About Me

My Photo
Hidup ini satu pencarian. Aku sentiasa mencari tanpa pernah jemu. Terlalu banyak ilmu Allah yg tak mampu dan kdg2 tak tejangkau oleh fikiran. Carilah, dan kau akan temui jawapannya.....

Thursday, September 8

::AKU PERAMPAS KE????::

*~* Yang tergenggam mungkin jua bisa terlepas...
Jika Allah sudah takdirkan sesuatu itu untuk kita, walau seluruh isi alam ini menghalang kita dari mendapatkannya, kita tetap akan mendapatkannya dgn apa cara sekalipun, tetapi jika ALLAH sudah takdirkan sesuatu itu BUKAN utk kita, walau seluruh isi alam ini membantu kita untuk mendapatkannya, kita tetap takkan mendapatkannya.....


~ ~ rampasan hati berlaku??? hahahahahahaha, kenapa?? mengapa?? bagaimana??
ok2.... biar kita clearkan kat sini ye... aku tak pernah rampas sesiapa dari sesiapa k... semua orang yang hadir dalam hidup aku ni aku terima, yang perlukan kasih sayang aku beri kerana kasih sayang aku ni utk semua org.... =)

Buat cik yang kat sana tu, awak pun faham pasal jodoh pertemuan dan perpisahan itu letaknya di tangan DIA kan?? so to make this clear... biar aku hujahkan sikit la, ilmu aku ni tak lah setinggi mana dan bukan lah nak menunjuk2 kan tapi dah terasa pihak kat sana dah berlebih2 sgt... adehhh, rasa rimas pun ade....

kalau nak cerita pasal jodoh ni kan.. kita mmg tak tau sape yang tertulis utk jadi suami kita nanti.. aku pun tak tau sape jodoh aku walau aku ada special bf sekarang... so aku letakkan jodoh tu pada DIA je, kalau dah tertulis dia tu jodoh aku so apa aku nak risau dan semak2kan fikiran aku ni!!! kalau dah mmg tak de jodoh aku nak buat apa gak, menangis, meraung... melalak... adehhhh... mmg la pada awalnya rasa terluka tapi balik kepada DIA semula la... takkan kita nak salahkan DIA sebab jodoh kita tak de dengan org yang kita sayang tu.... so jgn lah taksub sgt dengan kekecewaan yang DIA berikan pada kita tu sehingga menyusahkan diri sendiri.. meratapi dan merayu2.... penatlah..... tak datangkan hasil pun, menyakitkan hati sendiri tu adalah... please jgn kejam pada diri anda sendiri ye... selalu la baca Al-Fatihah utk diri sendiri dan selawat sebyk mungkin.. tu boleh membantu utk tenang...

Sebenarnya semuanya dah di tentukan cuma keadaannya berbeza2... dalam situasi aku ni sekarang mmg aku di anggap PERAMPAS bf orang. igt aku suka ke nak jadi perampas!!! huhuhu, tapi yg pasti bukan suami org ye... itu mmg aku jauhkan dari hidup aku tapi kalau dah jodoh mmg tak leh nak cakap gak kan... (aduyai tolong la mintak di jauhkan).. aku di anggap macam tu sebab aku ni hanya PENYEBAB kepada kisah jodoh tadi lah... korang mmg dah tak de jodoh.. senang cerita lagi la kan... kisah seorang perempuan mati setelah tersepak batu dan terjatuh... so dalam hal macam ni kita nak salahkan batu tu ke sebab dia mati?? sebab batu tu ada kat jalan yang perempuan tu lalu??? tu semua adalah satu punca dan sebab.. dah tiba masanya dia di panggil illahi so begitulah caranya dia pergi..  sama lah ceritanya dengan cinta.. kalau bukan sebab di pihak kita mgkin sebab di pihak satu lagi... aduyaiiii...

Aku ni merampas hak kau ke?? Apa HAK tu?? Aku tau la aku ni di anggap PERAMPAS tapi aku tak pernah nak goda sape2, kami berkawan pada awalnya... dan terasa ada keserasian di situ.... so perlukah kami tipu diri kami??? so takkan aku nak paksa dia terima kau kalau kasih dan sayang dia dah jatuh pada aku.. ngeeeeeeee... igt perasaan ni boleh suka2 datang ke kalau DIA tak berikan rasa tu... kemon lah... 

