About Me

My Photo
Hidup ini satu pencarian. Aku sentiasa mencari tanpa pernah jemu. Terlalu banyak ilmu Allah yg tak mampu dan kdg2 tak tejangkau oleh fikiran. Carilah, dan kau akan temui jawapannya.....

Thursday, December 8

::BLURRRRRRR::


Hai guys..
Today not in mood... + BLURRRR..
Perut mulas2..
Tak lalu nak makan...
So ni je untuk sarapan pagi ni...


Harap dapat memberi sumber tenaga utk hari ni dan badan tak menggigil2... :)
Harap roti LA beli ni pun tak la tersenyum sampai ke ptg ye..
Tak dan nak masuk ke tekak.. Selera tertutup
So masa lunch masuk lam surau, tutup lampu n tutup mata sekali... weee


Doakan LA cepat sembuh dan dapat beraksi dengan lebih cergas ye..
That's all
Bye!!!

**Bila nikmat sihat di tarik sementara... Bila nikmat makan di kurangkan.. Adessss... 
Aku terima....Thank you Allah.. =)




Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Wednesday, December 7

::AKU MAAFKAN KAMU::



Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi yang tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan





**MAAF itu adalah penawar paling baik untuk penyakit BENCI.... =)

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

:: BFF a.k.a Best Fren ForEver::

Salam uols…
How are you??? Hope everything’s GREAT!!! =)
Ermmmm….
Hari ni LA dok teringat kawan2 baik LA…
Masa sekolah dulu LA kami ber4 mmg kawan baik..
Ke mana je pi mesti berkepit je la, dari sekolah rendah sampai la sekolah menengah…
Uiksss…. Sebak la plak.. tetiba rindu datang bertandang… Uwaaaaaaaa….


Girls!!! I missed uolss so much…. =’(
Zal, Bum, Bye n I….




So many memories with them…
My 1st BFF is Bye a.k.a Hairul Baizurah Mohd Yamin..
Lahir pada 12th April 1983 (see I still remember =P)
Kami kenal since dari TADIKA PERPADUAN dulu..
Weeeeeeeeeeee…
Tak sangka persahabatan tu terjalin sehingga ke hari ni… Alhamdulillah… J
Now Bye dah kawen pun last ye n sedang menanti kehadiran cahayamatanya yang pertama..

 Teringat plak masa wedding dia tahun lepas…
Sebenarnya LA tak leh nak attend wedding dia tu sebab kena kerja…
Hujung2 bulan schedule kena kerja sebab closing month end kan kan kan..
Masa tu kerja ngan Petronas MITCO.. adesss..
Dia cakap…

“aku tak kira kau kena mai gak, aku kawen seumur hidup sekali je.. takkan kau tak nak tengok aku bersanding”

Huhuhuhuhu… so discuss ngan boss ler mintak lepaskan utk sehari, so kena la wat marathon travel… naik bas pagi2 tu lek Melaka ptg tu terus lek kl balik coz on Sunday nak kena ada kat office n settlekan report… uwaaaa
Tapi sebab BFF punya pasal aku sanggup lakukan apa sahaja… cewahhhh
Nanti masa aku kawen hang tak mai siaplah… hahahaha


 My 2nd BFF.. is Zal a.k.a Zaleha Binti Adom

(kadang2 panggil mek leha atau adom, agak kuang ajau la panggil nama bapak kan tapi kita org mmg cam gini masa zaman sekolah dulu, huhuhuhuhu… now tak de dah, sedau diri sudah… adehhh… maaf pakcik2.. janji tak buat lagi =()

Lahir on 18th August 1983 (igt jugak.. weeeee)

Ngan si Zal ni LA paling rapat sekali la until now… leh kata hari2 dok email2 kat office kalau 2 2 tak dak koje nak buat dalam kurungan dok makan gaji buta kat office..
Kenal dia since darjah 4 masa sekolah agama kat Tg. Kling lu…
Kat situ la we all rapat.. Now Zal pun dah kawen 3 tahun sudah.. LA la pengapit dia yg tersepit… hihihihihi… tapi depa lum ade rezeki nak dapat anak… LA doakan cepat la dorang dapat anak kan kan kan.. biar berseri la rumahtangga dorang… Aminnn..
Sabau ye Zal… ni semua dugaan utk kau.. nanti kalau DIA nak bg tak henti2 baru kau tau…
Tetibeeeee la plak kan kan kan…. =) LOL


