About Me

My Photo
Hidup ini satu pencarian. Aku sentiasa mencari tanpa pernah jemu. Terlalu banyak ilmu Allah yg tak mampu dan kdg2 tak tejangkau oleh fikiran. Carilah, dan kau akan temui jawapannya.....

Wednesday, September 21

.:Tgk Movie Vs timbang berat:.

Khamis lepas LA n Incik AD kuar la menghiburkan hati selepas 3 hari di himpit satu masalah yang boleh di katakan agak besar la sepanjang 8 bulan hubungan kami ni.... Thank GOD sebab semua settle dgn cara baik... sib baik LA tak melatah n Incik AD plak mmg tip top mengawal keadaan....  n dia cool je kan kan kan.....

ok la lupakan kisah yg tak best tu... hihihihi, so we all pi la Wangsa Walk, mana lagi tu je la tempat we alls selalu pi kalau nak tgk wayang.... So target movie hari tu sebenarnya nak tgk citer Final Destination 5 tapi full la pulak, so time tak de Incik AD bg cadangkan tgk la citer NASI LEMAK 2.0, LA ikutkan je la... weeeeeeee


LA tak amik port sgt pasal citer2 movie ni, tapi Incik AD cakap citer ni mmg citer budget la. Cerita dari NAMEWEE. Korang kenal tak dia ni, kalau tak biar LA story sket pasal dia ni. Namewee ni pernah kontroversi dengan lagu dia yg dia upload dalam youtube pasal dia menghina lagu NEGARAKU dulu.... hahhhhhh... dah igt dah... hihihi, ni la orgnye yang buat citer ni dan dia jugak la jadi hero dalam citer ni...

Komen LA pasal citer ni plak.... THUMBS UP la pada namewee sebab boleh menghasilkan satu cerita berkisar 1 Malaysia...jalan cerita dan msg yang dia nak sampaikan tu mmg agak makan dalam la.... weeeeeeee... tabik spring la Namawee...

LA bg sinopsis sket ye...
Kisah dia pasal Chef Huang (Namawee), pelajar jurusan masakan dari China. Dia sangat bangga dengan sijil dan kejayaan yg dia bawa dari China la, tapi bila sampai kat M'sia ni dia menghadapi satu masalah bagaimana nak majukan perniagaan restoran dia kat sini.. huh... payah tol... sampai la satu ketika tu, ada seorang perempuan ni (anak kepada tauke restoran yang lain ler tapi) ngah cari sorang tukang masak utk bertanding on behalf ayah dia utk dapatkan kembali restoran ayah dia.. dalam dia cuba utk buat macam2 utk ubah hidup dia, sorg nanny ni hulurkan dia sebungkus nasi lemak pada dia... nasi lemak tu plak di jual seorang akak tu yg dia mmg anti giler la sebab tiap2 pg org beratur panjang giler nak beli nasi lemak dia, pas dia ngap je nasi lemak tu.... perghhhhhhh.... rasa dia teramat la sedap tak leh nak cakap... so dia amik kesempatan utk belajar wat nasi lemak tu dari akak tu.. eh jap.. akak tu lakonan Cik Adibah noor kita yg comel tu... weeee.. nak belajar tapi sekali dapat peta dahhhh... so dia di kehendaki utk pergi 3 tempat utk belajar buat nasi lemak tu... so bermula la perjalanan dia menimba ilmu dan dalam perjalanan tu macam2 yang dia belajar tentang kehidupan... sampai sini je la ye LA citer, nak tau pi la tgk.... tak rugi la tgk...

Lakonan mantap Afdlin Sauki sebagai seorang suami kepada 4 orang isterinya.

 Kak Adibah Noor yang comel ni memberi impak best dalam citer ni... hahahaha, terbaik la Kak Diba.... suka time aksi potong timun tu... weeeeee.. mantop!!!

Mr. David pun best jugak... hahahhaa.... tak tahan nak gelak time dia pukul Namewee ngan senduk.... hahaha, tapi admire sama itu anak perempuan.. manyak chantekkk.... terpegun kejap...

