About Me

My Photo
Hidup ini satu pencarian. Aku sentiasa mencari tanpa pernah jemu. Terlalu banyak ilmu Allah yg tak mampu dan kdg2 tak tejangkau oleh fikiran. Carilah, dan kau akan temui jawapannya.....

Thursday, November 24

::Gila Bola::

Gila bola….!!!
Hehehhee, tu yg boleh LA cakap sekarang ni la… skuad Harimau Muda Malaya mmg menunjukkan prestasi yang sgt cemerlang walaupun tumpas dengan Syria 2-0 tapi depa semua tetap hebat di mata LA… salah satu factor kekalahan tu sebab mmg nampak sgt mereka keletihan… tapi LA mmg sgt puji permainan mereka pada separuh masa pertama… ketaq jugak la pemain Syria yg berbadan besar dan lari laju tu, Nampak kerdil sgt skuad kita kat tgh padang tu… haisssshhh…. Tapi tak pe… kita tgk plak perlawanan hari ahad nanti macam mana dengan Bahrin plak ye.. =)



Seperti biasa Khairul Fahmi tetap bermain dengan cemerlang walaupun 2 biji bola telah bolos… tapi kalau di lihat cara bola tu bolos mmg sgt2 trick la… hohohohoho… depa dah la tinggi2, sekali rembat mmg tak agak2 la kuatnye… kita tgk je la berapa byk bola kencang yg cuba masuk ke gawang gol M’sia… tapi kecekapan Khairul Fahmi mmg tak lboleh disangkal lagi… I still Admirer u la “Apek”… weeeeeeee
Pemain muda Nazmi jugak sgt membanggakan bila mana aksi lincahnya mengecek dan mencuri bola dari Syria… sikit hari lagi leh jadi pemain yang terbaik…

Apa2 pun skuad Harimau Muda Malaya uols semua mmg terbaik… Mampu mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak M’sia yg pernah menjulang naik suatu ketika dulu… Kami rakyat M’sia sentiasa menantikan aksi2 terbaik dari uols semua… cewah dah macam ahli politik je LA bercakap ye… hihihihihi…

**makan bola~ tdo bola~ semua bola... ingat bola ingat KHAIRUL FAHMI... cewahhhh.... =P

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Tuesday, November 22

::LOVE STORY::

“LOVE STORY”
“seram” je rasanye… hahahha, tapi sharing is caring kan kan kan….



Let’s start with Al-Fatihah…. J
Semoga apa yang di story ni dapat sedikit sebanyak membantu kalian2 yang baru nak bercinta…  yg putus cinta atau yang sedang meneruskan cinta… cewahhh dah macam Dr. Love pulak akak ni kan…. Just from my past love stories n dari cerita kawan2 rapat dan sewaktunya la kan… LA pun bukan lah leh katakana sgt pakar dalam hal ni tapi ade la pengalaman sikit…

“Love” atau “cinta” ape maksudnya kan??
Korang dok cakap “I love u”, “Aku cinta padamu” korang faham ke ape maksudnye??
Atau korang just lafazkan tanpa ada rasa dalam jiwa tu… hahaha….
So adik2 girl yg baru nak bercinta tu jaga2 ye… faham betul2 jgn sampai anda masuk ke dalam perangkap lelaki durjana…. Nanti menyesal tak sudah… huhuhu (tu sebab LA tak kawen sampai la ni… weeeeee)

1st thing tanye pada diri sendiri apa yang korang mahu dari seorang LELAKI???
Hah.. jawab jgn tak jawab..
2nd thing kalau lelaki tu cari korang n nak korang jd gf dia tanya plak dia apa yang dia nak dari korang???

Then ape jawapannya????
Jeng… jeng… jeng….
Ke korang pun tak tau ape korang nak??
Weeeeeeeeeee….

