-->
skip to main | skip to sidebar

PENCARIAN AKU....

Aku perlukan bimbinganMU Ya Tuhan. Kerana Engkaulah Gembalaku yang sejati.

About Me

My Photo
Liyza Aziz (LA)
Hidup ini satu pencarian. Aku sentiasa mencari tanpa pernah jemu. Terlalu banyak ilmu Allah yg tak mampu dan kdg2 tak tejangkau oleh fikiran. Carilah, dan kau akan temui jawapannya.....
View my complete profile

Friday, December 30

::Dewa Ohh Dewan Kencana::

Ohhhhhh... Ohhhhh....
Kesuma jiwa ku....
Mari2 oh mariiiiiiii.....
Rinduuu hambaaa.....

ecehhhhhhhh... amik mood zaman dolu2 la plak kan...
Actually this entry nak citer pasal tayangan Dewa Kencana yang lepas
Over all dari dengar2 komen org2 dan diri sendiri 
ermmmmm... agak mengecewakan la 
ade yg cakap boring dan penyampaian tu tak sampai...
Dari pemerhatian LA sendiri tak de yang boleh di bawak balik pun selepas menonton...
sib baik FREE je... =)
rata2 mengatakan mereka tak faham dengan jalan ceritanya....
apa pun Tahniah kepada produksi Teater Purbawara Dewa Kencana
akhirnya berakhir jugak setelah pelbagai rintangan dan halangan yang berlaku..
Maaf sebab tak dapat nak bersama menjayakan pementasan ini
hanya mampu duduk di kerusi menjadi penonton, tu je yang LA leh berikan sbg tanda sokongan, mungkin next time kalau ade jodoh kita akan berkerja dalam satu team... :)

ni video rakaman yg sempat LA amik masa pementasan... hanya dapat amik slot utk incik AD & abg din je la sebab memori tak cukup byk.. huhuhuhu

Aksi Cik AD n Wan Mimo..
Time ni je la panggung baru bergema dengan aksi depa ni
mmg cawerrrrrr... adessss, sib baik tak gegar video cam tu sgt...

Ni plak aksi penuh bergaya dan penuh kejahatan Abg Din...
hihihihihihi
pelakon2 Suara Alam mmg terbaik la dalam penghayatan watak
tahniah abg din...

Tunggukan teater seturusnya nanti bawah kelolaan BATEK
InsyaAllah.... =)

Bye!!

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 17:39 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

::DOA BUAT DIA::

Ya Tuhan..
DIA yang Maha Mengetahui..
DIA yang Maha Berkehendak..
DIA yang mengatur segala2nya sama ada di langit dan di bumi..
DIA yang memberi rahmat kepada setiap makhluk..
DIA yang BERKUASA atas segala-galanya…

HambaMU ini mengangkat tangan..
HambaMU ini menundukkan badan…
HambaMU ini menyerahkan jiwa dan raga..
HambaMU ini mengabdikan diri..
Untuk KAMU… Kerna KAMUlah pencipta yang abadi..

Sujud dan rukukku tanda syukurku…
Sujud dan rukukku tanda taatku..
Sujud dan rukukku tanda kesetianku..
Hanya padaMU…

Tapi Tuhanku…
Dalam kecintaan dan kasih ku padaMU…
Masih ada terselit rasa kasih dan cinta buat insan sesame makhlukMU…
Tidak betah ku melihat dia begitu…
Mencari2 di mana silapnya
Meraba2 di mana salahnya..
Hingga yang di mimpi hanya tinggal mimpi
Hingga yang di rancang tidak menjadi
Kesudahannya dia tenggelam…
Hanyut di bawa deras ujianMU…
Masihkah ada sinar untuk dirinya ya Tuhanku…
Masihkan ada jalan terang di hadapannya…
Jika benar masih ada sinar dan jalan itu…
KAU berikanlah sinar itu
Dan KAU terangilah jalan itu…
Untuk dia bangkit semula memulakan hidupnya yang baru…

Tuhanku…
Jika jalan yang di pilih sebelum ini bukan jalan terbaik utk dirinya…
KAU bisikkanlah kepadanya…
Agar dia tidak terus tersimpang jauh ke jalan itu…
Kemudian ku mohon padaMU yang Rabb…
Kau berilah laluan yang sebenarnya..
Agar bisa dia harungi jalan itu dengan mudah…
Dan dengan rasa bahagia dan bersyukur…
Dan semoga kasih sayangnya kepadaMU semakin berpaut erat…
Dan semoga rindunya kepadaMU semakin dalam..
Lebih dalam dari rasa rinduku untukMU…
Ku bermohon padaMU…
Aminnn....



Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 09:30 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Thursday, December 29

::Jodoh Itu Rahsia Allah::

Jodoh itu rahsia ALLAH,
Sweet Kan..? ALLAH nak
bagi kejutan dekat Kita..
♥
☻♥☻
/█\/█\
.||.||.
SEKUAT mana saya
SETIA...
SEHEBAT mana kita
MERANCANG...
SELAMA mana kita
MENUNGGU...
SEKERAS mana kita
BERSABAR...
SEJUJUR mana saya
MENERIMA AWAK...
Jika ALLAH tidak menulis
jodoh kita bersama..Kita
tetap TIDAK AKAN
bersama..Tiada yang
kebetulan melainkan
semuanya telah
dirancang..dan ALLAH
adalah sebaik2
perancang...

Tapi..
Jika jodoh itu milik kita
sejauh mana kita terbang pergi
sejauh mana kita terpisah 
Sekuat mana tentangan mendatang
Kita tetap akan di satukan
cuma masa dan ketikanya sahaja belum tiba..
sabarlah menanti waktu itu..
hanya jagai hubungan ini
Saya Sayang Awak..




Psttt... Psttt...
Mood jiwang la plak kau ni LA...
Aduyaiiii...
weeeeeeee... angry bird.. =)

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 12:46 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Wednesday, December 28

::Saje Suka-Suka Tulis Entry Ni::

Antara keperluan dan kehendak???


Mestilah kita perlu dulukan keperluan kan sebab kehendak tu adalah pilihan ke 2..
Contohnya LA ni teringin bangat nak guna iPhone 4 atau blackberyy tapi bila pk ade keperluan lain yang perlu di dahulukan kena la ketepikan keinginan tu… so simpan je la dalam list brg2 yg belum mampu di miliki… uwaaaaaaaaaaa…. Tiber sedey… tapi tak pe, ade rezeki tak ke mana… tak rugi membantu keluarga kan, dapat pahala seumur hidup.. kalau beli iPhone 4 atau BB tu rosak langsung tak leh pakai lagi then kena beli baru plak… (nak sedapakan hati tapi betul ape LA cakap… hahaha)

Cam ni la LA, bila di imbas kembali kehidupan sebelum ni rasa Alhamdulillah syukur sebab segala ujian yang DIA berikan mampu di lalui walau pun kadang2 salah penilaian dan salah buat keputusan… Syukur sekali lagi sebab masih di berikan peluang dan ruang utk membetulkan keadaan dan menjadi manusia lebih baik dan berguna terutama kepada keluarga sendiri…



Jika dulu masa mula2 kerja pas graduate, gaji RM800 je sebulan… tapi keje kat kg tak de la terasa terbeban sgt kan tu pun LA dok kerja part time kat TESCO Melaka nak cari duit lebih utk hulur kat mak, hampir setahun setengah gak la hidup tanpa life cam tu, siang keje office malam keje cashier… perghhhh… penat sehhh, tapi hepi sebab bila pi tesco  balik beli brg2 dapur ngan mak n adik2 semua penat hilang bila kita yg bayar duit dapur utk sebulan tu… weeeeeee….nikmat tau.. cer la korang buat….

Then oleh kerana sesuatu terjadi… apakah??? Hahaha, tak payah la nak story ye… LA membawa diri ke Bandar metropolitan ni KL… (cewahhhh.. ayat tak dan nak metro bagai kan).. n dengan alasan nak menimba byk pengalaman lagi kat kota ni… mak pun bg restu dan keizinan dia… dengan restu tu la LA di sini dan masih di sini….. cewahhh.. apsal la ayat bunga2 ni… Mekasih la pada mak kerana sentiasa percaya pada anakmu ini… =) love u mak..