Satu lagi ade ke aku maki2 kau,tak de kan?? aku minta maaf lagi adalah, aku cuba berbaik dengan kau sebab kawan2 dia kawan2 aku jugak... macam tu sebaliknya... tapi kau yang tak memaafkan, kau tutup hati kau, then kau cakap macam2 pasal aku, tak pe la aku terima sebab pada awal aku mmg rasa bersalah sgt2 dengan apa yang dah terjadi ni... aku ikut perkembangan kau harap kau baik2 je... risau gak jadi satu2 perkara yang buruk... aku tanya pada dia macam mana hubungan uols... dia cakap yang baik2 je, tak pernah pun dia nak buruk2kan kau walau sedikit pun kat depan aku.. TAK PERNAH SEKALI2 OK. Lelaki paling jujur dan ikhlas aku pernah jumpa. Tu pun kau ada cakap macam2 pasal dia dan mengungkit2 dan senda2 kan dia ngan kawan2 kau. Bukan aku tak tau pun... huhuhu... 
sian my bucuk.... (pinjam ayat lam citer hantu bonceng, hahahha)

Oklah, penat sudah... lepas ni aku tak nak bersuara lagi (shut off ur mouth LA).. hehehe, lantak pi la hang nak wat pe... nak rampas balik silakan lah.... nak goda dia gak silakan lah... kalau rasa tu boleh puaskan hati kau aku silakan, like what i said before kasih sayang aku ni utk semua org, nak silakan... tak nak boleh sila pergi juga.... cuma jgn jadi hipokrit la ye... belakang dia kau wat bahan cakap macam2 dengan kawan2 kau, tapi bila dengan dia kau berbaik2, lembut gigi dari lidah... watch out... i know everything what u do... cuma aku nak tgk dan lihat je drama ni... aku tak nak amik apa2 action pun sebab selama ni pun aku mmg suka lihat dan dengar je... =)


Namun di sebalik semua ni, ingatlah wahai insan di sana.... kita haruslah beringat memaafkan seseorang tu adalah sesuatu yang mulia.. Dan kita sebagai manusia biasa tidak layak untuk menghukum apatah lagi tidak memberi kemaafan. Sedangkan Allah itu Maha Pengampun, mengampun kan segala dosa kita tak kira sekecil zarah mahupun sebesar lautan. Inikan kita hambanya. Kita serahkan pada Allah yang Maha Adil. Aku mintak maaf atas segala kelancangan ku tapi aku  bersuara setelah lama aku mendiamkan diri..


**aku tak de niat dan tak pernah terlintas kat hati aku utk menyakitkan hati sesiapa pun, kalau kau pernah menangis aku dah rasai semua tu sebelum ni... apa yang aku perlu buat hanya menjaga hubungan yang semakin utuh sekarang ni.. insyaAllah aku akan bahagiakan dia.... itu janji aku pada dia... minta maaf kalau coretan ini semakin membuat kau benci pada aku... tapi kenyataan kau sendiri yang tahu... bukan bermakna aku yang di anggap perampas ni hanya menerima sahaja segala tuduhan dan kata2 yang kau lemparkan... aku masih ade hak utk mempertahan kan diri aku... so apa yang kau nak aku buat, mintak maaf?? awal2 lagi aku dah mintak maaf...  atau kau nak aku pujuk dia supaya balik semula ke pangkuan kau??? cer citer cer citer........ tapi kau sendiri tau jawapannya... aku tak tau apa lagi aku boleh buat utk menebus kesalahan aku pada kau... kesalahan kerana dia memilih aku dan bukan kau... ermmm... ntah la.... aku hanya mampu doakan akan hadir seorang lelaki yg mampu bahagiakan kau... sekian, wassalam.....




Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Wednesday, September 7

::Jangan Bersedih... Jadilah Wanita yang bahagia::

Salam Syawal...
Bosan lagi di ofis.. tak tau ape mau bikin... hahahahaha, janganlah di beri kesenangan yang amat2 senang sekarang ni, sat lagi mai lak kesusahan yang amat payah.. Moga aku masih mampu untuk teruskan perjalanan hidup ini dengan tindakan dan perbuatan yang sepatutnya.. Hope orang sekeliling sentiasa ingatkan aku.. Sila jalankan tanggungjawab kalian yang telah berjanji atas apa yang aku pinta dari kalian ye... "Sila ingatkan aku ketika aku lupa, Sila marah dan tegur aku jika aku membuat silap, Sila betulkan aku ketika aku membuat kesalahan".. si dia AD, si ayahanda SY & si abang SB.. Kalian adalah 3 lelaki yang membuat aku kuat berdiri sekarang. Mekasih sangat2 dan bersyukur di pertemukan kalian ber3... DIA telah ambil kembali ayah aku 6 tahun lepas... setelah aku mencari2 hidup sendiri tiba2 DIA hantar 3 org lelaki utk menggantikan ayah aku... Sungguh Bersyukur sangat2... Alhamdulillah... hehehhehe