Hah, korang fikirlah sendiri k… kalau dorang kata nak kasih sayang dan bermanja, dorang kan dah ade semua tu, mak ayah dorang dok jaga, belai, sayang kasih kan dorang dari kecik so tak cukup ke kasih sayang tu, jeng jeng jeng… gila tamak nak kasih sayang byk2… hahahhaha…
Hihhihihihi…. Pk pk pk pk sendiri….

Kita hidup ni menumpang je… semuanya hal pada yang satu… so kita tiada hak apa2 pun kat muka bumi ini selain dari hanya beramal kepada Maha Pencipta….
So andai hakNYA di ambil atau dikalihkan ke tempat lain apa lagi yg mampu kita lakukan..
Just let it go…
Hidup kena teruskan kan kan…

Bila di hembuskan rasa kasih sayang dalam diri kita kepada seseorang kita akan cuba menjaganya… tapi jgn sampai kita lupa pada yang MEMBERI rasa itu..
LA selalu lupa… adessss, tu la hanyut sgt di buai perasaan… jgn jadi mcm LA tau…
Then bila di tarik balik rasa tu rasa sgt worse…. Semua benda tak leh nak buat, rasa nak mati?? Erk tak de la sampai ke situ kan… hahahhaha… iman ade lagi ni….

Bila sesuatu tu tak jadi mesti ade sebab, kalau tak de jodoh semua benda jadi sebab jugak… 1st time LA putus cinta atas sebab tak direstui keluarga dia… adessss, so dia bila mak dia kata tak suka dia pun mula la cari jalan utk berpisah… ank omak la katakan kan kan… J

Tapi tak pe la, hidup ni menumpang kasih sayang org, dalam rasa tak de kewarasan tu terima la sorang lagi lelaki dalam hidup, hahaha, masa ni baru padan muka, konon nak tunjuk pada exbf la yg kita leh cari lebih baik dari dia, last2 kuar mulut rimau masuk mulut naga.. tapi dia sgt baik dan menjaga hati, Cuma jodoh kami tak de, dia kawen ngan org lain, dgr2 dah ade anak sorang pun… harap bahagia la dia hendaknye ye..

Sedey lagi… tak caya lelaki (kunun)… hahahha, tutup pintu hati selama 4 tahun…
Sepanjang masa tu sorang lelaki pun LA jumpa tak leh pakai, semua nak main2 je, tak serius, adessss, umur dah makin naik ni, tapi tak de org nak… ape nak buat terima n tunggu je la… J..
Mana nak jumpa kan kan kan, kojenye pi keje balik keje je, tak bersosial mana nak jumpanye… adessss….. tapi tak pe kan janji Allah tu kan pasti… Akhirnya jumpa jugak… weeeeeeeeeeeeee…. Walaupun cari dan keadaannya berbeza sket tapi yg pasti dah jumpa… tu je.. igt senang ke nak jumpa satu pasang kekasih yg saling memahami… walau pun dia tu bukan la “The guys from SM Nasimuddin legacy” atau “Keturunan Syed Albukhary” sebab kita di sisi Allah bukan di ukur dari mana asal usul kita, setinggi mana taraf pendidikan kita, kalau dapat degree, master atau PHD tapi nak hidup mengharapkan taraf2 tu tak guna lagi pun… tak bawak masuk kubur pun…. Hahahaha…

Bila 2 jiwa di beri rasa kasih dan sayang dari Allah maka jagalah sebaiknya… dengan ikhlas sebab andai dia di ambil semula kita tidah mempertikaikannya…. Betul tak?? Rasanya korang faham tentang rukun iman ke 5 tu, percaya kepada qada’ dan qadar… so its simple kan kan kan…

The points kat sini simple je;

---@ if ada yang menghulurkan kasih sayang dengan niat yg baik terima la walau kita tak tau apa akan jadi di kemudian hari… Allah beri dan kita terima;

---@ andai kata rasa kasih sayang itu semakin pudar dan hilang cubalah utk kembalikan dan jika tiada harapan lepaskanlah;

