About Me

My Photo
Hidup ini satu pencarian. Aku sentiasa mencari tanpa pernah jemu. Terlalu banyak ilmu Allah yg tak mampu dan kdg2 tak tejangkau oleh fikiran. Carilah, dan kau akan temui jawapannya.....

Saturday, November 19

::Zaara Arissa::


Ni la anak buah LA yang ke 7, Anak kepada adik LA yang kawen bulan 2 lepas, subur sungguh..... huhuhuhuhu, bertambah2 sudah keturunan Hj Aziz ni, hihihihihi, bertambah la duit raya tahun depan... tak pe tak pe, meriah lagi la rumah bonda salmah.... weeeeeeee

Namanye Zaara Arissa.... tak dapat nak tgk lagi, pic ni pun adik LA yang MMS, ngeeeee... tak sabar nak picit pipi dia.... Arissa lahir pada 17.11.2011... sepatutnye due dia 11.11.11, tapi terlebih plak, hahaha, tak pe la, belum tiba waktunye... so mamaChiq doakan Arissa jadi anak yang baik dan patuh pada kedua ibu bapa dan pada agama ye sayang....

hug n kiss dari mamaCHiq, 2 minggu lagi mamaChiq balik bawa hadiah ye...
=)

** LA mmg suka baby... masa anak buah yg pertama LA yang jadi baby sitternye... weeee, rindu nak belai baby ni, bau minyak telon sgt best.... ngeeeeeeee..

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Friday, November 11

::11.11.11::


Wow.... it's date of 11.11.11
hari ni gelap la usia LA 28 tahun 10 bulan, hihihihi, 11.1.11 genap 28 tahun kan kan kan, so LA really like no 11 coz no ni selalu je wujud dalam hidup LA... :) dulu masa join sport kat sekolah, jersi pun mesti no 11 gak tau... uols ader??? tak de kan... weeeeee

ape yang bestnye tarikh ni erk?? tak de pun sgt
tapi...... yang bestnye tarikh ni pada hari jumaat yang mulia
penghulu segala hari... Alhamdulillah
LA harap semoga di hari yang mulia dan tarikh yg best ni kita semua melalui satu hari yang indah... nak2 pagi2 lagi hujan rahmat turun kat kl ni... Alhamdulillah dan hari ni mendung dan tenang je rasanya... :)

dalam masa yang sama perjalanan kita masih panjang... kita harus terus melangkah, berlari, meredah semua di depan... Jgn gentar sebab ALLAH sentiasa ada di sisi kita... bergaullah dgn org2 yang baik sebab sudah tentu kita pun akan ikut kebaikan mereka.. tu la lumrah hidup manusia, senang terpengaruh dengan gaya hidup orang sekeliling, so kena la pilih org yg betul2 ye... kalau dari awal dapat kawan yg kita rasa boleh menjatuhkan kita so elak2kan ler, tapi jgn lak tidak bersahabat langsung kerna sesuatu yg hadir tu semuanya baik... pegang lagi satu pegangan hidup....

"Allah tidak akan memberi apa yang kita kehendaki begitu sahaja... Tapi DIA pasti akan memberi apa yang kita perlukan... " 

igt tu ye... so jgn selalu menuding jari dan menyalahkan sesiapa sebab semua tu adalah ketentuhan ILLAHI... siapa kita untuk menghukum hamba Allah... siapa kita utk mengatakan tentang keburukan seseorang tu... huhuhuhu, sebenarnya banyak nasihat utk diri sendiri.. kena la selalu bercakap pada diri sendiri, betul ke tidak apa yang kita buat... :).. tak boleh hanya nak mengharapkan org lain utk mengingatkan kita sentiasa kan kan kan....

So, akhir sekali LA harap start from today, hidup LA akan makin baik dan semakin meningkat pencapaian hidup LA... Atas niat kasih sayang hidup di dunia ni... Kasih sayang kepada Allah dan kasih sayang kepada semua makhlukNYA... Terima kasih kepada mereka2 yang sentiasa memberi ruang kepada LA untuk menebus kesilapan masa lalu... sesungghuhnya pintu taubat tu sentiasa terbuka untuk org2 yang ingin membetulkan diri sendiri....

Amin....