Target nak dok merantau dalam 3 tahun je tapi dah terlajak ke 5 tahun plak, Alhamdulillah rezeki LA kat sini kot… Kalau nak cerita pasal pancaroba (kih kih kih kih) hidup kat KL ni mmg tak leh nak cerita la… mmg menduga sungguh, silap2 langkah leh tersembam jatuh ke tanah silap2 termakan pasir free free je weiiii… sib baik LA agak kuat n restu mak tu mmg sentiasa ada la…. Huhuhuhu, emosional la plak sekarang ni..

Now kehidupan much2 better… mampu nak bantu mak, sebenarnya tak nak bg dia kerja lagi tapi mak ni degil nak kerja gak… adessss… tak pe la mak, buat la mana yang termampu ye.. kalau rasa penat dah dok je la kat umah tu, bercucuk tanam ke, pergi mengaji ke… buat la apa mak suka kan…. Adik yg bongsu pun dah tamatkan sekolah menengah dia, tunggu result SPM je la now n sementara tunggu tu dia amik krusus jahitan kat giat mara, dah minat dia kan so LA sebagai kakak support je, pas ni leh la buatkan baju LA FREE kan, hahahhaha (sambil menyelam minum air ko...) pas tu leh la sambung diploma atau degree kat U jurusan fesyen kan kan kan… apa je adik2 LA dah minat mak n adik beradik lain sentiasa support…. Tu pentingnye restu seorang IBU… mmg sangat2 thankful di anugerahkan seorang ibu yg sentiasa memahami minat anak2 dan sentiasa memberi sokongan tu la sebab anak2 boleh berjaya… sebagai anak plak jangan nak amik kesempatan plak ye… =) ni dok cerita dari pengalaman okiesss…..



Then, now life makin terisi ngan keluarga angkat kat sini yang sentiasa beri kasih sayang tak berbelah bagi… Mekasih Ayahanda, Along, Mak Yam n anak2, abg din dan kak lin dan yang lain2 kerana menerima kehadiran LA dalam hidup kalian… Dan terima kasih kepada Incik AD kerana dia la penyebab LA mengenali mereka2 ini… Dan Incik AD sentiasa menjaga LA sepenuh hati dan sepenuh kasih dan sayang… huhuhuhuhu, terharu… Buat Incik AD, andai jodoh itu milik kita insyaAllah tibe masanya kita akan disatukan dalam satu ikatan yang sah ye… Kau adalah keperluan aku kini… cewahhhh… jiwang dah mai la plak… tetiber giler… kih kih kih kih..


Semoga perjalanan hidup LA dan kalian sentiasa mendapat restu kedua org tua dan dipermudahkan DIA… Ingat ye, DIA sentiasa ada dalam kita…

Bye!!

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 11:08 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Tuesday, December 27

::SOFTFEA ORANGE FIBER::

Hohohohoho…
Merry Christmas… (kih kih kih kih)
Tiber….

Rasanya tak terlambat nak ucapkan “Selamat Hari Natal” kepada sahabat2 yang menyambut.
LA dok gantung 5 helai stoking sok check tak de hadiah pun… hohohohoho
Rupa2nya umah tak de serombong cam ne santa claus nak masuk bg present kan kan kan..
(sumpah LA tipu je ni… hihihihi)

Huhuhu, agak jarang meng”update” blog sekarang ni..
Tak de idea.. kepala ni weng sket la lately ni… hahahha
So just nak update pasal biznes LA je ni..
Promote ko… 

LA ade la wat biznes sket2 utk tambah pendapatan yang tak mendapat sgt ngan keje kuli kat Baker Hughes ni… hahahha
Oleh kerana LA ni dok berkobar2 nak kecikkan badan yg semakin membesar ni..
LA pun mencari2 la produk2 perlangsingan yang mampu membantu LA selain LA kena kuar pi bersenam kat luar kan… hahaha.. (alasannya tak de masa.. weeeeee)

So LA try la satu kotak perlansingan yang di beri nama SOFTFEA ORANGE FIBER (SOF) buatan Malaysia dari Syarikat Kaisar Venus (M) Sdn Bhd.
Rasa dia ermmm… best rasa oren.. hihihihi
Tak de rasa yang pelik2 la..



