Tubuh dan jasad ku boleh mengikut siapa sahaja tapi hati ku tidak sekali-kali
Huh!
Terlalu banyak luka yang terpalit. Beberapa peluang telah di beri. Tapi ibarat mencurah air di daun keladi. Ketika semua sudah tidak dapat di terima dan ketika itu pula kau cuba untuk membaiki keadaan. Adakah mampu apa yg telah terjadi dilupakan begitu sahaja?? Bagaimana pun perkara itu tetap hadir dan menyinggah dan membuat hati merasa kesakitannya.. sampai bila harus begitu?? Adakah harus diteruskan??
Hidayah dari Allah itu hanya datang sekali sahaja. Jika kau jauhinya adakah lagi utk peluang ke 2?? Jika kau persoalkan itulah diri kamu. Begitu juga aku sejak azali. Kemaafan itu akan terlafaz. Siapalah aku utk menjatuhkan hukum pada sesama manusia. Tetapi utk kembali bersatu dan bertaut seperti dulu amatlah sukar. Kita mgkin hanya boleh bersahabat sahaja. Mgkin tiada tali hubungan yg lebih jauh utk kita. Itulah takdirnya sekarang. Kawan ketawa senang utk di cari. Kawan menangis amatlah payah. Fahamilah diri sendiri dahulu sebelum kita cuba utk memahami org lain. Perbetulkan cara, perbuatan dan tindak tanduk kita sebelum kita cuba perbaikan cara org lain. Ingati diri kita sendiri dahulu sebelum kita cuba utk mengingati diri org lain.
Aku hanyalah seorang hamba yang di beri satu arah utk di tujui. Bukan mudah utk mensejahterakan manusia lain. Kini apa yg boleh aku lakukan hanya mengikut kehendak dan menunaikan hajat kamu. Kerana itu yg aku pelajari. Alam ini menjadi saksi setiap perilaku. Aku hanya mampu menadah tangan meminta akar kasih sayang yg aku punyai dapat dilimpahkan kepada kalian semua. Jalan ini semakin berliku. Jika bukan kita siapa? Jika bukan di sini di mana?
Bantulah aku utk membuat sebarang keputusan yang baik agar semuanya akan tenang. Bagikan aku sedikit kekuatan utk menempuh segala ujian. Berikan aku sedikit keyakinan utk terus sujud dan patuh atas ehsan dan aturanMU.
Amin..