About Me

My Photo
Hidup ini satu pencarian. Aku sentiasa mencari tanpa pernah jemu. Terlalu banyak ilmu Allah yg tak mampu dan kdg2 tak tejangkau oleh fikiran. Carilah, dan kau akan temui jawapannya.....

Thursday, December 1

::EJA NAK CAM NI GAK LEH TAK??? =) ::

Satu lagi entry utk hari ni..
Rasa TAKSUB plak bila baca entry ni kat http://hafizatan.net/
So loving n touching…
Kalau LA kat tempat wife Zahiril pun LA akan sebak.. Let’s check it out… =)

“Zahiril berpura-pura terjumpa kertas dalam tuxedo, ketika itu Shera sedang khusyuk mendengar lagu I will always love you – ungu, yang dinyanyikan abang Zahiril, tiba-tiba Zahiril bangun dan menujukan puisi buat isterinya, yang magisnya ada mic tersembunyi dalam tuxedo beliau”

“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,

Isteriku…
percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana.
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu.
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik.
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, 
bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

Isteriku…
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku,
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku,
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku,
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.”

Perghhhh…..
Syahdu giler…
Pape pun Tahniah dan Semoga berbahagia kepada Zahiril dan Shera..
Moga bahtera yang kalian layarkan akan sampai ke destinasinya
Walau gelora dan badai menghampiri harap Nakhoda dapat memacu gerak bahtera sebaiknya..
Anak2 kapal juga sentiasa membantu agar bahtera dapat berlabuh dengan selamat..

**agak2 Incik AD romantis cam Zahiril tak?? Hahaha…

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

::DI SUATU HARI ITU::

S.E.N.Y.U.M

Sepanjang seharian semalam (30.11.2011) LA asyik tersenyum je ngan perangai Incik AD…
Tetiba je dia transform..
Tak tau la LA kan kalau tu mmg perangai dan sikap dia sebenarnye tapi sepanjang 11 bulan berhubungan akrab dgn dia tak pernah pulak dia berperangai macam ni kan… =)

Hanya kerana LA msg kat FB dia ayat ni je… =)

Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi

Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera

Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa

Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU

Amin.

Doa yang so touchingkan tapi itulah kita kena minta sebab kita tak tahu apa akan jadi pada kita nanti.
Jodoh tu kan di tangan Allah SWT..
Kita tak tau sape bakal menemani kita sepanjang hidup kita di bumi Allah ni

Siapa yang akan berkongsi susah payah bersama??
Siapa yang akan gembira dan sedih bersama kita??
Siapa yang akan menjaga dan merawat ketika kita sakit dan terluka??
Siapa yang akan memimpin kita ketika kita tidak mampu utk berjalan nanti??



So, LA suka igtkan pada diri LA sendiri. Kita ni hidup menumpang KASIH & SAYANG orang lain.. Bukan “KUNUN” menumpang tau tapi tu la hakikatnya.. Even kasih sayang kita pada ayah dan ibu kita pun kita menumpang.. Sampai waktu dan ketikanya akan di ambil semula. Hanya rasa itu akan kekal di dalam hati kita sampai bila2 kalau ianya tulus, ikhlas dan benar…. =)

So back to the topic, lepas Incik AD baca dia jadi touching lak, terus transform…
BERTUKAR!!!!! =P
Tapi…
Tak payah la tau dia transform jadi apa kan kan kan… hahahaha
Biarlah rahsia LA ngan Incik AD je..
Tapi I LOIKE!!!!
The power of WORDS…. Hihihihihi

Tapi tu la kan… Allah nak tukar kan rasa ego kita kepada jinak2 merpati ni sekejap je kan… Kuasa di Tangan DIA.. Sape kita nak ARGUE semua tu… Yang penting kita transform jadi lebih baik dan ianya berlaku ketika keadaan masih boleh di perbaiki..

Tu sebab orang selalu kata..
“Kita ni selalu menghargai dan menyesal bila sesuatu tu dah hilang dan tak de depan mata lagi, ketika itu semua dah terlambat”
Tapi kita kena sedar jugak kenapa ianya berlaku
Mesti ade sebab dan musababnye…
Sesuatu itu berlaku mesti ada punca dan kalau kita faham erti KEHIDUPAN yang sebenarnya kita akan faham dan tahu apa yang tersirat..
So jangan BODOH melakukan sesuatu tanpa berfikir
Tu sebab Allah bagi kita AKAL utk berfikir… =)

LA sentiasa mencari dan menggali tidak pernah jemu soal KEHIDUPAN…
Bila sesuatu berlaku tak kira la pada diri sendiri atau orang lain, cuba kita pejam mata dan fikir walau pun sejenak..