** Ada orang kata LA tak tahu apa2... Kalau LA tau mesti rasa tak mau hidup lagi... hihihihi... tapi tak pe... LA terima semuanya walau LA di gelar pompuan "DESPERATE"... org yg tak leh nak terima kenyataan dan takdir Allah je akan bercakap macam tu... =), bak kata "dia" la  tak payah di layan org giler ni nanti kita pun giler sama.... kui kui kui kui... Pada LA pulak apa yang lepas kita biarkan je... apa yang penting kita kena lihat ke depan.. Yang lepas tu kita jadikan pengajaran untuk bina hidup masa akan datang... tak guna nak bertikam lidah, tak guna nak tunjuk sape salah sape betul... so apa yg salah kita betulkan dan apa yg betul kita teruskan je... tak de masa nak jaga hati org lagi sebab bila kita jaga dia pijak kepala la plak... so lebih baik diam je... tapi tgk dia dah hepi je sebab ade secret admirer.. Alhamdulillah... semoga bahagia hendaknye... biar LA yang desperate n Incik AD yang sengal ni terus ngan desperate n sengal kami ni... thanks... =)



Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Tuesday, November 8

::BZZZZZZZZZZZZZZZ::

Salam uols..
lama giler rasanye tak meng'update' blog ni... adehhhh... RINDU sudah... So bz dengan kerja-kerja di ofis di tambah plak dengan kerja2 pertubuhan yang baru nak bermula ni.. LA bertindak sebagai AJK yang dilantik sebagai Setiausaha Kerja... So tau2 je la kerjanye bagaimanakan.. Nak buat minit mesyuarat la, nak buat surat kepada Menteri la, Kertas Kerja dll lain.... 

fuhhhhhh... giler byk kerjanya... tapi LA hepi n gembira buat semua ni walau kena memberi tumpuan yang penuh dan mengorbankan masa yang byk... dan terpaksa pindah ke USJ, Subang sedangkan bekerja di KL... hihihihi, bukan mudah nak berjaya kan... Bukan senang nak naikkan satu Badan Bukan Kerajaan atau kita panggil NGO yang mampu berdiri di atas kakinya sendiri.. LA sendiri baru je terjebak dalam dunia ni, semua ni gara2 bercinta dengan Incik AD ler... hihihihi, tapi pape pun LA berterima kasih pada dia sebab dia la LA dapat satu pengalaman baru dan satu perkara yang x pernah terpikir oleh LA utk involve langsung. Namun LA lakukan semua ni atas dasar kasih sayang sesama manusia. Atas dasar ingin membantu mereka yang memerlukan. Sudah tiba masanya kita bukan hanya memikirkan diri sendiri dan lebih memikirkan manusia sejagat. Jika LA tidak mampu utk memberi dari segi wang ringgit rasanya keringat, masa dan gunakan kelebihan yang ALLAH berikan ini sudah cukup rasanya dari tidak membantu langsung... dan kini bukannya masa utk menyalah dan menuding jari kepada orang, sekarang adalah masanya utk membina hidup sendiri.. 

Mai LA cerita serba sedikit bagaimana terjebaknye LA dalam dunia ni... =)...
Starting dengan hanya teman Incik AD buat latihan Bangsawan Siti Zulaikha di TNB bangsar bulan Jan 2011 yang lepas la. Hehehehe, from there LA jumpa ramai kawan2 baru.. Bayangkan ler dok kl dah 4 tahun tapi tak de kawan... kih kih kih kih.. yang LA tau pi keje balik keje.. tu je la kejenye... Dari sana kenal ramai kawan then berkawan2 la dalam FB, then Incik AD add LA dalam teater group, so from there LA ni yang mmg suka pot pet pot pet ni di terima dan akhirnya terjebak la dalam dunia teater ni walaupun tak pernah berlakon lagi, kih kih kih kih, rasanye tak de talent, soh menari insyaAllah mmg boleh... :)

So tetiba LA jadi la salah sorang AJK dalam Persatuan Kebudayaan Suara Alam... kemudian terjebak ngan Pertubuhan Badan Teater, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (BATEK). Apa yang cuba BATEK ketengahkan adalah produk kebudayaan, kesenian dan warisan dalam pelancongan. Tu plan yang pertama la... =)... nak tau lebih lanjut tunggu la ye sebab benda ni baru 1st step.. so byk lagi step2 yang nak kena langkau... weeeeee..

