About Me

My Photo
Hidup ini satu pencarian. Aku sentiasa mencari tanpa pernah jemu. Terlalu banyak ilmu Allah yg tak mampu dan kdg2 tak tejangkau oleh fikiran. Carilah, dan kau akan temui jawapannya.....

Monday, March 5

::Seadanya aku::


Ketika aku menjadi pemaaf dan tak punyai rasa dengki.. hatiku lega jiwaku bebas dari bara permusuhan.. ketika musuhku lewat dihadapanku aku sentiasa menghormatinya.. semua itu ku lakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan.. aku tampakkan keramahanku kesopananku dan rasa persahabatanku kepada orang orang yang kubenci.. sebagaimana kutampakkan hal itu kepada orang orang yang kucintai.. manusia adalah penyakit dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekatinya.. padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.


~Indera~
Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

::Sebagai manusia AKU SAYANG PADAMU::


Semakin aku dekat kepadaMU semakin kuat dugaanMU kepadaku....
Aku terima dengan REDHA dan PASRAH segala ketentuanMU...
Pesannye kepadaku "Setiap yang hadir itu baik, kita sahaja yang salah menafsirkannya"
Terima kasih atas kata keramat ini... Dan kerana kata2 inilah aku masih KUAT dan GAGAH untuk berdiri dan meneruskan perjuangan HIDUP aku ini...


SEBAGAI MANUSIA AKU SAYANG PADAMU.....
Alhamdulillah dan syukran atas Kasih Sayang yang dilimpahkan kepadaku...
Aku hanya seorang hamba yang hanya mengharapkan kesaktian dariMU...
Siapakah aku ini???
Aku tidak mahu menjadi tunggangan IBLIS yang asyik menyeru untuk menduakanMU...
Aku tidak mahu mengharapkan sesuatu dari selainMU untuk mencapai apa yang aku inginkan..
Kerna aku masih berpegang kepada "Hanya ENGKAU sahaja yang mengetahui apa yang TERBAIK untuk hamba2MU" Aku redha.......
Aku impikan SYURGA di sana.....
Aku mengharapkan KESEJAHTERAAN di sana seperti mana yang ENGKAU janjikan...
Aku hanya ingin berjuang ke JalanMU.. Berikan aku peluang itu dengan menjauhkan aku dari perkara2 yang mampu menjauhkan aku dari perjuangan ini...
Aku hanya ingin berserta mereka2 yang bersama2 berjuang kepadaMU...
Rahmatilah aku....
Peliharalah aku...
Hanya itu yang aku harapkan dalam kehidupan aku sekarang..
Kerana aku sudah penat dan capik dengan janji dan omongan manusia...
sudah tiada kejujuran...
sudah tiada kesetiaan...
sudah tiada keikhlasan...
yang tinggal hanya NAFSU dan TAMAK di dalam jiwa...
sudah rosak dan tunggu masa untuk binasa sahaja...
Subhanallah... Jauhkan aku dari tipu daya IBLIS yang NYATA ini.....


~biar masa dan keadaan menentukan segalanya... segalanya aku serahkan kepadaMU~
Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Friday, March 2

::DIA ada di mana2::

Ingatlah Allah di mana2 sahaja… Nescaya Allah tidak sekali-kali melupakanmu.. Usahlah kau sombong kerana itu warisan terlaknat IBLIS… Janganlah kau MARAH kerana jiwamu akan terbakar… DENGKI itu pula seperti setitis RACUN yang menjalar ke seluruh tubuh dan akhirnya membunuhmu.. Maka bersujudlah kepada Allah, berlindunglah dari segala kejahatan yang NYATA mahupun yang TERSEMBUNYI, dari kejahatan seluruh makhluk dan yang paling penting berlindunglah pada Allah daripada kejahatan DIRI SENDIRI…

~Wali Sufi~













~hairan ada segelintir manusia yang menggunakan IBLIS untuk memuaskan kemahuan mereka.. maksudnya sanggup gunakan bomoh agar kepuasan HATI mereka tercapai... Di mana letaknya Allah dalam diri mereka... Subhanallah... Balik la ke pangkal jalan, sesungguhnya kepadaNYA juga kita akan kembali... Moga dijauhkan dari kekejaman manusia berHATI IBLIS ini.....
Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Thursday, March 1

::Birthday Counting::

Termenung…
Berfikir….
Mencari…
Bertanya…
















Arghhhhh… 3 hari lagi…
Nak bagi ape pada Incik AD sempenan birthday dia ni…
Hihihihihi, tak pe semestinya LA akan bg something special utk dia bukan sekadar hadiah…
Ketulusan hati dan kasih sayang yang paling tinggi nilainya… weeeeee
Watch Out!!!!