Sepanjang menggunakan satu kotak tu mmg dia mengurangkan nafsu makan kita la…
LA try buat experiment pada diri sendiri ler..
Cuba tak makan seharian tu tanpa menggunakan SOF tapi perut dok berbunyi2…
Alahai… tak leh tahan… kena gak sumbat makanan…
Tapi kalau guna SOF tak de lak berbunyi2 tu… =)
YES… akhirnya jumpa jugak..
So if next time kerja byk tak sempat nak makan lunch tak la kisah lapar kan
Tapiii… cam mana pun kena makan gak sebab bila dah malam tu akan mula rasa lapar sebab badan kita cam ne pun kena makan walau pun sedikit..
So jgn tak makan langsung tau… =)

Apa Fungsi SOF???
Dia membantu meningkatkan metabolism badan kita… Selalunya org pompuan ni metabolism badan kita ni mmg pada tahap yg rendah, so bila lemak terkumpul susah nak di janakan menjadi tenaga (cewah cam pakar sains plak LA ni kan)

Selain tu cam LA bgtau sebelum ni SOF membantu mengurangkan nafsu makan kita.. pagi ni awal2 LA akan minum SOF ni dulu, then LA breakfast kuew tiaw goreng (sedap.. fov ni, weeeee) then sampai ptg ni tak de rasa lapar lagi… hihihi (masa lunch dok pi wat taik mata kat surau office… hahahha)

Selain tu kalau kamu, kamu dan kamu ade masalah gemuk, perut buncit (rasa perut cam dah kempis sket la… weeee), sembelit (mmg senang nak buang yg besar2 tu tau…), angin dalam badan (hihihihi, leganye dapat kentut… =P), Letih dan lesu serta susah nak tdo malam (LA siang atau malam mmg senang nak tdo, kih kih kih) leh la try test n cuba product ni… hahah

Erkk?? Rege dia erk?? Lupa lak nak kasi tau..
Rege dia sekotak RM49.90 utk Semenanjung Malaysia
Utk Sabah dan Sarawak rege dia RM52.90
FREE POSTAGE… =)

Kalau ada client dari Brunei atau Indonesia plak rege dia sama RM52.90 gak tapi Postage tak leh nak bagi FREE la sebab charge internasional ni mahal lagi…

Kalau ade yang berminat leh la SMS LA atau email LA je terus, tak pun tgglakan comment pun leh..
LA pengedar SOF kat area Subang Jaya… Leh COD kat sana ye
Atau ade yg berminat nak jadi AGENT leh gak.. sgt di alu2kan di seluruh Negara sebab LA baru menapakkan diri dalam pengedaran SOF ni, so baru nak mengembangkan sayap ni…

Sambil menguruskan badan sambil menjana pendapatan, hahahha.. I loike…

So pe lagi korang ni… jom la bako lemak yg lama dah tersimpan tu..
Di samping tu LA sarankan amalkan gaya hidup sihat dan kurangkan makan benda2 berminyak utk kesihatan dalaman dan luaran kita…
Ecehhhh… terlebih sudah ni..

Sila tunggu keputusan berat LA tahun depan ya…
Lalalalalalala

S : Time period boleh tak minum Softfea Orange Fiber (SOF) ni??
J : Boleh je sebab SOF ni sejenis fiber dan dia bukan jamu. 

S : Ada kesan sampingan tak SOF ni??
J : Depends pada body seseeorang, ada yang akan buang air besar kerap tapi ini utk sementara waktu je sebab berlaku proses pembersihan dalam perut. Untuk mengatasi masalah ni minum 100 Plus. Dan satu lagi tak de rasa berdebar2 atau rasa pelik2. =)

S: Kalau stop amik SOF ni ada apa2 effect ke??
J:Tak sebab dia sgt2 nature dan tak memberi kesan kepada hormon malah kita telah mengajar perut kita utk tidak makan dalam kuantiti yang banyak.

