About Me

My Photo
Hidup ini satu pencarian. Aku sentiasa mencari tanpa pernah jemu. Terlalu banyak ilmu Allah yg tak mampu dan kdg2 tak tejangkau oleh fikiran. Carilah, dan kau akan temui jawapannya.....

Tuesday, September 20

::Si Pensel & Pemadam::

Kalau kita tak dapat menjadi pensel untuk menulis kegembiraan dan kebahagiaan orang lain, jadilah pemadam yang dapat menghilangkan kesedihan dan kesengsaraan mereka.
Bukan sebaliknya kita mencoretkan kesakitan dan menjadi pemadam menghapuskan kegembiraan mereka.


Padam segala dendam.
Padam segala derita dan hapuskan semua tanpa perlu mengalirkan air mata.
Kalau perlu, pergi menghilangkan diri seketika, pergilah dan carilah semangat yang baru demi mengelakkan kita menjadi pendendam dan membuat manusia lain sengsara dengan nafsu serakah dan amarah yang kita pendam..
InsyaAllah segalanya akan pulih seperti biasa dan mungkin akan lebih baik.
Amin..


**Memaafkan adalah terapi paling baik utk menenangkan segala dendam yang berbuku di hati.... Moga aku sentiasa memaafkan semua mereka yang berbuat salah terhadap ku serta keluarga dan saudara seagamaku.... Amin

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

::GERIMIS SENJA::





Ku terpegun di jendela bila hujan gerimis senja
Tak ku lihat di hadapan ku diri ku dalam lamunan
Tiada lain yang ku bayangkan hanyalah peristiwa itu
Dosa-dosa yang ku lakukan tetap mengganggu batin

Tanya pada diri apakah ini semua cobaan belaka
Kesal ku tak berakhir menduga keyakinan ku kepadanya
Batin ku menjerit namun tiada suara

Aku cuba menyatukan semua harapan yang berkecai
Tuhan ku bimbingkanlah diri ku agar kesal ku hilang
Gerimis sungguh mencengkam tiada dapat ku tahan lagi
Sungguh-sungguh tak ku menduka hingga jadi begini

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Monday, September 19

::SUARA MEMANGGIL::

Pagi ini ketika tidurku hampir lena jam 3 pagi
Tetiba di kejutkan dengan sinaran satu cahaya
Dan di susuli dengan satu suara
Yang memanggil namaku...
LIZA!!!!
terkejut!!!!

Lalu terus ku bangun
menyiram tubuh bersama wudhuk
dan terus mengadap Yang Maha Mengetahui
Apakah yang cuba KAU tunjukkan pada ku ya Rabb
Ku hanya harapkan rahmat dariMU
Moga cahaya yg hadir itu adalah cahaya yang membawaku ke jalanMU
Moga panggilan itu adalah panggilan ke jalanMU
sesungguhnya KAU Yang Maha Mengetahui setiap sesuatu..


**Alhamdulillah atas setiap kejadian dan keistimewaan yang kau turunkan padaku Ya Rabb, hambamu yang kerdil ini mengangkat tangan memohon moga hati ini sentiasa di pelihara dan tahu membuat keputusan yang baik dan jelas selepas ini setelah ianya alpha dgn keasyikan duniawi.... amin ya rabb....


Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Sunday, September 18

::Raya Tahun Ini =)::

Salam, raya raya tahun ni mmg sgt2 bermakna dalam hidup aku... weeeeeeee.... Beraya kat kampung selama seminggu dan raya tahun ni aku tak byk berjalan tapi byk membantu mak kesayangan kat dapur je, kena amik ilmu masak memasak ni, hahaha.... Alhamdulillah semua beres...

Tahun ni sgt bermakna sebab rombongan keluarga alam mai 7 kete ke rumah, sungguh2 terharu, ayahanda dan yg lain2 sanggup mai beraya rumah aku... ni yg sayang ayahanda sgt2 ni... hehehhee...

Semalam plak bakal mak mertua jemput mai beraya kat umah dia plak, kebetulan aku mmg dah plan nak pi sana sebab nak tgk kakak ipar si dia yg baru bersalin, hehehehe, malu2 kucing la plak aku kat sana sebabnya selalu ke sana family dia je yg ade, ini atok dia ade, mak sedara dia ada, sepupu sepapat pun ade, adehhh, sib baik la aku ni jenis ketagori peramah la jugak, dok layan tok dia makan n berborak... fuhhhhhh..... mekasih mak sebab didik aku jadi manusia peramah, weeeeeeeeeeee..


