About Me

My Photo
Hidup ini satu pencarian. Aku sentiasa mencari tanpa pernah jemu. Terlalu banyak ilmu Allah yg tak mampu dan kdg2 tak tejangkau oleh fikiran. Carilah, dan kau akan temui jawapannya.....

Monday, December 5

::Arwah Hadir Dalam Mimpi::

Ayah hadir dalam mimpi ='(
Kenapa Ayah??
Tiada riak gembira mahu pun sedih yang Achiq lihat...
Ayah ok kan??? atau ada yang cuba Ayah sampaikan...
Cuma Achiq rasa ayah macam tgh sakit je...
Achiq sedekahkan Fadhilat Al-Fatihah untuk Ayah tau...
Semoga dpt membantu Ayah menjalani kehidupan di alam sana
Achiq sayang sgt kat Ayah tau...



Mungkin Aciq lupakan ayah kan tu sebab Ayah mai..
Tak Ayah.. Achiq selalu igt Ayah...
Achiq igt lagi Achiq la org terakhir dalam family kita yang bercakap dengan Ayah pagi tu sebelum seminggu Ayah terlantar dalam CCU...
Achiq ingat lagi bila mana kami adik beradik minta maaf dengan Ayah dalam wad CCU tu Ayah hanya mampu mengalirkan air mata je tanpa mampu mampu berkata apa2..

Hadirlah selalu dalam mimpi Achiq Ayah...
Dah lama Achiq tunggu kehadiran Ayah..
Terubat rasa rindu di hati ini....
Bagai terasa dakapan kita malam semalam
Seolah2 nyata..


Hulurkan tangan mu Ayah agar anak mu ini tahu kau sentiasa ada di mana2 untuk membantu ku di dunia...
Dan kan ku sambut tanganmu itu utk kau bawa berjalan melintasi jambatan kehidupan dunia dan alam sana...
Dan rindu ini selalu kekal jadi milikmu Ayah...
Tak pernah kering...

Moga Ayah semakin tenang di sana...
Achiq nantikan Ayah selalu dalam mimpi Achiq ye..
Boleh kita berbual panjang nanti... =)

Mati itu akan tetap hadir...
Bagaimanakah persiapan kita untuk menghadapinya???

**Gambar bersama Arwah Ayah tak de softcopy... harap Arwah Ayah bersemadi dengan aman di sana.. Amin.....

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Sunday, December 4

::Rindu itu hadir tidak pernah jemu sederas ombak di pantai::

OMBAK RINDU
hadirnya rindu itu
mengikut alunan hempasan ombak
tidak pernah jemu...
cewahhhhhh.... Feeling lebih plak.... =)




Bintang : leh bagi 3.5 bintang


Over all seperti semua maklum (pada yg tau pasal Novel Ombak Rindu (OR) ni la kan) cerita ni mmg sgt2 best. Pengalaman LA baca novel ni dulu start dari baca dalam majalah REMAJA dulu. Dok beli remaja bulan2 sebab nak baca cerita OR ni je la... sekali masa belajar kat UiTM, Segamat dulu member ade novel ni kan. So ape lagi samnggup bersengkang mata tdo kol 5 pagi semata2 nak habiskan bacaan novel ni... korang nampak tak msg kat situ?? Betapa berhantunya cerita OR ni... hahahha (erk ntah2 kat LA je... dushhhh... perasan lebih ni... hahahha)... Well masa baca cerita ni mmg tahap mengalirkan air mata ler.. baru baca.. So korang nampak tak lagi msg kat situ betapa LA punya imaginasi masa baca OR tu menusuk kalbu so deeply... ahaks... (agak2 korang kisah ke erk... dushhh sekali lagi... adehhhh)




Kritikan dari pengkritik tak bertauliah... weeeeeee
So seperti biasa bila sesuatu novel itu di filemkan, filem tu mesti mendapat kritikan macam kritikan LA ni...


" tak se"best" dalam novel"


kan kan kan....
apa yang LA nampak la bila pembikinan filem tu range dia just 1.30 hours to 2 hours je.. 
lain ler kalau citer hindustan kan kan kan, leh la sampai 3 jam... ahaks
So bukan semua yg ada dalam novel tu dia moleh muat masukkan dalam filem kan.. So 
depa just amik point2 yg killer je la kan.. so apa pun terbaik la.. nak2 lagu OST dia la kan... so touching... huhuhuhuhu


Cer dengar cer dengar... =)


Syahdu tol...