Berbalik pada tajuk di atas... Aku terpanggil utk mencoretkan tajuk ni.. Semalam pas dok berchating ngan incik abg  aku explore la FB jap... hehehe, tetiba terbaca satu status dari sorang perempuan yang aku tak kenal la, dia add aku pun atas sebab biznes.. dia order brg dari aku.. apa yang aku nampak betullah kata ayahanda, setiap pertemuan tu bersyarat kan... weeeeee... dan aku terpanggil utk bagi sedikit kata2 semangat pada dia sebab aku ni pantang bila org bersedih tentang hidup dorang... aku anggap tu salah satu tugas aku sebagai manusia kat dunia ni... hope dia dapat kuatkan balik semangat dia...  ni bunyi status dia ler..



ibu bapa berpisah anak-anak yang jadi mangsa......
.....
.....
.....
.....

.....

.....

.....
situasi tu lah yang aku rasa sampai sekarang!!!!!!


Sejak bertemu dengan 3 org lelaki ini, pandangan dan cara penilaian aku berbeza dari dahulu.
Dalam masa 8 bulan berkenalan bersama mereka aku totally berubah sama sekali. Dan Alhamdulillah perubahan tu ke arah kebaikan (walau pun tidak la secara menyeluruh perubahan tu). Dan dari situ aku cuba membantu sesama manusia yang sama menghadapi masalah seperti aku dahulu. Pesan dari ayahanda SY, tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ini adalah membantu sesama manusia. InsyaAllah aku cuba utk membantu selagi termampu.

So atas sebab tu aku cuba membantu cik Scoot Roses ni. Syukur Alhamdulillah dia terima dan rasa semakin baik selepas aku cuba menasihati dan memberi kata2 semangat pada dia. Thank You Allah, sebab mempermudahkan urusan aku. Selagi kita ikhlas insyaAllah segalanya akan jadi lebih mudah kan kan kan... ~~

Tetiba teringat kata2 seorang member. Katanya... "orang yang baik sentiasa di sayangi".. weeeeeeee... betul jugak kan kan kan... so utk kita rasa di sayangi selalu la jadi org baik ye.. hehehe... aku tak cakap aku baik, tapi aku akan rasa puas setelah aku dapat membantu orang dan mampu membuat org tersenyum bahagia... so utk merosakkan dan menyakiti hati orang lain aku cuba utk atasinya.. dan aku tak nafikan ade jugak aku menyakitkan hati org dan org tu menganggap ianya adalah sesuatu yang paling dahsyat... Oh Tuhan... aku tak pernah berniat utk menyakitkan hati sesiapa... Aku cuba utk berbaik dan meminta maaf. Itu sahaja yang aku mampu lakukan kerana segala apa yang berlaku bukan atas kawalan aku. Setiap kejadian tu telah di tetapkan oleh DIA. Siapa kita utk menolak segala qada' dan qadar kita selain kita menerima ianya dengan ikhlas.. =)... 

Aku mmg selalu memantau dia sehari ke sehari bukan sebab aku nak menyibuk cuma mengharap perubahan yang semakin baik utk dia. Bukan aku katakan aku bahagia di atas kekecewaan yang dia lalui... mengertilah engkau bahawa aku sedang cuba utk membina hidup.. hadirnya dia tanpa di rancang. tapi atas pertemuan ini kami menjadi semakin kuat dan kami mmg saling memerlukan.. Moga kau akan mengerti suatu hari nanti... aku sentiasa mendoakan kebahagiaan kau di sana...

So kesimpulannya sekarang... bahagia tu sebenarnya milik kita semua selagi kita sentiasa mengharap dan berusaha utk mendapatkannya. Kita yang mengawal perasaan, perilaku dan segala tindakan kita. So sebelum bertindah haruslah sentiasa memikir dan menilai hasil dari setiap tindakan kita itu nanti. Ingat ye... Kita ni hidup menumpang kasih sayang seseorang...  so cari dan tumpanglah kasih sayang itu... sebab kasih sayang tak pernah pudar dalam diri setiap manusia.. Jangan tutup rasa kasih sayang tu dengan dendam dan kebencian.. Kunci kebahagian tu akn turut tertutup dan ianya tak mendatangkan apa2 faedah pun pada kita. Kemaafan jugak akan membuatkan hati kita semakiin tenang.