Hero Kak Aja, Muhammad Afeef Ramadhan (sebab dia lahir bulan ramadhan, hehehhe)
-Semoga afeef jadi anak yang baik dan dengar kata mak dan ayah ye, muah2....

Lepas tu aku n dia pi la beraya umah kawan aku kat Teluk Gadong, alang2 dah mai klang pi terus la umah Zurin (member masa aku wat pra akaun kat Uitm Kuala Pilah dulu). Dok borak2 then dia ajak la plak pi umah member kat Puncak Alam, wahhhhh, seronok la lagi raya aku ni, aku dah tak jumpa Wati almost 10 years kot.... so cik abg pun ok so kita org pun ke sana ler.... Alhamdulillah, member2 semua dah berjaya n ada life sendiri, pas ni aku plak nak plan life aku ngan si dia, doa2kan kami ye... amin.... =)

**sentiasalah menjaga hubungan sesama kita kerana kita hidup di dunia ni bukan sorang2, mgkin org yg kita benci sgt2 tu akan jadi org yg paling kita sayang satu masa nanti.... weeeeeee....


~ tips hubungan dgn bakal keluarga mertua ~

#1.  Jaga adab dan tertib ketika bersama2 keluarga si dia sebab sebagai org baru kita sentiasa di perhatikan dari setiap segi dan aspek.
#2. Ringan mulut, jgn dok senyap je, berboraklah dengan semua ahli keluarga si dia, dia akan lebih menghargai anda jika anda pandai mengambil hati semua ahli keluarga anda, jgn nak berkepit je ngan si dia, bawa la diri anda tu sebaik2nya.
#3. Ringan tangan, kalau dah makan tu pandai2lah angkat pinggan mangkuk ke dapur, kalau boleh basuh sekali... mmg la tuan rumah kata tak payah tapi buat je la kan... hahahha...
#4. Membawa buah tangan, ni satu lagi benda yg perlu di ambil perhatian, sib baik family aku mmg di ajar perkara2 macam ni, hehehe, macam hari raya cam ni, hari ibu ke, hari jadi ke, cuba bg hadiah yg kita mampu, barulah bakal ibu mertua atau bapa mertua tu rasa mereka di hargai, nak anak dia kena la tackle mak n ayah dia gak... huhuhuhu...

**igt ye kawan2, bila kita jatuh cinta dan merancang utk berkahwin dgn si dia, bermaksud kita sudah berjanji akan menerima dia seadanya, bila kita dah di ijab kabulkan kita telah menjadi sebahagian dari kehidupan dia... so kita kena juga belajar menerima org2 yang dia sayang jugak, kalau boleh kita sayang org yg dia sayang tu lebih byk lagi dari dia... sebab hatinya bukan milik kita seorang... igt ye... semoga bahagia ini milik kita semua... aminnnnnnnn.... =)





Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

:: Oh Pemilik Hatiku::

Duhai Pemilik Hatiku..
Sesungguhnya hati ini sungguh sedih, pedih dan sayu di kala ini,
Bilamana nikmat rasa yang diberikan kepada hati ini
Tidak di gunakan sebaik-baiknya...
Sehingga ada hati2 yang kesal dan mungkin sakit terluka.
Dan menyebabkan umat sekalian menerima bala atas kealpaan hati ini...
Ampunilah hambaMU ini...
Dan aku mengharapkan ada perluang kedua...
Amin....

Sudah lumrah pemilik hati sering terabai
bilamana pengisi hati mengambil alih..
hanya bibit2 penyesalan yang tinggal
Moga segalanya menjadi pengajaran
dan Pemilik hati tidak akan terabai lagi
dan hati yg terikat itu mampu menjalankan
tugas seorang wanita yang membawa rahim
dan rahmat ke sekelian alam
dan cakerawala...

Maafkan aku wahai pemilik hati.....



**perjalanan hidup ini penuh dgn liku2 yg kdg2 membawa kita ke satu jalan yg gelap, tapi jika kita merasakan di hati itu bahawa kita perlu melakukan sesuatu teruskan kerana kata hati itu benar kerana pemilik hati telah menggerakkan rasa itu.... jgn membiarkan ianya di isi dgn pengisi hati yg akan merosakkan diri sendiri nanti.... penyesalan yg tidak akan habis... hanya mampu berharap hadinya peluang ke 2 dan merasa sendiri nikmat yg DIA sediakan.... Amin Ya Rabbalalamin....