Ni scene paling best bila AARIS (AAron) dah terima IZZA (Maya Karin) sedikit demi sedikit & ketika ni Aaris janji akan jaga Izza sampai bila2... huhuhuhuhu... LA ni kalau cerita tu melibatkan hati dan perasaan wanita ni mmg leh menagis.. Biarlah org nak cakap LA ni minah leleh ke apa... Tapi LA mmg cam ni... sensetip bab wanita....




Scene ni pun sedih.. huhuhuhuhu.... dia Aaris marah giler kat Izza sebab igtkan Izza pregnant. tapi sebenarnye Izza kalau period dia mmg akan pening2 kepala n muntah2.. dah teruk org tu dia pukul n kejekan baru nak nyesal... dushhh... rasa nak belasah je Aaris masa tu.. tak usul periksa tetiba nak marah je.. tak leh ke tanye elok2... (emo pulak la.... adessss)




Mila (Lisa Surihani) mmg kehebatan lakonannya tak leh disangkalkan lagi... Love u la babeh.. mmg terbaik jadi ANTAGONIS... Dalam citer ni dia  baik jugak sebenarnya tapi oleh kerana terlalu deepnya cinta dan sayang dia pada Aaris buat dia lupa segalanya janji keinginan dia utk berkahwin dengan Aaris jadi nyata... walaupun Aaris dah bagitau yang dia tak cintakan Mila... huhuhu... dan akhirnya dia mengalah juga kerana hati dan perasaan Aaris mmg sepenuhnya utk Mila...


Dan ade la beberapa scene yg menyentuh perasaan.. Nak tau korang pi la tgk sendiri ye.. tak pun korang tunggu je la CD Cetak rompak tapi tak sebest tgk kat wayang ler... hahahha, nak2 tgk ngan Incik Abang kan kan kan.... =)


So tu je la cerita Ombak Rindu dari LA... hihihihi
pape pun msg tu sampai la..
Layanzzzzz....


Bye....


** Ombak rindukan pantai


Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Friday, December 2

Zahiril Adzim: BMT langsung dari tangan

Zahiril Adzim: BMT langsung dari tangan: Salam sejahtera ke atas semua. Adalah beberapa hari sebelum ini aku telah mengeluarkan janji untuk update tentang pembelian 80 buah buku B...
Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

::HATI RASA PANAS::

Seperti biasa LA kat office tak de koje…
So kena buat koje sendiri.. Sekali tuan presiden minta LA buat surat kepada Sultan Selangor… hahahha, dok termenung sikijap… adessss….
LA ni bukan tau bahasa istana pun…

Tuanku…
Hamba pacal yg hina..
Patik menjunjung titah..
Bersemayam…
Beradu…

Adessss… Beku akal + beku otak hari ni…
So at last LA amik keputusan biarlah hamba serahkan pada yang pakar..
Hamba google2 search alamat dan nama sultan yang panjang lebar tu…
Huhuhuhuhu
Tekan button SAVE then nanti bincang ngan tuan presiden… lalalalalalala..

Maaf ye tuanku, hamba pacal yang hina ni nak bukak topic lain sebenarnye…
Ngeeeeeeeeeeeee….


Yang betulnya LA nak story pasai member LA sorang ni yang mempunyai kisah CINTA yang lain macam sket ler… adessss… rasa berapi2 gak la bila dengar citer dia
Tadi dia citer lagi “EX BF” dia dok SMS kat mak kawan LA (panggil dia R je k, senang nak story, =))
Hah, ko siap SMS mak “EX GF” tu… LA pun tak de no mak Incik AD tau …

R story kat LA yg EX BF dia ni dok mintak2 dia duit dengan alasan R pinjam duit dia dulu… Erti pinjam dalam situasi dia tu adalah masa dorang couple dulu duit makan minum kuar, beli itu ini semua dia claim balik ler…huhuhu….
**pelik tak Jantan cam ni, selama ni dia tak ikhlas la kan…


Masa dgr ni temper LA mula naik sedikit demi sedikit… hahahha, tahan muka merah je ni, tapi tak pe sabau2…. Hahahhaha


Tu antara depa la, then sepanjang mereka memadu kasih dulu nak beli pape semua guna credit card R
**gurl… be carefull with this ye, jgn sekali2 korang nak suka2 hati jadi baik hati semua korang nak bayar… jantan jenis cam ni adalah………………. (sila isi sendiri tempat kosong tu ye)