S : Boleh ke amik lebih dari satu sachet sehari??
J : TAK BOLEH!! Sebab fiber jenis yang menyerap banyak air so kalau amik lebih nanti air dalam badan akan byk kekurangan. Di nasihatkan agar minum air kosong byk .

S : Ada pantang larang tak??
J : Tak ada. Nak makan apa makan la tapi jangan lupa minum air kosong byk dan minum vitagen dan yakult untuk mendapatkan kesan lebih baik dan cepat.

S : Boleh tak minum kopi lepas minum SOF??
J : Boleh je tak de masalah nak minum apa pun tapi utk minuman kafein cuba jarakkan masa lebih kurang 3-4 jam untuk membiarkan badan menyerap vitamin dari SOF terlebih dahulu kerana kafein berupaya menyerap vitamin.

S: Boleh ke SOF di minum bersama produk slimming yang lain??
J : TAK BOLEH. Sbb slimming produk berfungsi meningkatkan metabolism badan dan ianya memerlukan penggunaan byk air dalam badan. Jika di ambil bersama kemungkinan besar air dalam badan akan jadi menjadi kurang 2 kali ganda.

S : Ada had umur ke untuk minum SOF ni?
J : Ya. SOF hanya boleh diminum oleh mereka yang berumur tidak kurang dari 15 tahun. Untuk mereka yang berusia 50 tahun ke atas juga tidak ada masalah untuk menggunakan SOF ini sebab ianya dikelaskan sebgai Jus dan Supplement.

S : Boleh ke minum SOF dengan air panas??
J : TIDAK BOLEH kerana dalam SOF ada vitamin.

 TESTIMONI




Bye!!


Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 15:49 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Thursday, December 22

:: DEWA KENCANA @ Royal Theatre Shah Alam::

Salam uols..
huhuhuhu
Lamanye tak update blog…
Byk urusan nak kena settlekan n keje kat office plak sekarang makin byk…
Di samping kerja2 pertubuhan
Dan bz ngan running my online bisness (LA Shoppe)..
Next entry LA akan citer la pasal biznes online LA tu ye…
Tak agak2 kau, semua aku nak buat… hahahha
Tapi tak pe la kan…
selagi leh organize masa kita sendiri tu semua tak de masalah…

So actually just nak buat pengumumun sket n nak ajak uols ramai2 mai beramai2 ajak orang ramai2 menyaksikan…….
Pementasan Purbawara Dewa Kencana
Bertempat di Royal Theatre Shah Alam
Pada 23-25 Disember 2011
Bermula jam 8.30..
Tiket : RM 5 (tapi ade dgr2 FREE)
Cewahhh, Promosi kau…


Jom jom jom kita pi serbu Royal Theater Shah Alam.... =)

Jom kita tgk belakang tabir ye, pelakon2 dan tenaga produksi...


 Ini Pengarahnye.. Garang x???
Saudara Kamarul AR (Presiden MTS)

Ni hero Si Dewa...
Amacam ensem tak... hihihihi, En. Razi... cayalah!!!

Ini heroinnya plak... Kencana
pandai berpencak silat... Cik Ika...

Ehh... Yana AF pun ade...
Watak Warni...

Ni la orang jahat lam citer ni... Antagonis sungguh... hihihih
Abg angkat LA tersayang.. Abg Din aka Sitara Bicara..
Watak Kusang Hitam..

Ni Cikgu Aida... Watak Ibu...

Tu plak Pak Desa...

Ehhh... Ehhh... Incik AD pun ade.. hahahha
watak Sura & Dadang (giler kuasa kau amik 2 watak.. huhuhu)
sorang lagi tu mesti kenal kan Roslan Salleh watak Tok Guru

Adesss... Bersilat pulak Incik AD ni... pandai ke??? hahaha

hah, kan dah kena... kih kih kih kih... Tu En Mat Rizal...
Adesss, lupa plak apa watak dia erkkk...

Di kalangan team2 produksi Dewa Kencana..
Terbaikkkk!!!