Kenapa??
Mengapa??
Bagaimana??
Di Mana??
Siapa??

Tarik nafas dan lihat dengan mata hati yang dalam..
SENYUM…


**Mungkin korang tak faham apa yang LA cuba sampaikan.. itulah pencarian aku… Jangan jarakkan diri kita dengan sang PENCIPTA… Dia akan selalu ade di sisi dan di dalam HATI, jika kita selalu mau DIA di sisi.. Jagalah hubungan itu..
Biarkan JASAD dan ROH kita bersatu dan bercantum.. Kita akan dapat melihat dunia yang sebenarnye…
Amin….

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Tuesday, November 29

::CUMI1569 @ KL::

Salam uols…
Seperti biasa LA ni ngah bosan kat office tak tau nak buat ape…
Then ditambah ngan kemalasan utk bekerja memuncak2 setelah bercuti 4 hari berturut2 dan penuh ngan pelbagai aktiviti… hishhhh….
Asyik malas je bila nak rajinnye kan… muhahahaha…

Tetiba nak bercerita pasal member LA dari Singapore..
If uols jenis melayan youtube n minat pada cover org main gitar mesti korang kenal mamat ni…
Jeng… jeng… jeng….
LA minat giler ngan dia ni masa ngah search lagu “Biarkan Aku Jatuh Cinta”
Since tu la dok layan semua cover dia n tak sangka leh kenal dia lebih rapat…
Korang ade??? Hahhahaha

Ni la cover yang mula2 sekali LA layan…. Leh jatuh cinta la ngan plucking gitar dia ditambah plak ngan suara lemak merdu dia… adessss… mau pengsan rasanye…
Dia yang dimaksudkan adalah En Suhaimi Hashim aka Cumi1569 (nama lam youtube)
Kiranya Cumi ni artis youtube la dan dia mmg ramai fan kat m’sia, s’pore n brunei..
Kalah artis kau…. LA pun boleh giler dengar cover dia…
Histeria aku mak oiii… hahahhaha

COVER “Biarkan Aku Jatuh Cinta”


Cover "Sedetik Lebih"




Best tak??
Best tak??
=)

Korang leh dgr lagi cover2 yang lain kat dalam youtube ye, Cumi ade gak buat lagu dia sendiri… weeeeeee
Love u la Cumi… You r AWESOME!!!!

So LA nak share beberapa photo yang sempat kami snap masa Cumi mai KL last few month..
Aduhai lupa plak bila datenye…. Dusss… tumbuk diri sendiri…. @_@

Masa tu tak plan pun sebenarnye.. Cuma dapat tau Cumi nak mai KL daripada status FB dia.. LA ni kan ala2 malu orangnye (ye ke???)… hahahha
Kanda Dilla Damia aka (DD) la yang planning semuanya.. Dia la yang dok SMS Cumi make a deal utk jumpa dia..
Dap dup dap dup tau akak ni…
Tapi Cissssss Incik AD nak ikut gak walau pun hari tu dia ade shooting…
Tak leh la LA nak solo sekejap tau dia ni… melepas la nak main2 mata ngan Cumi…
Adessss… mau jugak tu.. tak sedau diri tol… hahahha

So kami pi la amik Cumi kat Quality Hotel malam tu, kami gerak 2 kete mula2 sebab Cumi mai KL ngan 3 org kawan dia lagi.. Andy n wife n abg Khamdan…
So kami gerak ke Kampung Baru makan2 dulu sambil borak2..
Tak lama tu si Wan Mimo mai la..
Haru biru restoran tu dibuatnya… Depa dok belanja kami makan plak, huhuhuhuhu
Erkkkk… Alhamdulillah makan FREE…
Then depa semua nak pi Downtown Cheras sebab Cumi nak jumpa sorang lagi fan dia..
So kami pun bawak la depa semua sebab depa tak tau nak pi sendiri kan kan kan…
So sampai sana pi la jalan2.. kat situ jumpa la cik Siti Green =)

Then pas depa dok pusing2 n membeli belah kami pi la lepak layan steamboat..
LA ngan Incik AD pi la amik gitar Cumi lam kete soh dia perform FREE depan kita orang…
Aduhhhhh…… korang ade??? Hahahha

Leh pengsan dengar suara n petikan gitar cumi


Cumi wif abg khamdan

Ni je la kojenye... asyik bergambo je... tukang haru biru si Wan Mimo

Malaysia Vs Singapore....
=)