Masa ending tu berkumandang plak lagu Rasa SAyang version Namewee.. perghhhhh.... LA n Incik AD dan semua penonton tak bangkit lagi dari tempat duduk tu sebab nak tgk lagi... weeee... terbaik la.... LA bg 4/5 la utk anak muda ni... tak salah LA katakan hasil tangan dia leh satu level dgn Arwah Jasmin Ahmad... Go! Go! Go! Namewee....

**pst... pst..
kuar je dari panggung tgk2 we all je melayu... hahhaha, yg lain semua org cina... hahahahaha, tgk la story ni, ade gelak, tawa, sedih, ceria dan macam2 lagi la.... hihihihihi

______________________________________

Habis satu bab pada hari tu.. ni nak citer pasal bab sebelum masuk panggung plak... masa ngah nak tunggu masuk tu kan.. tetiba Incik AD kata nak timbang berat... LA pun rimbang la jugak kan... so result macam kat bawah ni... weeee


Incik AD yang gemuk

Weight : 85.9 kg
Height : 173 cm
Ideal Weight : 56.9kg - 74.8kg
BMI : 28.7
Ideal BMI Range : 19-25


Ni plak Cik LA yang gemuk gak.. weee

Weight : 68.5 kg
Height : 158.5 cm
Ideal Weight : 47.7kg - 62.8kg
BMI : 27.3
Ideal BMI Range : 19-25

adehhhh, ni la org kata pasangan gemuk... kih kih kih... so dari situ kami janji akan timbang kat tempat yang sama pada hujung bulan 12 nanti, sape total lost weight paling byk dia menang n the looser kena denda... dendanye.... jeng jeng jeng.... 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Nak suar jeans LEVI's selai... weeeeeeeeeeeeeeee...
adehhh, jgn i'm the looser sudah ler... so now ngah jaga2 makan ni... hihihihi, no more rice now LA... hihihihihi... so kena sungguh2 ni membuang lemak yang sana sini timbul... hihihihi, doakan ye uols LA menang.... kih kih kih kih...

**actually my target mmg nak cut my fat at least til 60 kg, nak dapatkan badan cam zaman sekolah which is 50 kg rasa cam susah je kan, at least reduce to 60 is all rite for me... so LA just 8.5 kg je.... let's do it now... yeah!!!! 


Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Tuesday, September 20

::Si Pensel & Pemadam::

Kalau kita tak dapat menjadi pensel untuk menulis kegembiraan dan kebahagiaan orang lain, jadilah pemadam yang dapat menghilangkan kesedihan dan kesengsaraan mereka.
Bukan sebaliknya kita mencoretkan kesakitan dan menjadi pemadam menghapuskan kegembiraan mereka.


Padam segala dendam.
Padam segala derita dan hapuskan semua tanpa perlu mengalirkan air mata.
Kalau perlu, pergi menghilangkan diri seketika, pergilah dan carilah semangat yang baru demi mengelakkan kita menjadi pendendam dan membuat manusia lain sengsara dengan nafsu serakah dan amarah yang kita pendam..
InsyaAllah segalanya akan pulih seperti biasa dan mungkin akan lebih baik.
Amin..


**Memaafkan adalah terapi paling baik utk menenangkan segala dendam yang berbuku di hati.... Moga aku sentiasa memaafkan semua mereka yang berbuat salah terhadap ku serta keluarga dan saudara seagamaku.... Amin

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

::GERIMIS SENJA::





Ku terpegun di jendela bila hujan gerimis senja
Tak ku lihat di hadapan ku diri ku dalam lamunan
Tiada lain yang ku bayangkan hanyalah peristiwa itu
Dosa-dosa yang ku lakukan tetap mengganggu batin

Tanya pada diri apakah ini semua cobaan belaka
Kesal ku tak berakhir menduga keyakinan ku kepadanya
Batin ku menjerit namun tiada suara

Aku cuba menyatukan semua harapan yang berkecai
Tuhan ku bimbingkanlah diri ku agar kesal ku hilang
Gerimis sungguh mencengkam tiada dapat ku tahan lagi
Sungguh-sungguh tak ku menduka hingga jadi begini

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Monday, September 19

::SUARA MEMANGGIL::

Pagi ini ketika tidurku hampir lena jam 3 pagi
Tetiba di kejutkan dengan sinaran satu cahaya
Dan di susuli dengan satu suara
Yang memanggil namaku...
LIZA!!!!
terkejut!!!!