Promosi masuk dorio ko.... hihihihi..

Skrip...

capal... erk tiber....
kih kih kih kih
Ni ler capal org2 Purbawara pakai kan.. baru la rasa zaman dolu2...

LA mana?? hihihi, LA tak terlibat pun... Cuma memberi sokongan kepada penggiat2 seni teater ni... Mayb next time LA akan terlibat dengan team BATEK.. will update nanti..
kalau ada sape2 berminat nak berteater leh la bgtau..
Ade show atau ade job leh la LA calling2 nanti...
weeeeeeee
sampai sini dulu la uolssss
Mai tau tgk teater ni, bukan mudah nak tgk teater zaman dolu2 ni...

ok, Bye!!!

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 10:32 2 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Sunday, December 11

::SURPRISE~Happy Birthday Kak Lyn ::

                                     SURPRISE!!!!!
Happy Birthday Kak Lyn!!!!
Yeahhhhh....

Nilah birthday girl... boboyot tak perut dia.... hihihihihi...
(bulan ni sambuit birthday dia InsyaAllah bulan depan bakal anak dia plak... =)

Kek Coklat Pisang.... yummy.....
mengidam jugak rupanya kak lyn ni ngan kek coklat... hihihihi

Ok...
Birthday Kak Lyn sebenarnya pada 05.12.2011 yang lepas... Oleh kerana dah tak de kesempatan nak buat masa tu we all decide buat surprise kat dia semalam... cewahhhh...
Ni idea sape ni??? Dek LA ler... hahahha
Abg Din kata Kak Lyn majok sebab tak celebrate birthday dia... hihihihi, biar lah dia majuk lama sket.... =)

So dah planning baik punya... kol 10 LA dah pi amik kek yang di booking kat Kedai Cake Sence SS 15, Subang Jaya.... Nak beli secret resepi punya kek tak de stock kecik punya kan, kita org ni ber5 je... so LA siap google dalam internet mana nak cari kedai kek terdekat.... bukan main semangat lagi kan... hahahahaha...

So planningnya cam gini la.... kunun2nya nak buat surprise kat Kak Lyn... So LA n Incik AD memulakan sesi memasak makanan tengah hari menu Nasi Putih (Incik AD masak) + Paprik (LA yg masak) + Telur Dadar (Resipi Incik AD, LA tolong gorengkan je + Nugget Ramli satu packet (lom sampai majlis dah tggl setengah kena baham dak 2 org ni Si Wan Mimo & Incik AD... Adesssss) dan minuman Air Buah-buahan tropikal buatan Incik AD.

Kami dok plan la if Kak Lyn masuk dalam umah si Wan Mimo kunun2 ngah tdo n dia dah siap2 masak dah... Tapi....................
Jeng....
Jeng....
Jeng....

tiberrrrrrr...
Abg din kol si Wan Mimo kunun si Wan kat kedai Iskandar depan sana tu soh tapaukan makanan sebab Kak Lyn dah lapar bangat... hahhaa, sian Kak Lyn lapau tapi Abg Din wat tak tau je ajak balik umah dulu gaks.... hahahahaha

kita org pe lagi cam lipas kudung sembunyikkan makanan... tapi tak sempat nak sembunyikan gelas... adesss, kipas angin pun tak tutup... adess kali ke 2...

Bila depa masuk je umah dgrlah Kak Lyn bebel... Nape kipas tak tutup ni.... Abg Din lak jawab Wan baru kuar kot... Then dengar lagi Kak Lyn tanye nape gelas semua ni keluar plak... huhuhuhuh... kantoi sudah....

Tetiba abg din masuk dapur n we all pun kuar n nyanyi lagu birthday.... hahahha
Surprise tak??? Surpride tak???

hahahahah
walaupun terkantoi still surprise sket la....
Then sesi makan2 pun berlangsung... kelaparan sudah.. kol 3 baru leh makan... uwaaaaaaaaa....


Juadah tak seberapa dari LA untuk Kak Lyn... tapi decoration nugget tu hasil tangan Incik AD, adehhhh.... tak seni sungguh...