Incik AD pun sibuk nak bergambo... adesss

Sesi bergambo selepas mini konsert di steamboat downtown Cheras
(tepi jalan je... semua org dok tgk kami dok melalak2, hahaha)

Kunun nak buat magic, weeeeeeee

DD n LA wif Cumi...
2 sahabat yang kojenye dok wat lawak sampai Cumi tak dan nak perform..
tak patut tol korang ni... hahahhaha

So habis sesi kami melayan Cumi n Cumi melayan kami lebih kurang kol 3 pagi baru balik... huhuhu
tu kalau tak di "STOP" kan mau sampai ke subuh tu
Hope Cumi enjoy dengan kami ye
Kami tunggu Cumi perform di KL
Sekarang dengar2 dah dapat masuk radio di Spore, Semoga impian Cumi akan tercapai
Kami sentiasa akan sokong CUMI1569

tu je la citer wat masa ni
Bubye.... muahhhhh...

**hargai setiap masa dan detik bersama orang2 yang kita sayang... hidup ini berlandaskan kasih sayang, dan kasih sayang itu mengatasi segala2nya.... =)



Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Monday, November 28

::SEMINAR BBK::

Fuhhhh..... Keletihan selama 3 hari 2 malam
Keletihan sebab banyak makan, adessss habis diet LA..
penat perut ni dok sumbat makanan 5 kali sehari
breakfast, minum pagi, lunch, minum ptg n makan malam
tetiba hari ni rasa kembang bermangkuk2.... huhuhuhuhu

ok ler, back to the subject...
Persatuan Kebudayaan Suara Alam telah menghantar 3 org peserta untuk mengikuti satu seminar yang di namakan "Seminar Amalam Terbaik Badan Bukan Kerajaan"
sambil2 tu promote la Pertubuhan BATEK kan... hihihihihi

Menyerlah tak color baju kami??? semua org dok tgk kami sebab color paling menyerlah dalam dewan bengkel ni, hahhahaha...

Overall seminar ni mmg sgt2 membantu LA la secara peribadinya sebab LA ni org baru dalam industri NGO ni, tetiba plak di pilih sebagai SETIAUSAHA KERJA kan...
so LA cabar diri LA untuk pikul tanggungjawab ini yang out of my scope sebagai budak account... =)..
Actually bila involve dalam bidang ni LA rasa sebenarnye memberi satu opportunity kepada LA untuk memantapkan lagi communication skills LA dan seterusnya dapat bersosial dengan org2 hebat dan otai dalam industri ini... Masa pi seminar ni terasa mmg sgt kerdil la sebab LA datang dalam keadaan yang NOTHING n "0", tak de pape n tak tau apa2 pun... dan Alhamdulillah semua ilmu yg LA dapat sepanjang seminar ini akan LA gunakan untuk terus bergiat aktif dalam industri ini....

Kunun ngah focus la kan... huhuhuhuhu

So apa yang LA nak focus dalam bengkel ini adalah dalam usaha bagaimana untuk mendapatkan dana.. Masalah untuk bergerak dalam NGO ini adalah dana. Kami menjalankan aktiviti sebenarnya atas dasar minat kepada sesuatu aktiviti. Contohnya teater. sekurang2 nya kalau dapat dana untuk mebuat show pun sudah memadai agar minat kami ni tak terkubur.... =)



Sebagai NGO kami tak boleh hanya mengharapkan dana yang di salurkan oleh pihak kerajaan semata2. Kami digalakkan untuk meminta dana dari pihak swasta jugak. Tetapi bagaimana??? di sini lah kami di ajar bagaimana utk mendapatkan dana dan penajaan ini. LA yang blur2 ni sedikit sebanyak faham la kan.... maklum ler saya budak baru belajau...