Lalu terus ku bangun
menyiram tubuh bersama wudhuk
dan terus mengadap Yang Maha Mengetahui
Apakah yang cuba KAU tunjukkan pada ku ya Rabb
Ku hanya harapkan rahmat dariMU
Moga cahaya yg hadir itu adalah cahaya yang membawaku ke jalanMU
Moga panggilan itu adalah panggilan ke jalanMU
sesungguhnya KAU Yang Maha Mengetahui setiap sesuatu..


**Alhamdulillah atas setiap kejadian dan keistimewaan yang kau turunkan padaku Ya Rabb, hambamu yang kerdil ini mengangkat tangan memohon moga hati ini sentiasa di pelihara dan tahu membuat keputusan yang baik dan jelas selepas ini setelah ianya alpha dgn keasyikan duniawi.... amin ya rabb....


Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Sunday, September 18

::Raya Tahun Ini =)::

Salam, raya raya tahun ni mmg sgt2 bermakna dalam hidup aku... weeeeeeee.... Beraya kat kampung selama seminggu dan raya tahun ni aku tak byk berjalan tapi byk membantu mak kesayangan kat dapur je, kena amik ilmu masak memasak ni, hahaha.... Alhamdulillah semua beres...

Tahun ni sgt bermakna sebab rombongan keluarga alam mai 7 kete ke rumah, sungguh2 terharu, ayahanda dan yg lain2 sanggup mai beraya rumah aku... ni yg sayang ayahanda sgt2 ni... hehehhee...

Semalam plak bakal mak mertua jemput mai beraya kat umah dia plak, kebetulan aku mmg dah plan nak pi sana sebab nak tgk kakak ipar si dia yg baru bersalin, hehehehe, malu2 kucing la plak aku kat sana sebabnya selalu ke sana family dia je yg ade, ini atok dia ade, mak sedara dia ada, sepupu sepapat pun ade, adehhh, sib baik la aku ni jenis ketagori peramah la jugak, dok layan tok dia makan n berborak... fuhhhhhh..... mekasih mak sebab didik aku jadi manusia peramah, weeeeeeeeeeee..


Hero Kak Aja, Muhammad Afeef Ramadhan (sebab dia lahir bulan ramadhan, hehehhe)
-Semoga afeef jadi anak yang baik dan dengar kata mak dan ayah ye, muah2....

Lepas tu aku n dia pi la beraya umah kawan aku kat Teluk Gadong, alang2 dah mai klang pi terus la umah Zurin (member masa aku wat pra akaun kat Uitm Kuala Pilah dulu). Dok borak2 then dia ajak la plak pi umah member kat Puncak Alam, wahhhhh, seronok la lagi raya aku ni, aku dah tak jumpa Wati almost 10 years kot.... so cik abg pun ok so kita org pun ke sana ler.... Alhamdulillah, member2 semua dah berjaya n ada life sendiri, pas ni aku plak nak plan life aku ngan si dia, doa2kan kami ye... amin.... =)

**sentiasalah menjaga hubungan sesama kita kerana kita hidup di dunia ni bukan sorang2, mgkin org yg kita benci sgt2 tu akan jadi org yg paling kita sayang satu masa nanti.... weeeeeee....


~ tips hubungan dgn bakal keluarga mertua ~

#1.  Jaga adab dan tertib ketika bersama2 keluarga si dia sebab sebagai org baru kita sentiasa di perhatikan dari setiap segi dan aspek.
#2. Ringan mulut, jgn dok senyap je, berboraklah dengan semua ahli keluarga si dia, dia akan lebih menghargai anda jika anda pandai mengambil hati semua ahli keluarga anda, jgn nak berkepit je ngan si dia, bawa la diri anda tu sebaik2nya.
#3. Ringan tangan, kalau dah makan tu pandai2lah angkat pinggan mangkuk ke dapur, kalau boleh basuh sekali... mmg la tuan rumah kata tak payah tapi buat je la kan... hahahha...
#4. Membawa buah tangan, ni satu lagi benda yg perlu di ambil perhatian, sib baik family aku mmg di ajar perkara2 macam ni, hehehe, macam hari raya cam ni, hari ibu ke, hari jadi ke, cuba bg hadiah yg kita mampu, barulah bakal ibu mertua atau bapa mertua tu rasa mereka di hargai, nak anak dia kena la tackle mak n ayah dia gak... huhuhuhu...