My 3rd BFF si Bum a.k.a Noor Farisa Binti Ismail
Dia plak lahir pd 8 April 1983


Kira dalam 4 org antara kami ni aku la paling sulong, hahahhaha
Bum la kawen paling awal sekali sebab dia paling gatai… hahahaha..
5 ke 6 tahun lepas dia kawen & still blum ade baby gak.. tak pe la Bum, sabau je la ye.. susah2 hang amik la anak angkat kan…
Ngan Bum ni pun aku kawan masa darjah 4 sebab dia masuk sekolah kita org pun masa dia darjah 4 gak… hihihihi..
Dia ni la paling lama lost contact, sib baik ade FB so jumpa la balik… Alhamdulillah persahabatan kami masih panjang lagi.. kata pun BFF kan..

Last LA ler yang tak kawen2 lagi… Uwaaaaaa….. =P (kunun)
Tapi kan ENJOY pe hidup single.. nak pi mana2 tak payah nak mintak izin bagai, mintak izin kat mak je la, hihihihihihi
Tak kisah pun sebenarnya bila jodoh tu nak mai… hihihihi…
Tapi kan lagi lambat kawen lagi takut nak pikul tanggungjawab sebenarnye…
Mana idaknye selama ni everythings kita buat sendiri…
Tetiba ade orang nak jaga rasa kekok sikit la kan tapi mayb mula2 je kot…
(sedang menyesuaikan diri utk hidup berdua.. kih kih kih kih)
Tapi pape pun semua tu serah pada Yang Maha Mengetahui je…
Don’t Worry Liyza… The day will come to u… =)

Seronok tgk kawan2 bahagia kan…
Dah ber2 n ada family sendiri…
LA doakan mereka ni sentiasa bahagia dan ceria dengan keluarga mereka..
Bergaduh sket2 tu biasa la kan… bawak2 ler berbincang bagai…
Merajuk2 tu cuba la kurang2 kan…
Cewahhh, cam pakar kaunseling plak… cakap cam dah pernah kawen je kan.. =)

Dalam masa kami berpisah selepas SPM dulu banyak kawan2 lain yang hadir silih berganti..
Tapi korang tetap di hati dan ingatan LA sampai sekarang dan mungkin sampai bila2 selagi Roh masih di dalam JASAD…

So my frens..
Hope our friendship never end…
I love uols so much…
Mgkin kita tak leh nak lepak n huha huha cam dolu2 kan (tapi aku still huha huha lagi lor sebab aku rasa muda je lagi… hahahahha)
Tapi kita tetap kawan sampai mati kan??
Kalau ade masalah korang tau mana nak roger aku & my fon no tak pernah tukar lagi since 9 years ago… =)

Tu je la ngomelan LA utk korang semua…
Hope korang pun gembira bersama BFF korang juga ye…

Bye…. =)


Erk... gambo masa sekolah rendah.... adessss.. bulat muka LA n agak gelap sket kaler kulit tu sebabnye aktif bersukan masa ni...


Yang pegang microphone tu si Bye ler... Dia la jadi ketua kumpulan boria kita org masa tabika dulu... ahakzzzz....
Masa tabika ngan Bye... hahahha... cer cari cer cari mana LA...?? =P


**Zal, Bye & Bum… terima kasih kerana sentiasa meminjamkan mata, telinga dan bahu korang utk aku… aku rasa tak de persahabatan lain kat dunia ni sekuat persahabatan kita sehingga ade yang cemburu kan kan kan… Ingatlah sejauh mana kita berjalan dan berlari.. kita kena terus bergerak walau kadang kala kita jatuh tersungkur tersembam ke bumi Allah ini.. kadang kala toleh la ke belakang sebentar mengingati suka, duka, perit, jerih perjalanan hidup kita… InsyaAllah, kita akan terus bersahabat hingga kita bertemu di Syurga… Amin…

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Monday, December 5

::Arwah Hadir Dalam Mimpi::

Ayah hadir dalam mimpi ='(
Kenapa Ayah??
Tiada riak gembira mahu pun sedih yang Achiq lihat...
Ayah ok kan??? atau ada yang cuba Ayah sampaikan...
Cuma Achiq rasa ayah macam tgh sakit je...
Achiq sedekahkan Fadhilat Al-Fatihah untuk Ayah tau...
Semoga dpt membantu Ayah menjalani kehidupan di alam sana
Achiq sayang sgt kat Ayah tau...