---@ tanamkan dalam diri sendiri bahawa ALLAH telah carikan jodoh yg terbaik buat kita so kita kena tunggu kehadirannya dengan sabar, dalam jangka masa tu pelbagai ujian akan hadir utk kita hadapi supaya org yang betul hadir… J, itu adalah pelajaran kita yg terbaik…

---@ dalam satu hubungan kenalah jadi seorang yang terbaik… jika Sesuatu berlaku sekurang2nya masing2 ade pengalaman manis yang boleh di ingati dan itu membuat kita dan si dia tidak akan bermusuh…

---@ hidup lah atas muka bumi ALLAH ini atas dasar kasih sayang, barulah kita tak rasa di aniayai… =)

** LA suka hidup baru LA sekarang… semakin tenang dan di kelilingi org2 yang sentiasa hidup dalam rasa kasih sayang, seperti sebuah keluarga… =)

 


Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

::HARIMAU MALAYA.... AUMMMMMM::



Aummmm….. Aummmm…..
Garuda dah kena baham dgn HARIMAU MUDA MALAYA….
Yeahhhh!!!!

Walau pun rasa cam nak kena serangan jantung sepanjang 120 minit menyaksikan perlawanan bola sepak kat umah je ngan ayahanda, mak yam, maisara, along n shafiq tapi akhirnya sehingga ke hujung barulah jumpa juara sebenar… fuhhhhh….. rasa nak terkeluar jantung… hahahhahaha… apa2 pun TAHNIAH pada HARIMAU MUDA MALAYA kita… walaupun layanan tuan rumah teruk kepada skuad kita ni tapi mereka telah membuktikan bahawa itu bukan alasan dan sebab utk tidak beraksi HEBAT seterusnya menyumbangkan pingat emas ke 59 buat Negara…. CAYAlah…..



Pemain terbaik sepanjang perlawanan tu patut di beri kepada penjaga gol Negara yg terbaik iaitu Khairul Fahmi… Banyak rembatan bola ke pintu rawang negara dapat di selamatkan… bukan mudah utk menjadi seorang penjaga gol yang bagus kerana memerlukan komitmen yg sgt tinggi serta ketangkasan dan peka dengan keadaan sekeliling selain kena pandai membaca gerak pihak lawak… tabik spring la pada FAHMI… Selain itu yg beraksi hebat kapten pasukan Baddrol Bakhtiar…. Di belasah dan di attack dengan teruk sekali oleh pemain GARUDA… tetap bangkit dan terus berjuang… TAHNIAH…. Kepada semua skuad dan jurulatih Ong Kim Swee, korang semua mmg best…. =) Anda semua bukan berlawan dengan 11 org pemain dari pasukan GARUDA tetapi melawan hampir 80ribu penyokong yg turut hadir… dan 200 juta penduduk Negara GARUDA itu… korang mmg AWESOME!!!!! Proud of uolsss la….


Lagi HEBAT bila lagu NEGARAKU berkumandang di Stadium Gelora Bong Karno itu, dengan menyaksikan Jalur Gemilang dinaikkan…. Sebelum perlawanan mereka membakar jalur gemilang kita dan malam semalam mereka menyaksikan jalur gemilang itu dinaikkan dengan penuh bermaruah… sayu dan hiba atas kemenangan dan semangat juang mereka… Terima kasih HARIMAU MUDA MALAYA kerana mengembalikan maruah Negara seterusnya mempertahankan pingat emas 3 kali berturut2…


**sgt admirer ngan Khairul Fahmi.... weeeeee =)

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Monday, November 21

::PEMUDA KAHFI::

Ya Tuhan…
Aku tahu aku antara mereka yang KAU pilih
Aku tahu bukan mudah untuk menggalas TUGAS ini
Aku tahu aku perlu KUAT
Aku tahu aku perlu byk BERKORBAN..