This Sunday nak spend time sepanjang hari with Incik AD… lalalalalalala…

~erk... sape kau nak meletakkan taraf IQ seseorang?? weeee... IQ kau tinggi sgt ke??? Kau tak pernah curang ke???? ahakssss.... weeeee.... tak pe la, DENDAM itu BARA, MARAH itu API... Astaghfirullahala'zhim.... bak kata Pak Arab....



Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Monday, February 27

::KETENTUAN::

Aku tidak mampu untuk menolak semua perasaan yang hadir, semua itu adalah cetusan rasa yang Illahi berikan kepada setiap makhluk yang di kehendakiNYA… Dan aku juga tau aku tidak mampu utk memuaskan hati setiap orang… Yang pasti setiap kasih dan sayang yang aku alirkan adalah atas dasar kasih sayang sesama ummah… Apa yang aku mampu buat hanya mendoakan agar kasih sayang sesama kita akan kekal hingga ke akhir nafas… Maaf kerana HATI ini terlebih dahulu telah di isi... Aku tidak mampu untuk memungkiri semua janji dan harapan yang telah di berikan.. Segala ku serahkan kepadaNYA...

~terima kasih cinta~

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Friday, February 24

::Februari::

Setahun telah berlalu pergi... Februari ini mampir... Dalam setahun ini berbagai perkara telah berlaku seterusnya merubah 100% kehidupan aku.. YA!!! sememangnya aku sudah berubah... Alhamdulillah... terima kasih kepada mereka yang menerima aku seadanya... Aku yang dulu terpalit dengan penuh dosa dan hati yang penuh hitam... Hanya aku sahaja yang mengenali diri aku.. 

DULU... siapa aku?? Ke mana hendak ku bawa hala tuju hidup ku... Hanya memikirkan keduniawi semata-mata.. Di mana akhiratku?? uwaaaaaaaaaaaaaa.... sungguh JAHIL.. sehingga tidak mampu membantu diri sendiri apatah lagi untuk membantu keluarga dan orang lain... Tapi jauh di dalam HATI ini masih mencari sinar dalam keGELAPan hidup sendiri... Cuma masih belum ade tangan yang mampir menghulurkan agar tidak semakin jauh tersasar...

KINI... Di Februari yang lebih... Ke temu aku dengan satu golongan yang mampu merubah segalanya.. memanda ke arah yang HAQ... Menjauhi yhang BATHIl... Subhanallah... Maha Suci Allah... Terima kasih atas HIDAYAH ini... Masanya telah hampir tiba.. Berikanlah aku PELUANG UNTUK TERUS BERBAKTI KE JALANMU.....


Terima kasih ayahanda atas kasih sayang mu kepada anakanda... Alhamdulillah...

Keluarga...




Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Thursday, February 23

::DENDAM ITU BARA, MARAH ITU API::

Assalamualaikum....
Dendam itu BARA
Marah itu API...


API itu asalnya daripada Iblis laknatullah... Subhanallah.. Jauhkan aku dari sifat dendam dan marah... tapi kadang2 tak leh nak kawal... huhuhu... InsyaAllah selagi kita serahkan diri kita kepada yang MAHA semuanya tak mungkin jadi mustahil... DIA lebih mengetahui dari kita insan yang kerdil ini... Sedangkan Nabi dan orang terdahulu juga bergantung sepenuhnya kepada Allah... Pelihara iman kita insyaAllah segalanya akan menjadi baik...


Semoga tali penghubung dengan Allah tu tidak akan terputus... InsyaAllah...


wassalam
Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...