Oklah, cam banyak je ceritanya... hehehhe, so buang semua sifat2 negetif dan yang tak baik dalam diri kita ye.. InsyaAllah semua akn jadi mudah dan baik je...

Wallahualam.... sama2 la kita berubah ye =)




**LA pun nak jadi baik juga.. sebab kawan kata org baik selalu di sayangi... kita suka org sayang kita sebab ianya buat kita rasa sgt bahagia..... weeeeeeeeeeee ~LA





Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Monday, September 5

::1st time beraya bersama Si Dia, weeeeeee::


weeeeeeeee... 
seminggu lebih tak jumpa sebab masing2 sibuk nak beraya... huhuhuhu, sebelum tu pi teman dia beli baju melayu color itam + songkok 5 inci... hahaha, katanya baju melayu n songkok tu nanti leh guna masa nak bertunang nanti, terkesima jap aku dgr... agak dah kenapa masa bertunang nak berbaju melayu n bersongkok bagai... ngeeeeee... jgn nak wat malu...  hahahahha.... kalau leh jgn datang... weeeeeeee

1st time beraya ngan dia tahun ni, byk kenangan, sekali mai 7 kete.... bersama2 family ALAM yang lain... dah macam org nak merisik plak rasanye... weeeeeeeeeee.... rasa sgt2 bermakna raya tahun ni... Alhamdulillah...

yang kelakarnye, esok (sabtu) nak jumpa ni, tapi malam tu leh berchating sampai ke pagi... wal hal nak jumpa sok ni.. weeeeeee... tu la org kata kan, cam kemaruk dah sebab lama sgt tak jumpa.... adehhhhh, sabo sayang, setahun je lagi insyaAllah... O~0

lepas mai makan2 pi lepak pantai lak bawak semua family Alam pi mandi  manda kat laut plak, laut dekat je ngan umah aku... hahahha.. cik abang yang mmg giler nak mandi laut tak bawak track suit, track suit aku la dia tibai... weeeeeeee....

then malam bawak abg din n kak lin pi naik river cruise plak... hehehe, so njoy la... mekasih pada abg din n kak lin sebab sudi anggap mak aku cam mak dorang gak... siap panggil mak tu... lagi pun mak tak de anak lelaki kan... mekasih abg din, ni yang wat adik makin sayang kat abg n kak lin... =)

pas tu terus lek kl, sebelum tu stop lepak kat R n R Dengkil lak... tu yang post gambo manja ngan incik abang tu... hehehehehe... sampai umah abg din n kak lin kol 4, so tdo sana malam tu... alhamdulillah perjalanan tak de masalah walau pun kete aku tu agak2 semput nak minta kuar duit lagi utk pi service... hehehhe

so far alhamdulillah semua apa yang aku nak dalam proses utk aku perolehi, bukan mudah nak menuju ke gerbang kejayaan kerana byk liku dan kesilapan serta kegagalan yang aku dah hadapi, semuanya menjadi cikgu terbaik utk diri aku... buat si dia terima kasih sebab sentiasa sayang dan menjaga aku sebaik2nya... bukan emas, permata dan wang ringgit yang aku harapkan, cukupkah sekadar cincin tanda sebagai pengikat 2 hati kita utk meneruskan kehidupan kita di masa depan... membina mahligai bahagia bersama mendidik anak2 kita menjadi manusia yang berguna... insyaAllah... nanti kita angan2 lagi ye sayang... hahahha...

** aku kini semakin teguh berdiri setelah penat jatuh dan bangun menjalani kehidupan sebelum ini... Alhamdulillah pada yang Maha Esa.... Aku tetap berpegang teguh dengan pendirian aku... " Setiap yang hadir itu adalah la baik utk diriku... Aku yang selalu salah menafsirkannya "...


Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Sunday, September 4

::HIPOKRIT::

HIPOKRIT!!!...

hehehe, ape maksud dia erk??? hahahaha, depan baik belakang ya Allah takleh nak kata la perangai dia, tapi aku ade la terjumpa jenis manusia ni (aku gelarkan A je la ye)... dia dah benci pada seseorang la kan, depan semua org mmg dia cakap buruk2 la pasai org ni, tapi bila ngan org tu punya la dia baik, tutur bahasa sgt manis... ekekekeke, cara nak menambat hati org tu supaya suka kat dia la kan kan kan... weeeeee.....

aku kesian la ngan si dia (letak si B la plak kan kan kan =) ) yang lurus dan ikhlas dalam perhubungan... tak hipokrit... weeeeeeee.... terima je, bukan dia tau ape si A cakap kat dia sebab si B ni jenis malas nak semak2kan fikiran dgn benda2 yang dia anggap kecik... dan si B plak rasa bersalah kat si A sebab pada si B dia dah byk wat salah kat si A, hehehehhe... tak pe la B, sabo je la ye.... aku sentiasa ada di belakang mu utk memastikan kamu tak seperti apa yang si A anggapkan...