Ya Allah,
Aku tidak tahu sejauh mana aku mampu BERTAHAN
Aku tidak tahu sekuat mana aku boleh PERJUANGKAN
Aku tidak tahu apa yang akan ada di DEPAN
Aku tidak tahu sejauh mana JALAN ini perlu aku lalui
TAPI aku tetap berpegang bahawasanya KAU akan menurukan ujian kepada umatMU mengikut kemampuan mereka…
InsyaAllah akan aku LAKSANAKAN…

Ya Rabb…
Aku harap KAU berikan aku pertunjuk
Agar mudah aku bezakan antara HAK dan BATHIL
Agar aku tidak jauh hanyut ketinggalan oleh mereka
Biarkan KAMI jalan seiringan
Biarkan KAMI lalui bersama atas DASAR KASIH SAYANG antara kami
Sesungguhnya KASIH SAYANG itu mengatasi segala2nya…

Sungguh besar NIKMATMU ya Allah…
HambaMU ini masih tidak mampu menilainya..
Sungguh Alpha dengan nikmat DUNIAWI..
Kadang leka dan melupakanMU…
Tapi syukur kerna KAU masih beri sisa KASIH SAYANGMU itu
Hingga aku temui pintuMU..
Hanya belum mampu ku jumpa kunci untuk melaluinya…
Jangan KAU jauhkan diriMU dari ku ya Rabb…
Aku takut….. Kerna aku tahu KAU sahaja yang akan membantu aku..
Mengharungi segala pancaroba dunia…

Jasad dan sifatku bersatulah
Agar mampu kau membawa GERAK dunia
Membangkitkan semangat…

~LA~
Moga semuanya akan menjadi mudah... Pelengkapan diri, semangat, sifat2 mulia... 





"Pemuda KAHFI"
Dimana dicari pemuda Kahfi
Terasing demi kebenaran hakiki
Dimana jiwa pasukan Badar berani
Menoreh nama mulia perkasa abadi


Umat melolong di gelap kelam
Tiada pelita penyinar terang
Penunjuk jalan kini membungkam
Lalu kapankah fajar kan datang



Mengapa kau patahkan pedangmu
hingga musuh mampu membobol betengmu
Menjarah menindas dan menyiksa
Dan kita hanya diam sekedar terpana



Bangkitkan negri lahirkan generasi
Pemuda harapan tumbangkan kedzaliman



Wajah dunia Islam kini memburam
Cerahkan dengan darahmu
Panji Islam telah lama terkuali
Menanti bangkit kepalmu



Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Saturday, November 19

::Zaara Arissa::


Ni la anak buah LA yang ke 7, Anak kepada adik LA yang kawen bulan 2 lepas, subur sungguh..... huhuhuhuhu, bertambah2 sudah keturunan Hj Aziz ni, hihihihihi, bertambah la duit raya tahun depan... tak pe tak pe, meriah lagi la rumah bonda salmah.... weeeeeeee

Namanye Zaara Arissa.... tak dapat nak tgk lagi, pic ni pun adik LA yang MMS, ngeeeee... tak sabar nak picit pipi dia.... Arissa lahir pada 17.11.2011... sepatutnye due dia 11.11.11, tapi terlebih plak, hahaha, tak pe la, belum tiba waktunye... so mamaChiq doakan Arissa jadi anak yang baik dan patuh pada kedua ibu bapa dan pada agama ye sayang....

hug n kiss dari mamaCHiq, 2 minggu lagi mamaChiq balik bawa hadiah ye...
=)

** LA mmg suka baby... masa anak buah yg pertama LA yang jadi baby sitternye... weeee, rindu nak belai baby ni, bau minyak telon sgt best.... ngeeeeeeee..

