhadap makhluk agar mereka kembali semula kepada ROH yang diberikan… begitulah ALLAH memperkenalkan diriNYA dan membuktikan kekuasaanNYA namun kebanyakkan manusia TIDAK FAHAM.. Selagi AKAL didahului maka KEFAHAMAN tidak akan menjadi SATU..

~Pak Alif Lammin~

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...