Mungkin Aciq lupakan ayah kan tu sebab Ayah mai..
Tak Ayah.. Achiq selalu igt Ayah...
Achiq igt lagi Achiq la org terakhir dalam family kita yang bercakap dengan Ayah pagi tu sebelum seminggu Ayah terlantar dalam CCU...
Achiq ingat lagi bila mana kami adik beradik minta maaf dengan Ayah dalam wad CCU tu Ayah hanya mampu mengalirkan air mata je tanpa mampu mampu berkata apa2..

Hadirlah selalu dalam mimpi Achiq Ayah...
Dah lama Achiq tunggu kehadiran Ayah..
Terubat rasa rindu di hati ini....
Bagai terasa dakapan kita malam semalam
Seolah2 nyata..


Hulurkan tangan mu Ayah agar anak mu ini tahu kau sentiasa ada di mana2 untuk membantu ku di dunia...
Dan kan ku sambut tanganmu itu utk kau bawa berjalan melintasi jambatan kehidupan dunia dan alam sana...
Dan rindu ini selalu kekal jadi milikmu Ayah...
Tak pernah kering...

Moga Ayah semakin tenang di sana...
Achiq nantikan Ayah selalu dalam mimpi Achiq ye..
Boleh kita berbual panjang nanti... =)

Mati itu akan tetap hadir...
Bagaimanakah persiapan kita untuk menghadapinya???

**Gambar bersama Arwah Ayah tak de softcopy... harap Arwah Ayah bersemadi dengan aman di sana.. Amin.....

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Sunday, December 4

::Rindu itu hadir tidak pernah jemu sederas ombak di pantai::

OMBAK RINDU
hadirnya rindu itu
mengikut alunan hempasan ombak
tidak pernah jemu...
cewahhhhhh.... Feeling lebih plak.... =)




Bintang : leh bagi 3.5 bintang


Over all seperti semua maklum (pada yg tau pasal Novel Ombak Rindu (OR) ni la kan) cerita ni mmg sgt2 best. Pengalaman LA baca novel ni dulu start dari baca dalam majalah REMAJA dulu. Dok beli remaja bulan2 sebab nak baca cerita OR ni je la... sekali masa belajar kat UiTM, Segamat dulu member ade novel ni kan. So ape lagi samnggup bersengkang mata tdo kol 5 pagi semata2 nak habiskan bacaan novel ni... korang nampak tak msg kat situ?? Betapa berhantunya cerita OR ni... hahahha (erk ntah2 kat LA je... dushhhh... perasan lebih ni... hahahha)... Well masa baca cerita ni mmg tahap mengalirkan air mata ler.. baru baca.. So korang nampak tak lagi msg kat situ betapa LA punya imaginasi masa baca OR tu menusuk kalbu so deeply... ahaks... (agak2 korang kisah ke erk... dushhh sekali lagi... adehhhh)




Kritikan dari pengkritik tak bertauliah... weeeeeee
So seperti biasa bila sesuatu novel itu di filemkan, filem tu mesti mendapat kritikan macam kritikan LA ni...


" tak se"best" dalam novel"


kan kan kan....
apa yang LA nampak la bila pembikinan filem tu range dia just 1.30 hours to 2 hours je.. 
lain ler kalau citer hindustan kan kan kan, leh la sampai 3 jam... ahaks
So bukan semua yg ada dalam novel tu dia moleh muat masukkan dalam filem kan.. So 
depa just amik point2 yg killer je la kan.. so apa pun terbaik la.. nak2 lagu OST dia la kan... so touching... huhuhuhuhu


Cer dengar cer dengar... =)


Syahdu tol...




Ni scene paling best bila AARIS (AAron) dah terima IZZA (Maya Karin) sedikit demi sedikit & ketika ni Aaris janji akan jaga Izza sampai bila2... huhuhuhuhu... LA ni kalau cerita tu melibatkan hati dan perasaan wanita ni mmg leh menagis.. Biarlah org nak cakap LA ni minah leleh ke apa... Tapi LA mmg cam ni... sensetip bab wanita....