Hari sabtu malam tu pulak kami menjadi jemputan kepada KONSERT KOIR KEBANGSAAN NO WRONG NOTES yang berlansung di Auditorium Bandaraya Kuala Lumpu...
Perghhhh... mmg gempak la depa semua tu...
Persembahan yang sgt mantop

**Berjalan setapak demi setapak demi setapak dalam landasan yang sebenarnya... InsyaAllah akan dipermudahkan... Aminn.... =)

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Thursday, November 24

::BANGSAWAN MERONG MAHAWANGSA::

Last week we all seramai 8 orang pi la menyaksikan Bangsawan Merong Mahawangsa di Panggung DBKL… tiket FREE kan sponsored by Persatuan Kebudayaan Suara Alam, so ahli2 Suara Alam pun berkumpul la menyaksikan, LA ler org yg bertanggungjawab utk meng“contribute” ke semua 8 tiket FREE tu kepada semua ahli yg berminat nak tgk kan kan kan…
(kekadang dok rasa cam dah jadi setiausaha plak kat dalam persatuan ni wal hal LA ni AJK biasa je, hahah, tapi tak pe la)

Dah publish kat group Suara Alam kat FB, last2 dapat lah kumpulkan 8 org ni, sape lambat tak dapat la den nak nolong, hahahah
So buah hati LA, Si AD mesti la ada kan sebab dia kan tuan driver tak bergaji LA, belanja makan je la, weeeeeeeeeeeee…. Abg Din, Kak Lin, Wan Mimo, Kak BB, DD dan si Sopi…
Hah! Ngan si Sopi a.k.a Adam ni aku nak marah, last2 minit tak leh nak mai plak…
Adesss budak ni, tertinggal tren rupanye dia… lau tau lambat leh sedekah kat sape2 tgk bangsawan tu kan…
Tapi tak ape la kan benda pun dah nak jadi….
So jom LA nak citer sket pasai Bangsawan Merong Mahawangsa ni ye… =)
Skrip daripada Raja Azri (dia jugak la HERO)
Dan arahan Khuzairy (seperti biasa la gandingan mereka)


Totally apa yang LA leh tgk pasai bangsawan ni adalah aspek bangsawan mmg tak de dalam ini cerita… tapi CREDIT tu perlakon otai kita Dato’ Jalaluddin Hassan… Cara lakonan mmg terkesan Bangsawannya… Lenggok percakapan dan acting mmg menjadi… Steady la Dato’…

Yang lain mmg tak de, kalau tgk cam tgk teater muzikal plak, dan ade beberapa part yang agak drag lama sgt dan buat penonton bosan… Then kalau depa leh buat aksi silat tu lebih lagi syok tgk sebab Merong Mahawangsa lebih menumpukan kepada aksi tu…

Selain tu lakonan DJ Pool boleh tahan gak dengan watak Kemawas…
Tapi kalau watak tu diperbesarkan lagi mungkin lebih menarik…

Penampilan Khai (mentor adibah nor) tak menghampakan jugak dengan watak mat salleh tu ape ntah nama, hahahha, suka hati aku je kan… paling power masa Extra Turn dia nyanyi lagu “sedetik lebih” tu, tetiba je rasa feeling2 kan nak2 Incik AD kat sebelah…. Hahahhaa..

Jalan cerita totally sama dengan cerita Merong Mahawangsa Filem tu…
apa2 pun credit kepada Raja Azri dan Khuzairy sebab masih berjaya memberi persembahan yang baik… =)

Lepas tu seperti biasa sibuk bergambo... hahahha
tu dia si sopi sampai jugak... =)
Kak BB dan Wan Mimo

Santai2 tunggu si sopi ni....

Lepas habis nonton... erk LA nampak cam dah kurus sket la, =P

**seronok dapat spent time dengan org2 yang kita sayang kan..





Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

::PENGORBANAN::

P.E.N.G.O.R.B.A.N.A.N

Apa yang kita faham tentang pengorbanan??

Selalu org kata…

“aku sanggup berkorban apa sahaja untuk memastikan apa yang aku inginkan akan tercapai…”

“Hargailah pengorbanan dan jasa ibu bapa kepada kita sedari kita kecil hingga ke dewasa..”

“sayangku… akan ku korbankan segalanya demi cinta, kasih dan sayangku padamu…”

Hihihihihi, jangan main2… sampai ade tu sanggup korbankan diri sendiri demi cinta…
hish hish hish….

Sesungguhnya pengorbanan itu bermaksud, usaha seorang hamba untuk mendekatkan dirinya kepada Penciptanya melalui amal perbuatannya yang ikhlas…

Jeng jeng jeng…
Fahamkah apa maksud pengorbanan tu???

Semakin banyak seseorang itu berkorban untuk orang lain semakin mulialah org itu di sisi Allah… =)

Tu sebab kita kena muliakan ibu dan bapa kita kerana sungguh byk pengorbanan mereka kepada kita… dari kita sebesar tapak tangan ni hingga la kita dah beranak pinak… kan kan kan… =)

Walaupun kadang2 selalu je melawan cakap dorang… adessss… maaf mak ayah… huhuhuhu…
Dulu masa baru2 nak naik jadi remaja selalu je melawan.. mak soh buat tu buat ni ade je perkataan ni kuar dari mulut ni….