Apa yang boleh aku simpulkan.... tak payah la nak buruk2kan org sebab kdg2 org yang kita rasa kita kenal bertahun2 tu belun tentu kita kenal dia sedalam2nya.... dan tak semestinya org yang kita baru kenal tu kita tak leh nak selami hati dan kenal dia seperti dah lama, hahahha, tu la sebenarnya yang kita tak faham dan kita tak nak faham pasal kehidupan ni... byk lagi rahsia yang tersembunyi, kdg2 kita ade terdengar kisah org yang bercinta bertahun2 tapi akhirnya kawen ngan org lain, ade tu baru kenal sebulan terus dah kawen... hahhahaa... tu org kata jodoh pertemuan tu di tangan Allah... kita kena terima ketetapan yang DIA dah tulis dalam diari hidup kita ni.... so sebelum kita nak burukkan org lain kita tgk dan selidik diri kita ni dulu, dah cantik sgt ke perangai dan peribadi kita... weeeeeeee... wallahualam... aku mmg byk sgt kekurangannya, tapi aku cuba menggunakan segala ciptaan yang DIA kurniakan pada aku sebaik2nya.... insyaAllah...

**renti2kan lah niat tak baik dalam diri tu... hehehehehe
hidup kat dunia ni kita menumpang kasih sayang org, sampai masa kasih sayang tu dah berlalu lepaskan la, jgn ade dendam sebab itu tanda kita tak ikhlas menyayangi org tu sebelum ni.... (pesanan ayahanda tersayang)


Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

::Rombongan Pak Meon @ Incik Azmie Daim ke Teratak Bonda::

Syawal 6, rombongan dari keluarga Alam ke Teratak Bonda Salmah berlalu sudah... Alhamdulillah majlis berjalan lancar tanpa ada sebarang peristiwa yang tidak baik... Mekasih semua kerana sudi hadir dari jauh... suka suka suka.... Syawal tahun ni sgt2 bermakna utk diri aku sebab semua org2 yang aku sayangi hadir meraikan bersama2... Terima kasih ayahanda kerana sudi hadir ke teratak bonda LA.... =), segala kekurangan mintak la maaf ye... weeeeeeeee

Lepas sesi mandi manda di pantai puteri, aku, abg din, kak lin n si dia ke bandar utk menikmati cahaya malam di kota kelahiranku melaka... weeeeeeeeee.... seronok dapat spent time dgn si dia... then terus ke usj n bermalam di rumah abg din... thanks sayang.... hope apa yg kita rancang akan menjadi nyata... insyaAllah... =)


Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Friday, September 2

::ANUGERAH::

Ku Pinang Kau Dengan Bismillah 
Ungu Feat Rossa..




Tuhan memberikanku cinta

untuk ku persembahkan hanyalah padamu Dia anugerahkanku kasih hanya untuk berkasih berbagi denganmu

atas restu Allah ku ingin milikimu




ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku restu Allah ku mencintai dirimu ku pinang kau dengan Bismillah



hampa terasa bila ku tanpamu

hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu hanya dirimu satu yang aku inginkan



ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)



atas restu Allah ku ingin milikimu

ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku restu Allah ku mencintai dirimu ku pinang kau dengan Bismillah

atas restu Allah ku ingin milikimu




ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku restu Allah ku mencintai dirimu ku pinang kau dengan Bismillah




Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Sunday, August 14

::Hati::

Allah KAU tetapkan segala2nya utk kita
Sama ada baik atau tidak satu perkara itu dalam hidup kita
tetapi kita harus redha dan terima ketentuanNYA..
Kerna DIA Maha Mengetahui tetang sesuatu kejadian itu

Jika kita tidak merasa pahit hidup di dunia ni
Mana mungkin kita akan bersyukur dengan manis yang DIA kurniakan
Jika kita tak rasai sedihnya hati ini
Mana mungkin kita akan menghargai rasa gembira dan suka yg DIA beri..
Sedarlah bahawa semua itu adalah tarbiyah untuk kita
Memang sakit kadang kala hati mau menerima rasa pahit itu
Memang sakit bila mana rasa gembira di rentap pergi
Tapi itu bukanlah alasan utk kita menyerah...

Semoga hidup kita sentiasa di bawah rahmatNYA
Amin..

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...