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Friday, November 11

::11.11.11::


Wow.... it's date of 11.11.11
hari ni gelap la usia LA 28 tahun 10 bulan, hihihihi, 11.1.11 genap 28 tahun kan kan kan, so LA really like no 11 coz no ni selalu je wujud dalam hidup LA... :) dulu masa join sport kat sekolah, jersi pun mesti no 11 gak tau... uols ader??? tak de kan... weeeeee

ape yang bestnye tarikh ni erk?? tak de pun sgt
tapi...... yang bestnye tarikh ni pada hari jumaat yang mulia
penghulu segala hari... Alhamdulillah
LA harap semoga di hari yang mulia dan tarikh yg best ni kita semua melalui satu hari yang indah... nak2 pagi2 lagi hujan rahmat turun kat kl ni... Alhamdulillah dan hari ni mendung dan tenang je rasanya... :)

dalam masa yang sama perjalanan kita masih panjang... kita harus terus melangkah, berlari, meredah semua di depan... Jgn gentar sebab ALLAH sentiasa ada di sisi kita... bergaullah dgn org2 yang baik sebab sudah tentu kita pun akan ikut kebaikan mereka.. tu la lumrah hidup manusia, senang terpengaruh dengan gaya hidup orang sekeliling, so kena la pilih org yg betul2 ye... kalau dari awal dapat kawan yg kita rasa boleh menjatuhkan kita so elak2kan ler, tapi jgn lak tidak bersahabat langsung kerna sesuatu yg hadir tu semuanya baik... pegang lagi satu pegangan hidup....

"Allah tidak akan memberi apa yang kita kehendaki begitu sahaja... Tapi DIA pasti akan memberi apa yang kita perlukan... " 

igt tu ye... so jgn selalu menuding jari dan menyalahkan sesiapa sebab semua tu adalah ketentuhan ILLAHI... siapa kita untuk menghukum hamba Allah... siapa kita utk mengatakan tentang keburukan seseorang tu... huhuhuhu, sebenarnya banyak nasihat utk diri sendiri.. kena la selalu bercakap pada diri sendiri, betul ke tidak apa yang kita buat... :).. tak boleh hanya nak mengharapkan org lain utk mengingatkan kita sentiasa kan kan kan....

So, akhir sekali LA harap start from today, hidup LA akan makin baik dan semakin meningkat pencapaian hidup LA... Atas niat kasih sayang hidup di dunia ni... Kasih sayang kepada Allah dan kasih sayang kepada semua makhlukNYA... Terima kasih kepada mereka2 yang sentiasa memberi ruang kepada LA untuk menebus kesilapan masa lalu... sesungghuhnya pintu taubat tu sentiasa terbuka untuk org2 yang ingin membetulkan diri sendiri....

Amin....

** Ada orang kata LA tak tahu apa2... Kalau LA tau mesti rasa tak mau hidup lagi... hihihihi... tapi tak pe... LA terima semuanya walau LA di gelar pompuan "DESPERATE"... org yg tak leh nak terima kenyataan dan takdir Allah je akan bercakap macam tu... =), bak kata "dia" la  tak payah di layan org giler ni nanti kita pun giler sama.... kui kui kui kui... Pada LA pulak apa yang lepas kita biarkan je... apa yang penting kita kena lihat ke depan.. Yang lepas tu kita jadikan pengajaran untuk bina hidup masa akan datang... tak guna nak bertikam lidah, tak guna nak tunjuk sape salah sape betul... so apa yg salah kita betulkan dan apa yg betul kita teruskan je... tak de masa nak jaga hati org lagi sebab bila kita jaga dia pijak kepala la plak... so lebih baik diam je... tapi tgk dia dah hepi je sebab ade secret admirer.. Alhamdulillah... semoga bahagia hendaknye... biar LA yang desperate n Incik AD yang sengal ni terus ngan desperate n sengal kami ni... thanks... =)



Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Tuesday, November 8

::BZZZZZZZZZZZZZZZ::

Salam uols..
lama giler rasanye tak meng'update' blog ni... adehhhh... RINDU sudah... So bz dengan kerja-kerja di ofis di tambah plak dengan kerja2 pertubuhan yang baru nak bermula ni.. LA bertindak sebagai AJK yang dilantik sebagai Setiausaha Kerja... So tau2 je la kerjanye bagaimanakan.. Nak buat minit mesyuarat la, nak buat surat kepada Menteri la, Kertas Kerja dll lain.... 