“alaaaaaaa…. Jap lagi la mak”

“Sket2 aciq.. sket2 acik… soh la angah plak, dia dok je tgk tb dari tadi”

“malas la mak… penat baru lik dari sekolah ni”

Tapi bila ingat2 balik kan…. Apa yang dia dah buat utk kita….

Bila nak makan apa2 kejap je mak dah masakkan…

Bila nak duit senang je dia hulur…

Bila migraine mai kat kepala ni terus je dia amik air asam jawan dok jaram atas kepala walau pun dia penat baru lik dari kerja…

Huhuhuhuhu… selalu alpha n leka…
Nak orang layan diri kita tapi cam ne plak kita layan orang lain…

Mood ~~~ tetiba rasa nak sedey plak dengan perangai tak elok dalam diri ni…
Even sampai sekarang ni pun kalau lik kampong ade je makanan kegemaran terhidang atas meja tu…. Walau pun tak bg dia masak pape dah..

LA sekarang sebenarnye sedang melalui satu fasa perubahan dalam diri… kalau boleh air + clorox tu membasuh semua perangai buruk yang lepas tu rasa nak rendam sehari pas tu masuk lam washer machine je… huhuhuhuhu

Tapi kita kena sedar jugakkan..
Setiap yang baik dan yang tak baik tu sebenarnya datang dari Allah jugak
Kita kena fikir kenapa begitu kehendakNYA
Dari situ la kita belajar tentang hidup
So jgnlah takut untuk membuat kesalahan atau kesilapan
Kerana semua tu adalah guru terbaik dalam kehidupan kita…

Berbalik pada tajuk PENGORBANAN…

Apa yang kita faham??
Pada LA apa pun kita buat atau kita lakukan berbalik semula kepada niat kita..
Adakah utk kepentingan diri sendiri atau utk semua pihak??
Tak payah la nak rasa….

“macam2 dah aku buat tapi satu pun tak jadi, sia2 je pengorbanan aku selama ini”

“aku dah korbankan segalanya utk kau tapi ini balasan kau pd aku ye”

“apa erti pengorbanan aku semua ni jika kau tak pernah nak hargai… aku hanya buang masa, wang ringgit dan tenaga je bila bersama kau… aku ni tempat “REHAT DAN RAWAT” kau je ke??”

Adessss…. Kenapa ada rasa semua ni???
Apa yg di maksudkan dengan PENGORBANAN???
Huhuhuhuhuhuhu….

So bila kita tempatkan atas dasar kepentingan diri sendiri semata2 (walaupun kita cakap kita ikhlas dan macam2 lagi la) semua yang berlaku akan kita rasa hanya membuang masa dan sia2.
Cuba kita letakkan niat kita kerana Allah semata2, so kita akan terima dengan hati terbuka tanpa menuding jari kepada sesiapa pun. Sesungguhnya dia Maha Mengetahui terhadap sesuatu kejadian… Dia yang mengaturkan apa yang perlu dan tak perlu untuk kita, apa yang baik dan tak baik utk kita…
So mana pergi rasa PENYERAHAN diri kita kepada Allah Taala???
=)
Sesungguhnya Allah itu dekat dengan kita.. Sedekat satu helaan nafas.. So kenapa kita nak argue lagi tentang hidup kita??

Kalau kita tak berusaha Allah nak bagi kejayaan ke??
Kalau kita tak dekatkan diri kita pada DIA ingat DIA nak dekat kat kita ke??
Kalau kita tak cari DIA ingat DIA nak cari kita ke??
Kalau kita tak kenal DIA boleh la plak DIA nak kenal kita kan???
Renung2kan dan selamat beramal….

“hayatilah erti PENGORBANAN yang sebenarnye… orang hanya berkata tapi maksud dan erti sebenarnya selalu tidak dititik beratkan.. =)

**doakan pengorbanan yang LA lakukan sekarang demi kasih sayang sesama insan ini akan berjalan lancar walaupun ianya menuntut satu pengorbanan yang sangat2 besar.... 
ayunan langkah akan tetap diteruskan walaupun kemungkinan CINTA takkan kesampaian, mgkin pelbagai kritikan akan dilontarkan dan mungkin pelbagai lagi yang akan berlaku, tapi demi kecintaan pada yang SATU, LA akan terukan juga... kebahagian yang aku cari adalah kebahagian di sana kelak... Amin..... =)

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...