So uols please doakan Pertubuhan ni berjaya ye.. Kami harap pertubuhan akan jadi satu badan NGO yang di segani dan menjadi contoh kepada NGO2 yang lain. 

Ni adalah logo BATEK... created by Mr. Yun Arjuna.. LA sgt suka ngan logo ni.. =)


Profile Batek.

**Teringat kata-kata nasihat dari Busu Ali pada malam hari raya haji yg lepas.... "Kita kena ingat dan jangan sekali2 merendahkan seseorang tu atau mempersendakan mereka hanya kerana mereka pernah menyakitkan hati kita atau mereka tidak punya apa-apa. Mungkin suatu hari nanti, mereka diberikan Allah kesenangan dan kemuliaan yang lebih dari kita dan akhirnya mereka inilah yang hadir membantu kita ketika kita sedang tersungkur jatuh... 
~apa yang penting niat kita hanya Allah sahaja yang tahu, hal-hal yang merosakkan tu leh la campak ke bakul sampah sebab tak mendatangkan apa2 faedah pun dalam hidup ni... jangan biarkan diri kita disakiti walau sedikit oleh mereka2 yang tidak puas hati dengan kita kerana mereka tiada hak  utk itu walau sebesar zarah pun... =)



Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Sunday, September 25

.:OpEn HoUsE & BaNgSaWaN:.

Semalam LA dan keluarga Alam pi la open house kat Desa Idaman, Puchong, umah salah sorang keluarga Alam jugak la (kak BB @ Kak Azlina Idris).... hihihihi, mmg saje je kosongkan perut semalam (makan maggie je utk alas perut... weeeeeee).. tiba kat sana  hampir jam 7 malam gak la, jammed macam haremmmmmm je.. tak tau la bila la kl selangor ni nak reda dari jammed (walaupun tau takkan reda punya, hahahahha).. sampai2 je terus melantak tak hengat... hahahahha, 1st mkn mihun goreng + rendang daging yg best... then makan laksa johor la... AWESOME!!! mmg fovarite LA tu weiii... hihihi, tapi makan tak leh manyak2 ler... sebab ngah diet kan, so amik sket2 je... huhuhuh (menjadikan cara diet LA tu... kui kui kui kui)

Ni la kawasan umah DD, class nyah umah dia, dah macam masuk resort je LA rasa... hihihihihi... 

2 orang sengal ni pun ikut gak, si sopi n si wan suci, tak de dorang tak happening ler.... paling kesian si sopi la selalu je jadi bahan, hahahha, ade minat ka sama ini sopi, dia ngan mencari2 pasangan hidup ni.... (LA promote hang sopi oiiiii)

Kena park kat luar sebab pak guard bangla depan tu tak bg masuk, hihihihi, so pi bakau lemak jap... tgk si sopi ni kalau amik gambo asyik kontrol macho je, hampeh tol... weeeeeee

hahahaha, abg din tahan silau... memanco2 umah kak BB, merah mak ngah...


kelaparan... kui kui kui kui


Mengada2 depa ni, hahahha, kunun2 mau kasi Incik AD jeles... hahahah


kalau tang mengepos ni, bg je la pada kami... weeeeee


____________________________________________________________

pas dah habis melantak n org semakin ramai membanjiri rumah kak BB kita org pun mengundurkan diri utk ke destinasi seterusnya... Panggung Dewan Bandaraya Kuala Lumpur utk menyaksiakan Bangsawan Malim Deman... ayahanda SY penolong pengarah dalam show ni, so we all sebagai keluarga alam yg mmg terikat dgn tali persaudaraan yg sgt kuat takkan melepaskan peluang utk menyaksikannya... memberi sokongan yang tidak berbelah bagi...