Scene ni pun sedih.. huhuhuhuhu.... dia Aaris marah giler kat Izza sebab igtkan Izza pregnant. tapi sebenarnye Izza kalau period dia mmg akan pening2 kepala n muntah2.. dah teruk org tu dia pukul n kejekan baru nak nyesal... dushhh... rasa nak belasah je Aaris masa tu.. tak usul periksa tetiba nak marah je.. tak leh ke tanye elok2... (emo pulak la.... adessss)




Mila (Lisa Surihani) mmg kehebatan lakonannya tak leh disangkalkan lagi... Love u la babeh.. mmg terbaik jadi ANTAGONIS... Dalam citer ni dia  baik jugak sebenarnya tapi oleh kerana terlalu deepnya cinta dan sayang dia pada Aaris buat dia lupa segalanya janji keinginan dia utk berkahwin dengan Aaris jadi nyata... walaupun Aaris dah bagitau yang dia tak cintakan Mila... huhuhu... dan akhirnya dia mengalah juga kerana hati dan perasaan Aaris mmg sepenuhnya utk Mila...


Dan ade la beberapa scene yg menyentuh perasaan.. Nak tau korang pi la tgk sendiri ye.. tak pun korang tunggu je la CD Cetak rompak tapi tak sebest tgk kat wayang ler... hahahha, nak2 tgk ngan Incik Abang kan kan kan.... =)


So tu je la cerita Ombak Rindu dari LA... hihihihi
pape pun msg tu sampai la..
Layanzzzzz....


Bye....


** Ombak rindukan pantai


Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Friday, December 2

Zahiril Adzim: BMT langsung dari tangan

Zahiril Adzim: BMT langsung dari tangan: Salam sejahtera ke atas semua. Adalah beberapa hari sebelum ini aku telah mengeluarkan janji untuk update tentang pembelian 80 buah buku B...
Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

::HATI RASA PANAS::

Seperti biasa LA kat office tak de koje…
So kena buat koje sendiri.. Sekali tuan presiden minta LA buat surat kepada Sultan Selangor… hahahha, dok termenung sikijap… adessss….
LA ni bukan tau bahasa istana pun…

Tuanku…
Hamba pacal yg hina..
Patik menjunjung titah..
Bersemayam…
Beradu…

Adessss… Beku akal + beku otak hari ni…
So at last LA amik keputusan biarlah hamba serahkan pada yang pakar..
Hamba google2 search alamat dan nama sultan yang panjang lebar tu…
Huhuhuhuhu
Tekan button SAVE then nanti bincang ngan tuan presiden… lalalalalalala..

Maaf ye tuanku, hamba pacal yang hina ni nak bukak topic lain sebenarnye…
Ngeeeeeeeeeeeee….


Yang betulnya LA nak story pasai member LA sorang ni yang mempunyai kisah CINTA yang lain macam sket ler… adessss… rasa berapi2 gak la bila dengar citer dia
Tadi dia citer lagi “EX BF” dia dok SMS kat mak kawan LA (panggil dia R je k, senang nak story, =))
Hah, ko siap SMS mak “EX GF” tu… LA pun tak de no mak Incik AD tau …

R story kat LA yg EX BF dia ni dok mintak2 dia duit dengan alasan R pinjam duit dia dulu… Erti pinjam dalam situasi dia tu adalah masa dorang couple dulu duit makan minum kuar, beli itu ini semua dia claim balik ler…huhuhu….
**pelik tak Jantan cam ni, selama ni dia tak ikhlas la kan…


Masa dgr ni temper LA mula naik sedikit demi sedikit… hahahha, tahan muka merah je ni, tapi tak pe sabau2…. Hahahhaha


Tu antara depa la, then sepanjang mereka memadu kasih dulu nak beli pape semua guna credit card R
**gurl… be carefull with this ye, jgn sekali2 korang nak suka2 hati jadi baik hati semua korang nak bayar… jantan jenis cam ni adalah………………. (sila isi sendiri tempat kosong tu ye)