fuhhhhhh... giler byk kerjanya... tapi LA hepi n gembira buat semua ni walau kena memberi tumpuan yang penuh dan mengorbankan masa yang byk... dan terpaksa pindah ke USJ, Subang sedangkan bekerja di KL... hihihihi, bukan mudah nak berjaya kan... Bukan senang nak naikkan satu Badan Bukan Kerajaan atau kita panggil NGO yang mampu berdiri di atas kakinya sendiri.. LA sendiri baru je terjebak dalam dunia ni, semua ni gara2 bercinta dengan Incik AD ler... hihihihi, tapi pape pun LA berterima kasih pada dia sebab dia la LA dapat satu pengalaman baru dan satu perkara yang x pernah terpikir oleh LA utk involve langsung. Namun LA lakukan semua ni atas dasar kasih sayang sesama manusia. Atas dasar ingin membantu mereka yang memerlukan. Sudah tiba masanya kita bukan hanya memikirkan diri sendiri dan lebih memikirkan manusia sejagat. Jika LA tidak mampu utk memberi dari segi wang ringgit rasanya keringat, masa dan gunakan kelebihan yang ALLAH berikan ini sudah cukup rasanya dari tidak membantu langsung... dan kini bukannya masa utk menyalah dan menuding jari kepada orang, sekarang adalah masanya utk membina hidup sendiri.. 

Mai LA cerita serba sedikit bagaimana terjebaknye LA dalam dunia ni... =)...
Starting dengan hanya teman Incik AD buat latihan Bangsawan Siti Zulaikha di TNB bangsar bulan Jan 2011 yang lepas la. Hehehehe, from there LA jumpa ramai kawan2 baru.. Bayangkan ler dok kl dah 4 tahun tapi tak de kawan... kih kih kih kih.. yang LA tau pi keje balik keje.. tu je la kejenye... Dari sana kenal ramai kawan then berkawan2 la dalam FB, then Incik AD add LA dalam teater group, so from there LA ni yang mmg suka pot pet pot pet ni di terima dan akhirnya terjebak la dalam dunia teater ni walaupun tak pernah berlakon lagi, kih kih kih kih, rasanye tak de talent, soh menari insyaAllah mmg boleh... :)

So tetiba LA jadi la salah sorang AJK dalam Persatuan Kebudayaan Suara Alam... kemudian terjebak ngan Pertubuhan Badan Teater, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (BATEK). Apa yang cuba BATEK ketengahkan adalah produk kebudayaan, kesenian dan warisan dalam pelancongan. Tu plan yang pertama la... =)... nak tau lebih lanjut tunggu la ye sebab benda ni baru 1st step.. so byk lagi step2 yang nak kena langkau... weeeeee..

So uols please doakan Pertubuhan ni berjaya ye.. Kami harap pertubuhan akan jadi satu badan NGO yang di segani dan menjadi contoh kepada NGO2 yang lain. 

Ni adalah logo BATEK... created by Mr. Yun Arjuna.. LA sgt suka ngan logo ni.. =)


Profile Batek.

**Teringat kata-kata nasihat dari Busu Ali pada malam hari raya haji yg lepas.... "Kita kena ingat dan jangan sekali2 merendahkan seseorang tu atau mempersendakan mereka hanya kerana mereka pernah menyakitkan hati kita atau mereka tidak punya apa-apa. Mungkin suatu hari nanti, mereka diberikan Allah kesenangan dan kemuliaan yang lebih dari kita dan akhirnya mereka inilah yang hadir membantu kita ketika kita sedang tersungkur jatuh... 
~apa yang penting niat kita hanya Allah sahaja yang tahu, hal-hal yang merosakkan tu leh la campak ke bakul sampah sebab tak mendatangkan apa2 faedah pun dalam hidup ni... jangan biarkan diri kita disakiti walau sedikit oleh mereka2 yang tidak puas hati dengan kita kerana mereka tiada hak  utk itu walau sebesar zarah pun... =)



Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...