Sepanjang hampir 8 bulan LA bersama2 keluarga alam ni lah 1st time LA jejakkan kaki tgk teater kat sini... hihihihi, org barukan...  kiranya ni kali ke 3 LA tgk teater, mula2 LA di dedahkan ngan Bangsawan Siti Zulaikha, masa tu pun sebab Incik AD involve sekali... so agak dah tau la macam mana bangsawan sebenarnya... =) (tapi tak secara keseluruhan ler... )

kalau biasa tgk bangsawan mesti tau permulaan akan di mulakan dengan "Taukeh Panggung"...  depa ni akan menghiburkan la ketika produksi sedang menukar satu babak ke satu babak kat atas pentas.. cuma kali ni tak tau kenapa taukeh panggung keluar sekali je, hihihi, sebab masa tgk siti zulaikha dulu byk kali depa kuar, mayb LA lom tau bagaimana bangsawan ini bermain sebenarnya... hopefully BATEK akan menganjurkan satu Bangsawan nanti n LA nak jadi antara mereka yang bekerja di belakang tabir... weeee, tak sabar je rasanya... 



Inilah adalah antara scene2 dalam Bangsawan Malim Deman. Maaflah kualiti gambo tak bape nak bagus, guna camera murah je, kui kui kui kui...LA tak berani nak comment manyak2, hahahahaha, LA bukan the person yg tau sgt pasal bangsawan ni... tapi oleh kerana LA dah tgk Bangsawan sebelum ni LA boleh katakan produksi ni belum betul2 dapat menunjukkan bangsawan yang sebenarnya, dan para pelakon sebenarnya kena byk sgt buat homework pasal bangsawan ni sebab bangsawan ade nilai komersialnya tersendiri.. Setiap percakapan dan gerak ada maksudnya tertentu. Adab sebagai seorang Raja, Permaisuri, Puteri, Putera, dayang, inang, pembesar2... semua kena buat byk homework... walaupun seorang anak raja sedang marah keadaan nya terkawal dan cara marah org2 bangsawan ni bukan pada gerakan tapi pada perucapan yg sinis tapi dalam tapi tetap dalam nilai2 kelembutan itu masih ada... hihihihi, itu yg LA lihat ada pada Bangsawan Siti Zulaikha la... hihihi, so LA leh bg 3bintang dari 5 la citer Bangsawan Malim Deman ni...





Ni la aksi2 kami lepas nonton, mesti nak ngepos... hihihi, yg tengah tu la Pengarah Bangsawan ni, En Roslee Mansor.... dah macam amik sijil pun ada LA tgk, hihihihi.. Inilah kami keluarga Suara Alam, sentiasa bersama ke mana je..

Apa2 pun tahniah kepada produksi JKNN Negeri Sembilan... Yang penting ade peningkatan dalam persembahan sebelum ni.. otu yg terbaik... so lepas ni sama2 la kita Semarakkan Bangsawan... 


**mana incik AD erk, hihihi, dia tak ikut sekali sebab dia ada urusan keluarga yang perlu di dahulukan... =)

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Friday, September 23

.: LA & Tarian:.

Salam uols...
wink... wink.. wink... O~0
Hari ni ape story LA ye... its about dance n me.... weeeeeeeeee
Actually dari kecik lagi mmg suka menari cuma tak de peluang je... hihihi, dah besar panjang ni baru la peluang tu mai (badan pun besar gakzzzz) hihihihihihi.... dapat menari plak bawah arahan pengarah teater terhebat... ayahanda Shukor Yun... kui kui kui kui (gelak ayahanda ni..) mmg masak ler.... hihihi, kisahnye bermula pabila saudara Adi Kencara dari PK1M minta ayahanda utk buat kerja amal utk anak2 yatim... so LA ni mai umah Alam saje2 je ngan tak de rasa mau join pape pun sekadar memberi sokongan moral.. sekali kena baca script reading ler... tajuk tabloraman tu Selaut Doa Segunung Restu (SDSR).. pas baca script reading tak sangka plak lontaran suara LA tu boleh tahan jugak ye.. weeee... dan dari sini la bermula la kehidupan LA bersama keluarga Suara Alam...