R kata beli brg2 court mamoth dia dok bayar semua RM6k.. brg dia yg guna… tahan sabar lagi ni dengar walau telinga LA dah panas walau pun masa tu sejuk dalam aircond office… huhuhhu… lom lagi 2 3 card credit lain.. now bank dah kol2 R tanye bila nak langsaikan hutang… Si Jantan tak guna (SJTG) tu  kata dia dah bayar semua… mula dah rasa nak carutkan SJTG tu…. Hahahhaha

Korang nak tau ke apa kandungan 9 bulan SMS SJTG tu kat mak si R??
Dia pi cakap kat mak si R yang si R ni bersekedudukan kat KL ni…
APE!!!!! Kau dah giler ke??
Mmg la dia tu JANTAN TAK GUNA KAN??
Bila semua kehendak si R tak leh nak tunaikan macam2 cerita auta plak ko nak reka… dan dengan selamba LA cakap kat si R

“EX BF ko to BODOH, BEBAL, BENGAP & BANGANG… hidup asyik nak menyusahkan hidup orang je kejenye”
(erk baru pasan semua B erk, hahahha)

Uols nak tau tak kenapa dia buat semua tu??? Semua sebab DUIT!!!
Tol la org kata kan…
DUIT leh buat manusia ni giler..
DUIT boleh buat manusia membunuh
DUIT boleh buat manusia lalai
DUIT boleh buat ape saje la…

Tapi dorang lupa DUIT tak leh bawak masuk kubur…
DUIT tak leh beli kebahagiaan
DUIT tak leh tambah timbang amalan masa kat padang masyar nanti…
Huhuhuhuhu….


Dah la SJTG tu pukul si R ni, then R tak tahan mintak la putus, dia leh lak cakap R curang ngan dia… BODOH…. Mmg tak senang la hidup kau kat dunia ni SJTG… sebab dia nak kawen tak lama lagi dia minta RM20k dari R utk clain balik semua yg dia dah laburkan sepanjang mereka bersama
Korang rasa munasabah tak????
 Pas tu leh lak cakap kat Si R yang “Allah akan balas segala kejahatan yang R dah buat kat dia” hahahha so funny la this guys…
Biarlah kalau dia nak kena bakar kat neraka nanti… yang ko dok buat fitnah tu kau tak igt plak api nereka tu ngah dok lambai2 panggil kau… huh!! Idiot…. Malaikat Mungkar Nangkir baru je tukar buku amalan dia, tak sempat bersih sehari dah kena tulis banyak dosa.. kih kih kih kih…

Astaghfirullah Ala’zhim…
Mengucap LA…. Jangan menghukum orang… huhuhu (sambil tarik nafas panjang)

At last, LA sebagai kaunselor tak bergaji ni pun soh dia relax, tarik nafas… Sian kat R kan… Sabar je la R, nanti semua akan jadi lebih baik… InsyaAllah…

So girl outside there… Jadikan cerita ni tauladan dan panduan ye… Kalau jumpa lelaki jenis macam ni ape lagi nyanyi lagu Sheeda le…

“Aku sudah tidak percaya padamu lagi, lebih baik engkau segera angkat kaki, aku BENCI, BENCI pada dirimu, aku BOSAN, BOSAN pada dirimu, aku sudah tidak percaya padamu lagi….”

Hahahahhaha…. So adik2… igt ye, percintaan tu bukan satu tempat utk kita bekorban segala2nya sehingga menyeksa diri sendiri. Kalau sayang tu biarlah berbaloi2 dan bersederhana ye… Allah dah janjikan jodoh setiap dari kita. Berfikir secara rasional.. Bertindak secara berhemah.

DON'T BE A WOMAN THAT NEEDS A MAN,
BE A WOMAN A MAN NEEDS

**sebab apa Allah wujudkan syurga dan neraka?? Sebab setiap kebaikan akan di beri pahala dan kejahatan akan di beri ganjaran dosa.. so buat R bersabar la dan jangan takut.. kuatkan hati sebab WANITA dah di anugerahkan satu hati yang kental dan kuat untuk hadapi ujian hidup. Biar masa yang menentukan segalanya.. Berjuanglah sampai ke akhirnya… LA akan membantu mana yang perlu.. InsyaAllah..

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Thursday, December 1

::EJA NAK CAM NI GAK LEH TAK??? =) ::

Satu lagi entry utk hari ni..
Rasa TAKSUB plak bila baca entry ni kat http://hafizatan.net/
So loving n touching…
Kalau LA kat tempat wife Zahiril pun LA akan sebak.. Let’s check it out… =)

“Zahiril berpura-pura terjumpa kertas dalam tuxedo, ketika itu Shera sedang khusyuk mendengar lagu I will always love you – ungu, yang dinyanyikan abang Zahiril, tiba-tiba Zahiril bangun dan menujukan puisi buat isterinya, yang magisnya ada mic tersembunyi dalam tuxedo beliau”

“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,

Isteriku…
percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana.
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu.
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik.
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, 
bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

Isteriku…
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku,
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku,
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku,
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.”