R kata beli brg2 court mamoth dia dok bayar semua RM6k.. brg dia yg guna… tahan sabar lagi ni dengar walau telinga LA dah panas walau pun masa tu sejuk dalam aircond office… huhuhhu… lom lagi 2 3 card credit lain.. now bank dah kol2 R tanye bila nak langsaikan hutang… Si Jantan tak guna (SJTG) tu  kata dia dah bayar semua… mula dah rasa nak carutkan SJTG tu…. Hahahhaha

Korang nak tau ke apa kandungan 9 bulan SMS SJTG tu kat mak si R??
Dia pi cakap kat mak si R yang si R ni bersekedudukan kat KL ni…
APE!!!!! Kau dah giler ke??
Mmg la dia tu JANTAN TAK GUNA KAN??
Bila semua kehendak si R tak leh nak tunaikan macam2 cerita auta plak ko nak reka… dan dengan selamba LA cakap kat si R

“EX BF ko to BODOH, BEBAL, BENGAP & BANGANG… hidup asyik nak menyusahkan hidup orang je kejenye”
(erk baru pasan semua B erk, hahahha)

Uols nak tau tak kenapa dia buat semua tu??? Semua sebab DUIT!!!
Tol la org kata kan…
DUIT leh buat manusia ni giler..
DUIT boleh buat manusia membunuh
DUIT boleh buat manusia lalai
DUIT boleh buat ape saje la…

Tapi dorang lupa DUIT tak leh bawak masuk kubur…
DUIT tak leh beli kebahagiaan
DUIT tak leh tambah timbang amalan masa kat padang masyar nanti…
Huhuhuhuhu….


Dah la SJTG tu pukul si R ni, then R tak tahan mintak la putus, dia leh lak cakap R curang ngan dia… BODOH…. Mmg tak senang la hidup kau kat dunia ni SJTG… sebab dia nak kawen tak lama lagi dia minta RM20k dari R utk clain balik semua yg dia dah laburkan sepanjang mereka bersama
Korang rasa munasabah tak????
 Pas tu leh lak cakap kat Si R yang “Allah akan balas segala kejahatan yang R dah buat kat dia” hahahha so funny la this guys…
Biarlah kalau dia nak kena bakar kat neraka nanti… yang ko dok buat fitnah tu kau tak igt plak api nereka tu ngah dok lambai2 panggil kau… huh!! Idiot…. Malaikat Mungkar Nangkir baru je tukar buku amalan dia, tak sempat bersih sehari dah kena tulis banyak dosa.. kih kih kih kih…

Astaghfirullah Ala’zhim…
Mengucap LA…. Jangan menghukum orang… huhuhu (sambil tarik nafas panjang)

At last, LA sebagai kaunselor tak bergaji ni pun soh dia relax, tarik nafas… Sian kat R kan… Sabar je la R, nanti semua akan jadi lebih baik… InsyaAllah…

So girl outside there… Jadikan cerita ni tauladan dan panduan ye… Kalau jumpa lelaki jenis macam ni ape lagi nyanyi lagu Sheeda le…

“Aku sudah tidak percaya padamu lagi, lebih baik engkau segera angkat kaki, aku BENCI, BENCI pada dirimu, aku BOSAN, BOSAN pada dirimu, aku sudah tidak percaya padamu lagi….”

Hahahahhaha…. So adik2… igt ye, percintaan tu bukan satu tempat utk kita bekorban segala2nya sehingga menyeksa diri sendiri. Kalau sayang tu biarlah berbaloi2 dan bersederhana ye… Allah dah janjikan jodoh setiap dari kita. Berfikir secara rasional.. Bertindak secara berhemah.

DON'T BE A WOMAN THAT NEEDS A MAN,
BE A WOMAN A MAN NEEDS

**sebab apa Allah wujudkan syurga dan neraka?? Sebab setiap kebaikan akan di beri pahala dan kejahatan akan di beri ganjaran dosa.. so buat R bersabar la dan jangan takut.. kuatkan hati sebab WANITA dah di anugerahkan satu hati yang kental dan kuat untuk hadapi ujian hidup. Biar masa yang menentukan segalanya.. Berjuanglah sampai ke akhirnya… LA akan membantu mana yang perlu.. InsyaAllah..

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...