Sejak tu LA selalu la turun usj buat latihan.... mak aiiii.... 1st time latihan LA tdo umah anak ayahanda.. umah kak eja... kak eja ni mmg menari sejak kecik lagi, so dia la yang akan amik semua step tarian.... biar LA citer sket apa tu tablorama ye.... Tablorama ni adalah satu pementasan teater yang menggabungkan semua element, nyanyian, tarian, sajak, lakonan.... cukup kot sekadar tu je citernye... hihi

sambung pasal tarian tadi... perghhhhh..... mmg menguji sungguh la menari ngan ayahanda ni... masa mula2 LA pernah menari selama 14 jam, stop utk makan sekejap n perkara2 tertentu je, then sambung... huhuhu, bayangkan la, urat2 mana yg bertahun2 dah bersimpul tu nak bg dia lembut.... alamatnya keesokkan harinya ramai antara kami yg demam2 dan sakit urat... hahahahaha, tapi semangat LA tetap di teruskan.... hahahha, tapi sayangnya show tu tak dapat di teruskan... hampa.... tapi kalau dapat di pentaskan mmg best la.... harap akan ada la peluang utk SDSR di pentaskan nanti.

Andai kerjayaku dirempuh badai dan surut seketika,itu tandanya bisikan hati tidak sampai ketelingaku utk mendengar "Komitmen dan keinginan mengalahkan segalanya"

Hadirku bukan bertujuan utk membentuk kalian menjadi pelakun melainkan membimbing agar dapat mengenali diri dalam memahami dan menikmati setiap gerak. Bergerak seperti ombak, ombak yg bergerak dari tengah laut tidak akan berhenti sampai menemui pantai, dia tidak jemu utk terus bergerak dan terus bergerak sampai pecah d pantai.

Bagiku, Masa latihan adalah masa berpuasa sedangkan pertunjukan adalah hari raya... . Ini bukan jenis kegiatan yang bolih dilakukan sendirian, melainkan bersama sama. sambil berlatih kita belajar utk jujur, Belajar jadi pendengar yang baik, belajar utk tidak membiarkan org lain menanti kita, Belajar juga untuk menghargai pendapat org lain ...meskipun ada perbezaan pendapat dengan peribadi
~Ayahanda SY~

Sedeynya ayahanda (T_T)
Untuk menebus kesedihan tu ayahanda cari alternative lain dan kami membuat persembahan utk Kempen Senyum kat Nation Wide Service di Shah Alam... hihihi, lagu nya adalah lagu SENYUM n Warisan... hahaha, my 1st show... giler seh..... silalah tgk gambo2 yg tak seberapa kat bawah ni ye.... hihihi


Inilah org2 yang terlibat dan penyokong2 setia keluarga Alam yang tak pernah jemu memberi sepenuh perhatian dan keringat utk menjayakan satu show. Bukan nama, bukan wang ringgit, tapi ikatan persaudaraan itu yg membuatkan kami sgt bahagia utk berkarya.. cewahhhhhh..... =)


Kami si penari-penari, pakai baju nation wide lagi ko... korang ader?? tak de kan kan kan.... hahahahaha..... shame shame ler.... huhuhuhu


Barisan pelakon dan penari.....  serius mmg best menari... pas tak menari rasa gian la plak.. hihihihihi

Lepas show ngan nation wide ni ayahanda panggil lagi utk show org kawin dan show majlis makan bersama producrion teater Bangsawan Siti Zulaikha..... tak moa citer byk la sila la komen dan tgk je gambo2 ni ye.... weeeeeeeeeeeee

hah... amik ko siap promote lagi, nama LA plak tu dema letak.... hahahahaha... kalau korang rasa nak panggil kami menari tak de hal, bgtau la, kami pasti beri yang terbaik punya... weeeeeeeeee......

weeeeeeeeee.... Bangga bersama korang....

The best team ever....... LA tak pernah la jumpa satu team macam ni kuat punya silaturrahim... huhuhuhuhu, kita org 10 org menari, tapi yang mai bape byk org sbg penyokong.....

Sempat lagi inter frame ngan abg Nash.... weeee... tumpang glamour sat no....

Damn!!!! suka giler sama ini gambo... terima kasih pada Incik AD sebab jadi photographer kami yang tak berbayor.... huk huk huk... show ni kita org buat kat bangunan kastam petaling jaya bulan July lepas.... =)




NEXT Show Please!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! =)

Ni show kat Damansara plak.... Please Watch out..... yeah!!!!


Kami 1 Malaysia... yeah!!!!!! Suka suka suka pic ni... Nice kan kan kan...