**igt ye kawan2, bila kita jatuh cinta dan merancang utk berkahwin dgn si dia, bermaksud kita sudah berjanji akan menerima dia seadanya, bila kita dah di ijab kabulkan kita telah menjadi sebahagian dari kehidupan dia... so kita kena juga belajar menerima org2 yang dia sayang jugak, kalau boleh kita sayang org yg dia sayang tu lebih byk lagi dari dia... sebab hatinya bukan milik kita seorang... igt ye... semoga bahagia ini milik kita semua... aminnnnnnnn.... =)





Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

:: Oh Pemilik Hatiku::

Duhai Pemilik Hatiku..
Sesungguhnya hati ini sungguh sedih, pedih dan sayu di kala ini,
Bilamana nikmat rasa yang diberikan kepada hati ini
Tidak di gunakan sebaik-baiknya...
Sehingga ada hati2 yang kesal dan mungkin sakit terluka.
Dan menyebabkan umat sekalian menerima bala atas kealpaan hati ini...
Ampunilah hambaMU ini...
Dan aku mengharapkan ada perluang kedua...
Amin....

Sudah lumrah pemilik hati sering terabai
bilamana pengisi hati mengambil alih..
hanya bibit2 penyesalan yang tinggal
Moga segalanya menjadi pengajaran
dan Pemilik hati tidak akan terabai lagi
dan hati yg terikat itu mampu menjalankan
tugas seorang wanita yang membawa rahim
dan rahmat ke sekelian alam
dan cakerawala...

Maafkan aku wahai pemilik hati.....



**perjalanan hidup ini penuh dgn liku2 yg kdg2 membawa kita ke satu jalan yg gelap, tapi jika kita merasakan di hati itu bahawa kita perlu melakukan sesuatu teruskan kerana kata hati itu benar kerana pemilik hati telah menggerakkan rasa itu.... jgn membiarkan ianya di isi dgn pengisi hati yg akan merosakkan diri sendiri nanti.... penyesalan yg tidak akan habis... hanya mampu berharap hadinya peluang ke 2 dan merasa sendiri nikmat yg DIA sediakan.... Amin Ya Rabbalalamin....


::Nota dari ayahanda SY::
kita sudah terikat dalam jodoh dan pertemuan namun janganlah di sesalkan atas kealpaan kerana kita cumalah manusia biasa. jodoh kita di ikat Allah utk membangunkan ummah, pertemuan kita d jalinkan atas kehendak Rasul utk membentangkan jalan yg lurus buat umat sejagat namun bagai d kata kita hanyalah manusia biasa. Biarlah ianya menjadi pelajaran yg berguna dan jangan d kesal apa yg sudah berlaku......

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Wednesday, September 14

::Semoga Kita Di Berkati::


Cukuplah pd saatnya jika aku memerlukan seorang teman..
kau sudi hadir tanpa alasan ke sisi ku..
cukuplah di saat aku merasa sendiri..
kau membawa aku pergi jauh dari keterasingan..
ckuplah di waktu luka ku..
kau kirimkan doa agar aku tabah mharungi..
semua itu sudah ckup bermakna utk ku
kerana hati ku hati mu penah menjadi satu
kerana jiwa ku jiwa mu pernah btemu
semoga selama hayat
kau sudi menemani ku
dalam tawa dan tangis
dalam sedih dan gembira
kerana keberadaan mu bersama ku
membuat aku merasa lengkap
kerana dengan semangat mu
membuat aku tegar melangkah
semoga ALLAH memberkati kita..

~DD~

**sungguh tinggi nilai perhitunganMU ya Allah, kdg aku tidak mampu utk menghadapinya.. tapi setelah itu hadiah paling berharga kau titipkan atas kesabaranku yg ini... sememangnya setiap yang kau hadirkan dalam hidup ku ini mmg yang terbaik utk diriku... Terima kasih Allah.... 

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...