Perghhhh…..
Syahdu giler…
Pape pun Tahniah dan Semoga berbahagia kepada Zahiril dan Shera..
Moga bahtera yang kalian layarkan akan sampai ke destinasinya
Walau gelora dan badai menghampiri harap Nakhoda dapat memacu gerak bahtera sebaiknya..
Anak2 kapal juga sentiasa membantu agar bahtera dapat berlabuh dengan selamat..

**agak2 Incik AD romantis cam Zahiril tak?? Hahaha…

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

::DI SUATU HARI ITU::

S.E.N.Y.U.M

Sepanjang seharian semalam (30.11.2011) LA asyik tersenyum je ngan perangai Incik AD…
Tetiba je dia transform..
Tak tau la LA kan kalau tu mmg perangai dan sikap dia sebenarnye tapi sepanjang 11 bulan berhubungan akrab dgn dia tak pernah pulak dia berperangai macam ni kan… =)

Hanya kerana LA msg kat FB dia ayat ni je… =)

Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi

Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera

Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa

Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU

Amin.

Doa yang so touchingkan tapi itulah kita kena minta sebab kita tak tahu apa akan jadi pada kita nanti.
Jodoh tu kan di tangan Allah SWT..
Kita tak tau sape bakal menemani kita sepanjang hidup kita di bumi Allah ni

Siapa yang akan berkongsi susah payah bersama??
Siapa yang akan gembira dan sedih bersama kita??
Siapa yang akan menjaga dan merawat ketika kita sakit dan terluka??
Siapa yang akan memimpin kita ketika kita tidak mampu utk berjalan nanti??



So, LA suka igtkan pada diri LA sendiri. Kita ni hidup menumpang KASIH & SAYANG orang lain.. Bukan “KUNUN” menumpang tau tapi tu la hakikatnya.. Even kasih sayang kita pada ayah dan ibu kita pun kita menumpang.. Sampai waktu dan ketikanya akan di ambil semula. Hanya rasa itu akan kekal di dalam hati kita sampai bila2 kalau ianya tulus, ikhlas dan benar…. =)

So back to the topic, lepas Incik AD baca dia jadi touching lak, terus transform…
BERTUKAR!!!!! =P
Tapi…
Tak payah la tau dia transform jadi apa kan kan kan… hahahaha
Biarlah rahsia LA ngan Incik AD je..
Tapi I LOIKE!!!!
The power of WORDS…. Hihihihihi

Tapi tu la kan… Allah nak tukar kan rasa ego kita kepada jinak2 merpati ni sekejap je kan… Kuasa di Tangan DIA.. Sape kita nak ARGUE semua tu… Yang penting kita transform jadi lebih baik dan ianya berlaku ketika keadaan masih boleh di perbaiki..

Tu sebab orang selalu kata..
“Kita ni selalu menghargai dan menyesal bila sesuatu tu dah hilang dan tak de depan mata lagi, ketika itu semua dah terlambat”
Tapi kita kena sedar jugak kenapa ianya berlaku
Mesti ade sebab dan musababnye…
Sesuatu itu berlaku mesti ada punca dan kalau kita faham erti KEHIDUPAN yang sebenarnya kita akan faham dan tahu apa yang tersirat..
So jangan BODOH melakukan sesuatu tanpa berfikir
Tu sebab Allah bagi kita AKAL utk berfikir… =)

LA sentiasa mencari dan menggali tidak pernah jemu soal KEHIDUPAN…
Bila sesuatu berlaku tak kira la pada diri sendiri atau orang lain, cuba kita pejam mata dan fikir walau pun sejenak..

Kenapa??
Mengapa??
Bagaimana??
Di Mana??
Siapa??

Tarik nafas dan lihat dengan mata hati yang dalam..
SENYUM…


**Mungkin korang tak faham apa yang LA cuba sampaikan.. itulah pencarian aku… Jangan jarakkan diri kita dengan sang PENCIPTA… Dia akan selalu ade di sisi dan di dalam HATI, jika kita selalu mau DIA di sisi.. Jagalah hubungan itu..
Biarkan JASAD dan ROH kita bersatu dan bercantum.. Kita akan dapat melihat dunia yang sebenarnye…
Amin….

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...