5 Pahlawan Unggul 
Tuah, Jebat, Kasturi , Lekir dan Lekiu

Pemudi- Pemudi Kahfi.... =)

Pemuda-pemuda Kahfi

Lagi gambo best!!! Thanks to acik..... =)


Jeng Jeng Jeng..........!!!! Mau tgk video tarian we alls ke???? hihihihi, shame2 la tapi bagi jugak ler.... hahahahaha
tadaaaaaaaaaa..... jgn gelak2 ye.... huhuhu

ni tarian pengantin, masa pengantin baru bersanding, nebes ooo, tu satu hal, atas stage tu plak pi letak kain satin... hahahha, masak ler.... mmg kena jaga2 langkah tu kalau idak jatuh tergolek la kami atas tu...... huh...

hahahaha, yang ni tak leh blah...... ngeeeeeeeeeeeee.....

ni la tarian paling LA suka sekali.... hihihihi, dah la lagu sgt makan dalam ke sanubari... weeeeee


Setakat tu je la LA & Dance wat masa ni, pas habis show ni we ols rest utk bulan pose... tak tau la pas ni kalau ada show lagi kan kan kan.... badan ni dah dok gerak2 mintak menari lagi ni... rindu sudah....

Opppppppssss.... SEKEJAP ye uolssssss........

Ada sket pengumuman ni... hihihihihi

Kami dari Pertubuhan BATEK 1 Malaysia
mengalu2kan pendaftaran kepada sesiapa sahaja yang berminat menjadi ahli di seluruh Malaysia..


Pertubuhan telah di tubuhkan pada 12hb Ogos yang lepas seperti yang tercatat dalam sijil pendaftaran dan di jangka akan bergerak selepas raya ini. Kami telah mempunyai AJK induk dan ajk2 di 3 buah negeri... Kuala Lumpur, Kedah dan Negeri Sembilan Seterusnya target kami utk seluruh Semenanjung Malaysia seta Sabah Dan Sarawak... 
Jika ada yang berminat boleh la hubungi LA terus ye.... weeeeeeeeeeeeeee

14 Negeri
1 Matlamat

Apakah ANDA yang kami cari??
#Kami mencari persahabtan yang bagai kiambang yang bertaut..
#Yang kami cari HAWA yang membawa rahmat..
#Yang kami cari dapat duduk satu meja, satu tekad, satu matlamat dan satu tujuan...

SERTAILAH SEKARANG!!!!

~Seni Itu Indah~


Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Thursday, September 22

.:We Are HaPpY FaMiLy:.

Salam uols....
=) smile always ya... terapi utk awek muda... kih kih kih
Hari ni nak citer pasai family LA... Rindunya la kat dorang ni pulak aiiii... sebenarnye baru je kol mak tadi, tu yang idea nak citer pasal family ni mari... oklah tak moa buang2 masa terus citer org yang paling LA sayangi.... weeeeeeeeeeee... of coz la my beloved mother... THE BEST MOTHER IN THE WORLD... Bonda Salmahku..... (*_*) weeee
Bonda Salmah wif my bongsu sista Deq Ayien.... manja sgt ni ngan mak LA, sampai dia kata  teratak bonda Salmah tu rumah dia nanti... kih kih kih kih.. ape2 je la Deq Ayien.... now kat kg dia la jaga mak, tak tau la next year cam ne kalau pas SPM nanti dia pi sambung belajar, tinggal la bonda Salmah kat umah sorang2.... huhuhuhuhu....

Tu si kakak Era... now study office management kat kolej shah putra, Kuantan...  dok usha LA belikan dia high heel sebab lecturer soh mai class kai high heel, hihihihi, LA cakap dapat dekan dulu baru belikan... u need something so u should pay la kan.... saje bg semangat... kat sebelah tu LA yang gemuk ni la, adehhhh... mau kurus balik ni....

