About Me

My Photo
Hidup ini satu pencarian. Aku sentiasa mencari tanpa pernah jemu. Terlalu banyak ilmu Allah yg tak mampu dan kdg2 tak tejangkau oleh fikiran. Carilah, dan kau akan temui jawapannya.....

Wednesday, September 14

::Nasihat dari Kanda DD::



    • Ni adalah kata2 nasihat dari kanda DD kepada LA ketika LA di dalam situasi tertekan mendapat tekanan org sekeliling... dan Alhamdulillah mmg menenangkan jiwa... try la ye...

      satu..jgn mudah pcya smua yg org kata
    • krn kita tak ada d tmpat kjadian

    • kedua..bljr yakin diri dan pcaya kptusan yg kita buat tu kerna itu yg kita mahukan..stlh berusaha allah pasti buka jalan nya

    • ketiga...bljr hadapi smua keadaan dgn rasional akal..dan bukan ddahului dgn emosi...sbb bila emosi mnguasai..benda yg btul pun jadi tak btul

    • ke empat..hdup ini cuma psinggahan smata2..ujian allah psti dtg bertimpa2..sm ada yg baik atau yg bruk..jd kalau kita mcari ksempurnaan..cuba tnya diri kita sndiri, smpurna kah kita? betul ker kita tak prnh buat silap d mana2 hgga kita takleh trm ksilapan yg org lain buat..

    • kelima..bljr trm org yg kita syg dgn apa adanya dirinya..dgn smua kkurangan klebhan dia..kdg2 dlm bagus kita, ada yg tak bagus. dlm tak bagus, ada yg bagus.

    • ke enam..hdup ni sbnrnya mudah. sbb allah maha merancang..kita cuma pelaksana yg tkadang bjalan d jln lurus, tkdg tsasar ke jln bsimpang siur. slama mana kita myakini allah..hati kita akan tenang, redha..kerna kita tahu smua yg dtg itu sbnrnya dr allah.

    • ke tujuh..emm...byk sgt dah kot. cuba la fikir2kan..renung2kan...kdg2 kita sbnrnya yg mbuat hdup ini mjadi sgt complicated. kerna d satu sisi, kita bebas..d sisi yg lain kita drantai.

    **dear my ajemi, apa yang terjadi 3 hari ini mmg benar2 menguji cinta antara kita... mmg kau dan aku saling memerlukan kerana bila masalah menimpa kita sentiasa kuat... KEPERCAYAAN itu mmg sgt2 perlu.. Now i really trust ur love to me... so deep... thanks menerima eja dalam segala kurang dan lebihnya diri eja ini, semakin kita di uji semakin dalam rasa cinta ini untukmu...

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

::Aku & Dia Dah Putus::



Assalamualaikum
“aku dan dia dah putus…”
“kenapa?”
“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”
“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”
“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”
“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”
selepas setahun.
“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”
“kenapa? apa yang dah jadi…?”
“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”
“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”
“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka.  rabak. koyak. patah….”
“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”
“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”
.
beberapa bulan kemudian
“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”
“kau ada jawapan?”
…senyum “ada…mudah.”
“apa dia?”
“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”
“kongsi lah…”
“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”
“maksud kau?”
“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”
“teruskan aku dengar…”
“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.
Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”
“so sekarang?”
“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”
“lelaki?cinta?”
“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”
“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”
“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.
Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur :) ”
**Manusia
BODOH : tak belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman org lain
PANDAI : belajar dari pengalaman sendiri tapi tak belajar dari pengalaman org lain
BIJAK : belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman org lain :)
artikel from : Nur Faiqah Razuwan


Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Tuesday, September 13

::CINTA adalah hal yang memberi dengan rela::

Bila kau kata "Yes, I do"
Bermaksud pada ketika dan saat itu
kau telah menyerahkan segalanya pada dia
menyerahkan hati dan perasaan engkau
untuk di sayangi, dicintai, disakiti, dilukai..
Adakah kau sudah bersedia ketika kau mengatakan YA??

Dalam setiap perCINTAan
pasti akan ada rasa2 ini
kalau takut di lambung ombak jgn berumah di tepi pantai
tapi tahukah engkau sebenarnya perkara2 inilah yang membuatkan satu hubungan tu semakin erat
suatu hubungan itu lebih bererti dan di hargai
suatu hubungan itu lebih rasa kemanisannya
dari situ la kita kenal akan dia
dari situ juga la kita tau sape kita

oleh itu, selalu la berbincang jika ada masalah
selalu berkomunikasi pabila tidak puas hati
jangan menyimpan di dalam hati
saling ingat mengingati kerna kita sering lupa
bertolak ansur dan susah senang bersama
jadilah diri kamu sendiri....