::Nota dari ayahanda SY::
kita sudah terikat dalam jodoh dan pertemuan namun janganlah di sesalkan atas kealpaan kerana kita cumalah manusia biasa. jodoh kita di ikat Allah utk membangunkan ummah, pertemuan kita d jalinkan atas kehendak Rasul utk membentangkan jalan yg lurus buat umat sejagat namun bagai d kata kita hanyalah manusia biasa. Biarlah ianya menjadi pelajaran yg berguna dan jangan d kesal apa yg sudah berlaku......

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Wednesday, September 14

::Semoga Kita Di Berkati::


Cukuplah pd saatnya jika aku memerlukan seorang teman..
kau sudi hadir tanpa alasan ke sisi ku..
cukuplah di saat aku merasa sendiri..
kau membawa aku pergi jauh dari keterasingan..
ckuplah di waktu luka ku..
kau kirimkan doa agar aku tabah mharungi..
semua itu sudah ckup bermakna utk ku
kerana hati ku hati mu penah menjadi satu
kerana jiwa ku jiwa mu pernah btemu
semoga selama hayat
kau sudi menemani ku
dalam tawa dan tangis
dalam sedih dan gembira
kerana keberadaan mu bersama ku
membuat aku merasa lengkap
kerana dengan semangat mu
membuat aku tegar melangkah
semoga ALLAH memberkati kita..

~DD~

**sungguh tinggi nilai perhitunganMU ya Allah, kdg aku tidak mampu utk menghadapinya.. tapi setelah itu hadiah paling berharga kau titipkan atas kesabaranku yg ini... sememangnya setiap yang kau hadirkan dalam hidup ku ini mmg yang terbaik utk diriku... Terima kasih Allah.... 

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

::Nasihat dari Kanda DD::



    • Ni adalah kata2 nasihat dari kanda DD kepada LA ketika LA di dalam situasi tertekan mendapat tekanan org sekeliling... dan Alhamdulillah mmg menenangkan jiwa... try la ye...

      satu..jgn mudah pcya smua yg org kata
    • krn kita tak ada d tmpat kjadian

    • kedua..bljr yakin diri dan pcaya kptusan yg kita buat tu kerna itu yg kita mahukan..stlh berusaha allah pasti buka jalan nya

    • ketiga...bljr hadapi smua keadaan dgn rasional akal..dan bukan ddahului dgn emosi...sbb bila emosi mnguasai..benda yg btul pun jadi tak btul

    • ke empat..hdup ini cuma psinggahan smata2..ujian allah psti dtg bertimpa2..sm ada yg baik atau yg bruk..jd kalau kita mcari ksempurnaan..cuba tnya diri kita sndiri, smpurna kah kita? betul ker kita tak prnh buat silap d mana2 hgga kita takleh trm ksilapan yg org lain buat..

    • kelima..bljr trm org yg kita syg dgn apa adanya dirinya..dgn smua kkurangan klebhan dia..kdg2 dlm bagus kita, ada yg tak bagus. dlm tak bagus, ada yg bagus.

    • ke enam..hdup ni sbnrnya mudah. sbb allah maha merancang..kita cuma pelaksana yg tkadang bjalan d jln lurus, tkdg tsasar ke jln bsimpang siur. slama mana kita myakini allah..hati kita akan tenang, redha..kerna kita tahu smua yg dtg itu sbnrnya dr allah.

    • ke tujuh..emm...byk sgt dah kot. cuba la fikir2kan..renung2kan...kdg2 kita sbnrnya yg mbuat hdup ini mjadi sgt complicated. kerna d satu sisi, kita bebas..d sisi yg lain kita drantai.

    **dear my ajemi, apa yang terjadi 3 hari ini mmg benar2 menguji cinta antara kita... mmg kau dan aku saling memerlukan kerana bila masalah menimpa kita sentiasa kuat... KEPERCAYAAN itu mmg sgt2 perlu.. Now i really trust ur love to me... so deep... thanks menerima eja dalam segala kurang dan lebihnya diri eja ini, semakin kita di uji semakin dalam rasa cinta ini untukmu...

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...