Sweet couple... ho yeahh!!!!! My eldest sista wif her hubby.... comel tak 2 2... hihihihihi... Kak Long LA sekarang dok kat Seri Kembangan... keje as Grafic Designer... manyak cerewet punya olang... tapi sgt sayangkan adik2 dia... weeeee.... Abg ipar the best in the world.. so lepas Arwah ayah LA takde along n abg ipar la byk main peranan if ada masalah2 dalam family.... depa dah kawen more than 10 years... dah ade 3 org anak... 2 boys n i girl... watch out!!!! budak 3 org ni suka buli mamaChiq dia (LA=mamaChiq, kih kih kih , comel tak panggilan tu??)

Ni dia 3 org anak2 buah LA yang comel2 Qistina Qaisara, Faris Danish & Izz Mirza Razin....


Ni Family Kak Ngah plak... 3 org gak anak dia, Camilia Batrisya, Akila Adriana & last Mohd Adam Rayyan... Kalau semua anak2 buah ni mai umah Ibu Salmah rasa cam nak roboh je umah tu di buat dorang.... tapi bila cam ni dok rindu plak kerenah n telatah dorang... kih kih kih kih.... pape pun mamaChiq sayang uols k..... muahhhhhh...

Ziel n her hubby... adik LA pun dah kawen, kena la langkah bendul LA ni, tak pe la, dah jodoh dia mai dulu, so kita percepatkan je la kan kan kan... utg dapat la cincin emas sebentuk... weeeeeeeee... ngah tunggu kelahiran anak buah seterusnya bulan 11 ni... riuh lagi la teratak bonda Salmah nanti..




Ermmmm tu la cerita serba sedikit pasai family LA... Arwah ayah pi tinggalkan kami masa LA baru je nak mula hidup cari duit... tapi Alhamdulillah mmg dari LA kecik lagi arwah ayah mmg ajar LA tuk berdikari... So dari pas sekolah LA terus tak moa buang masa keje, dapat duit sendiri.. syok tu.. beli je apa suka, then sambung belajar kat universiti, bila cuti semesta mmg tak suka dok umah, bosan, pi keje, tak kisah la keje kedai makan pun janji masa tak terbuang n duit masyuk.. hihihi...

Alhamdulillah setelah dekat 5 tahun dok kat bandar Kuala Lumpur yg penuh pancaroba ni nampak la perubahan demi perubahan dalam hidup ni... kalau tak berubah2 buang maso la den dok sini... hihihi, so wish me gud la ye uols.... hidup panjang lagi nak tempuh ni... hahahahaha.....

**Ye.... adik beradik LA semua perempuan u... tak de lelaki pun.... =)

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Wednesday, September 21

.:Tgk Movie Vs timbang berat:.

Khamis lepas LA n Incik AD kuar la menghiburkan hati selepas 3 hari di himpit satu masalah yang boleh di katakan agak besar la sepanjang 8 bulan hubungan kami ni.... Thank GOD sebab semua settle dgn cara baik... sib baik LA tak melatah n Incik AD plak mmg tip top mengawal keadaan....  n dia cool je kan kan kan.....

ok la lupakan kisah yg tak best tu... hihihihi, so we all pi la Wangsa Walk, mana lagi tu je la tempat we alls selalu pi kalau nak tgk wayang.... So target movie hari tu sebenarnya nak tgk citer Final Destination 5 tapi full la pulak, so time tak de Incik AD bg cadangkan tgk la citer NASI LEMAK 2.0, LA ikutkan je la... weeeeeeee


LA tak amik port sgt pasal citer2 movie ni, tapi Incik AD cakap citer ni mmg citer budget la. Cerita dari NAMEWEE. Korang kenal tak dia ni, kalau tak biar LA story sket pasal dia ni. Namewee ni pernah kontroversi dengan lagu dia yg dia upload dalam youtube pasal dia menghina lagu NEGARAKU dulu.... hahhhhhh... dah igt dah... hihihi, ni la orgnye yang buat citer ni dan dia jugak la jadi hero dalam citer ni...

Komen LA pasal citer ni plak.... THUMBS UP la pada namewee sebab boleh menghasilkan satu cerita berkisar 1 Malaysia...jalan cerita dan msg yang dia nak sampaikan tu mmg agak makan dalam la.... weeeeeeee... tabik spring la Namawee...