**aku memilih mu bukan kerana siapa engkau, apa yg kau buat utk ku, tapi siapa aku ketika bersamamu dan apa yang aku buat utk dirimu... aku menerima engkau kerana aku sentiasa menjadi diriku ketika bersamamu.... =)



Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Monday, September 12

::SUKA, SAYANG dan CINTA::

Saat kamu MENYUKAI seseorang, kamu ingin memilikinya untuk keegooan mu sendiri..
Saat kamu MENYAYANGI seseorang, kamu ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri...
Saat kamu MENCINTAI seseorang, kamu akan melakukan apa sahaja untuk kebahagiaannya walaupun terpaksa mengorbankan jiwamu

Saat kamu MENYUKAI seseorang dan berada di sisinya maka kau akan bertanya "Bolehkan aku menciummu?"
Saat kau MENYAYANGI seseorang dan berada di sisinya maka kau akan bertanya padanya "Bolehkan aku memelukmu??"
Saat kau MENCINTAI seseorang dan kau berada di sisnya maka kau akan menggenggam erat tangannya..

SUKA adalah saat dia menangis, kamu akan berkata "Sudahlah jangan menangis"..
SAYANG adalah saat dia menangis dan kau akan menangis bersamanya..
CINTA adalah saat dia menangis kamu akan membiarkan dia menangis di bahumu sambil berkata "Mari kita selesaikan masalah ini bersama2"..

SUKA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata "Dia sangat cantik/tampan dan menawan."
SAYANG adalah saat kamu melihatnya kamu akan melihat dari hatimu dan bukan matamu..
CINTA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata, "Buatku dia adalah anugerah yang terindah yang pernah Tuhan berikan padaku."

Pada saat orang yang kamu SUKA menyakitkan hati kamu, maka kamu akan marah dan kamu tidak mahu berbicara dengannya lagi...
Pada saat orang yang kamu SAYANG menyakitkan hati kamu, maka kamu akan menangis untuknya..
Pafa saat orang yang kamu CINTA menyakitkan hati kamu, maka kamu akan berkata, "Tak mengapa kerana dia tidak tahu apa yang dia lakukan."

Pada saat kamu SUKA padanya, kamu akan memaksanya utk menyukai kamu..
Pada saat kamu SAYANG padanya, kamu akan membiarkannya memilih.
Pada saat kamu CINTA padanya, kamu akan sentiasa menantinya dengan setia dan tulus..

SUKA adalah kamu akan menemaninya bila itu menguntungkan..
SAYANG adalah kamu akan menemaninya di saat dia memerlukan..
CINTA adalah kamu akan menemaninya tidak peduli bagaimanapun keadaanmu..

SUKA adalah hal yang menuntut.
SAYANG adalah hal yang memberi dan menerima
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.



** malam itu ketika aku menangis di dadamu, aku benar2 sayu dan bersyukur kerana di pertemukan kamu dalam hidupku.. sesungguhnya aku merasa aliran cintamu padaku.. terima kasih kerana masih bertahan melayan kerenah ku.. baru ku sedar betapa dalamnya cinta kamu kepadaku dan aku berjanji malam itu bahawa aku takkan sia2kan cinta yang kau berikan... InsyaAllah, andai jodoh ini milik kita akan ku pelihara sehingga hembusan terakhirku.. Terima kasih cinta... 



Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

::Jika Aku Bukan Untukmu::

Jika aku bukan untukmu
... bukan kerana tiada rasa sayang
... dan bukan sebab aku rasakan kau tidak mencintai aku
... bukan khilaf kita bila hati saling menyayangi dan merindui
... Namun
.. Realitinya sayang
... Allah pemilik nyawa dan jiwaku
... Neraca hidup ini adalah KetentuanNYA
... Jika aku tidak ditakdirkan untukmu
... Kita perlu redha dan akur dengan semua ketentuanNYA ye sayang
...Ku akui kau cinta nan terindah yang pernah ku miliki

Jodoh pertemuan ajal maut semua di tangan Allah... Jika hatimu sebenarnya milik insan lain aku relakan kau pergi kerana cinta dan sayang ini keranaNYA... siapa aku untuk melawan dan mempersoalkan akan qada' dan qadarMU.. Hadir kamu adalah bersebab dan aku terima ianya sebagai satu rahmat dari yang ESA... 

Hadirnya kamu mengajarku erti kehidupan sebenar
Hadirnya kamu membimbingku ke arah kebaikan
Hadirnya kamu memberiku rasa sayang, cinta dan rindu
Hadir dirimu mengubat segala luka yang ada
Moga hadirnya antara kita berdua membawa satu yang bermakna dalam hidup masing2
kerana setiap pertemuan itu bersyarat
dan pertemuan itu akan ade juga akhirnya
bertemu utk berpisah
hidup utk mati
REDHA...



Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

::Rindu Ini Milikmu::

Rindu itu tidak seperti api yang membakar...
Tapi seperti air yang tenang menyejukkan...
Juga menghanyutkan...
~Rindunya hati ini~


Rindu mengajar aku erti kesabaran... 
Erti kekuatan... 
Erti penantian....


Bila rindu je hati rasa tak best je.... hahahaha... hari ni aku belajar sesuatu.. dan aku masih berpegang lagi pada kata2 ku... setiap yang hadir itu sebenarnya baik dan aku je salah menafsirkannya, so bila dah clear semuanya Alhamdulillah... Malah aku dapat belajar sesuatu lagi.. syukur padaMU ya Tuhan Yang Maha Penagasih lagi Maha Penyayang... 3 lelaki itu sentiasa menunjukkan aku jalan... 


So now dah dapat pembelajaran baru... So please ya lock n pegang... jgn terkucil lagi.... weeeeeeeeee.... Sesungguhnya Allah mmg sentiasa bersama org2 yg mencari keredhaanNYA... 


Sakit yang aku tanggung sekarang adalah penawar utk masaku yg akan datang..
Derita yang ku alami sekarang adalah kegembiraanku yg akan datang..
Kesilapan yang aku lakukan sekarang, adalah kebenaran yg akan aku pertahankan akan datang.
Kegagalan aku sekarang adalah kejayaan aku masa depan,,,


Setiap yang baik dan tidak baik itu semua hadir dari DIA... Ujian yg perlu kita alami dan hadapi... rasa gembira, sedih, suka, duka, marah, geram, cemburu, dll adalah rempah ratus dalam hidup ni... tapi kita tiada pilihan dalam hidup kerana kita tetap akan HIDUP utk MATI... =)


Rinduku pada hari ini membawa aku dalam satu kesedaran... Rindu hari ini membawa aku ke satu keadaan yang lebih baik.... Semuanya kerana rindu ini... Alhamdulillah... aku akan sentiasa merindui. Jika ianya membawa kebaikan seta keburukan.... weeeeeeeee


**tidak akan pernah putus rindu ini buat dirimu sayang... selagi kita faham mengapa kita dipertemukan... ttisan airmata gembira mengalir kerana aku bersyukur kau di hadirkan DIA utk membentuk aku menjadi manusia sempurna mengikut firmanNYA... Alhamdulillah...






Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Saturday, September 10

:: Ku REDHAkan Cinta ini keranaMU Ya Allah::


Sudah hampir 29 tahun 
Byk sudah aku tempuhi..
Sudah jauh rupanya aku berjalan dan berlari
Mencari diriku yang hilang entah ke mana...
Aku bukanlah seorang manusia yang beku yang tdk tahu bersyukur..
Berdiam diri itu mungkin jalan yang terbaik..
Agar aku mendapat jawapan yang sebenarnya..
Sakit yang aku rasa ini biarlah menjadi penawar dosa-dosaku..
Ampuni aku Ya Allah kerana ampuh atas kasih sayangMU..

Aku mahu mengalah dan tunduk
Aku mahu menanti takdirMU
Untuk diriku
Walau hanya sekelumit rasa
dan sedetik waktu
Aku redha....
Namun aku masih tidak akan jemu
utk menitipkan doa semoga rasa bahagia
dan tidak merasa terluka
ku pasrahkan semua padaMU....


Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.

Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf.

Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya.

Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya.

Terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zulaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.

Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah. Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.

Cinta pada Allah akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya, tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah.



Senyumlah andai dirimu dilukai
Senyumlah andai dirimu dilupai
Senyumlah andai dirimu dikhianati
Senyumlah andai dirimu ditindasi
Senyumlah andai dirimu dibebani
Senyumlah andai dirimu disakiti
kerana senyum itu pengubat segalanya

"Janganlah kerana terlambatnya pemberian Allah itu walaupun engkau telah berdoa bersungguh-sungguh menyebabkan engkau putus asa. Maka ketahuilah, bahawa Allah telah menjamin untuk memperkenankan segala permintaanmu berdasarkan yang telah dipilihNya untuk engkau, bukan atas apa yang engkau pilih untuk dirimu, dan pada waktu yang sudah dikehendakiNya untuk engkau, bukan pada waktu yang engkau kehendaki."
"Jika kamu sabar dengan ketentuan Allah maka kamu akan mendapat pahala, Jika kamu mengeluh dengan ketentuan Allah kamu akan mendapat dosa."


Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...