LA bg sinopsis sket ye...
Kisah dia pasal Chef Huang (Namawee), pelajar jurusan masakan dari China. Dia sangat bangga dengan sijil dan kejayaan yg dia bawa dari China la, tapi bila sampai kat M'sia ni dia menghadapi satu masalah bagaimana nak majukan perniagaan restoran dia kat sini.. huh... payah tol... sampai la satu ketika tu, ada seorang perempuan ni (anak kepada tauke restoran yang lain ler tapi) ngah cari sorang tukang masak utk bertanding on behalf ayah dia utk dapatkan kembali restoran ayah dia.. dalam dia cuba utk buat macam2 utk ubah hidup dia, sorg nanny ni hulurkan dia sebungkus nasi lemak pada dia... nasi lemak tu plak di jual seorang akak tu yg dia mmg anti giler la sebab tiap2 pg org beratur panjang giler nak beli nasi lemak dia, pas dia ngap je nasi lemak tu.... perghhhhhhh.... rasa dia teramat la sedap tak leh nak cakap... so dia amik kesempatan utk belajar wat nasi lemak tu dari akak tu.. eh jap.. akak tu lakonan Cik Adibah noor kita yg comel tu... weeee.. nak belajar tapi sekali dapat peta dahhhh... so dia di kehendaki utk pergi 3 tempat utk belajar buat nasi lemak tu... so bermula la perjalanan dia menimba ilmu dan dalam perjalanan tu macam2 yang dia belajar tentang kehidupan... sampai sini je la ye LA citer, nak tau pi la tgk.... tak rugi la tgk...

Lakonan mantap Afdlin Sauki sebagai seorang suami kepada 4 orang isterinya.

 Kak Adibah Noor yang comel ni memberi impak best dalam citer ni... hahahaha, terbaik la Kak Diba.... suka time aksi potong timun tu... weeeeee.. mantop!!!

Mr. David pun best jugak... hahahhaa.... tak tahan nak gelak time dia pukul Namewee ngan senduk.... hahaha, tapi admire sama itu anak perempuan.. manyak chantekkk.... terpegun kejap...

Masa ending tu berkumandang plak lagu Rasa SAyang version Namewee.. perghhhhh.... LA n Incik AD dan semua penonton tak bangkit lagi dari tempat duduk tu sebab nak tgk lagi... weeee... terbaik la.... LA bg 4/5 la utk anak muda ni... tak salah LA katakan hasil tangan dia leh satu level dgn Arwah Jasmin Ahmad... Go! Go! Go! Namewee....

**pst... pst..
kuar je dari panggung tgk2 we all je melayu... hahhaha, yg lain semua org cina... hahahahaha, tgk la story ni, ade gelak, tawa, sedih, ceria dan macam2 lagi la.... hihihihihi

______________________________________

Habis satu bab pada hari tu.. ni nak citer pasal bab sebelum masuk panggung plak... masa ngah nak tunggu masuk tu kan.. tetiba Incik AD kata nak timbang berat... LA pun rimbang la jugak kan... so result macam kat bawah ni... weeee


Incik AD yang gemuk

Weight : 85.9 kg
Height : 173 cm
Ideal Weight : 56.9kg - 74.8kg
BMI : 28.7
Ideal BMI Range : 19-25


Ni plak Cik LA yang gemuk gak.. weee

Weight : 68.5 kg
Height : 158.5 cm
Ideal Weight : 47.7kg - 62.8kg
BMI : 27.3
Ideal BMI Range : 19-25

adehhhh, ni la org kata pasangan gemuk... kih kih kih... so dari situ kami janji akan timbang kat tempat yang sama pada hujung bulan 12 nanti, sape total lost weight paling byk dia menang n the looser kena denda... dendanye.... jeng jeng jeng.... 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Nak suar jeans LEVI's selai... weeeeeeeeeeeeeeee...
adehhh, jgn i'm the looser sudah ler... so now ngah jaga2 makan ni... hihihihi, no more rice now LA... hihihihihi... so kena sungguh2 ni membuang lemak yang sana sini timbul... hihihihi, doakan ye uols LA menang.... kih kih kih kih...

**actually my target mmg nak cut my fat at least til 60 kg, nak dapatkan badan cam zaman sekolah which is 50 kg rasa cam susah je kan, at least reduce to 60 is all rite for me... so LA just 8.5 kg je.... let's do it now... yeah!!!! 


Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...