Suapan kasih sayang dari suami tersayang.... weeeee


Dah tak leh tunggu la tu... sib baik tak de ayam golek atas meja tu... =P


Alhamdulillah.....
Selsai sudah perancangan untuk hari semalam...
LA harap Kak Lyn di panjangkan usianya dan di beri rezeki yang baik2 dan hidup rumahtangganya semakin terisi dengan kelahiran orang baru tak lama lagi...
Love both of you...
hug n kiss dari LA...


** Hari ni pulak (11.12.2011), kami akan ke Johor Bharu, dan pagi esoknya pula ekspedisi naik ke Gunung Ledang akan menyusul dan turun pada esok hari berikutnya... Doakan perjalanan dan tugas yang di sandang berjalan lancar dan baik... Amin...
Meninggalkan kehidupan duniawi buat sementara waktu utk menjalankan tugas dengan ALAM.... =)

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 13:40 2 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Saturday, December 10

::REDHA ITU IKHLAS, PASRAH ITU MENYERAH::


.....REDHA??
Benarkah redha??? Macam mana nak redha??

"Barangsiapa yang tidak meredhai qadha-Ku dan tidak bersabar atas bencana yang Aku timpakan atasnya, maka carilah Tuhan selain dari pada-Ku" (HR Thabrani)

Redha itu ikhlas..
bila mulut kata redha tapi cukup ikhlaskah kita melafazkannya...
hanya DIA je yg tahu kan???
then salahkan Tuhan sebab semua kita buat tak jadi...
jgn buat giler weiii.....
kita kena tahu dah faham apa tugas kita kat muka bumi ni...

" Sesungguhkan AKU mengetahui apa yang kamu tidak ketahui"

See... sudah di beritahu kat situ, so kenapa nak argue lagi???
Semua yg direncanakan pada kita sebenarnya ada sebabnya....
Tolong jangan sampai salah pilih jalan... Kita ni sedang di uji Tuhan kita..
Salah perancangan dan perlaksanaanya mmg tunggu balasan je la...
keSABARan adalah tuntutan yang paling tinggi apabila kita di gelar insan di muka bumi ini...
Nak jadi MANUSIA semua mmg manusia tetapi nak menjadi INSAN mudah ke???
Nak belajar dan berjaya mmg mudah sebenarnya tetapi nak mengekalkan kejayaan tu yang paling SUSAH...
Nak beramal pun bukan susah pun tapi nak mengekalkan amalan tu... perghhhh PAYAH kan???


....PASRAH???
Bunyi macam sama je ngan redha kan??
Menyerah??? ape plak ni??
huhuhuhuhuhu....
Pasrah itu menyerah...
Sudah cukupkah kita menyerahkan segalanya???

Selepas Redha dengan apa yang terjadi kita harus pasrah..
LA selalu cakap pada diri sendiri sekarang ni....

"Aku dah lakukan apa yang Engkau suruh dan sekarang aku serahkan kepada Engkau untuk memutuskankannya"

Pasrah tu boleh disamakan dengan tawakal la... so apa resultnya nanti kena la kita redha ye... Semua perancangan dari Allah tu sebenarnya yang terbaik utk kita.. Jika yang ni kita buat tak boleh kita cuba plak benda lain sampai kita jumpa apa yang terbaik yang Allah dah ciptakan untuk kita...

Tu je la apa pandangan LA, kalau ada2 pandangan lain leh la sharing... LA masih terus mencari tanpa pernah jemu untuk setiap persoalan...

ok bye...

**LA takkan pernah putus asa untuk terus berharap kerana daripada harapan itulah akan lahirlah impian dan seterusnya menjadi kenyataan..... InsyaAllah... Jangan takut utk berharap dan di susuli keikhlasan... sekali pun harapan itu tidak menjadi nyata kita tetap mampu tersenyum dan membina harapan yang lain.... =)

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 00:42 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Thursday, December 8

::BLURRRRRRR::


Hai guys..
Today not in mood... + BLURRRR..
Perut mulas2..
Tak lalu nak makan...
So ni je untuk sarapan pagi ni...


Harap dapat memberi sumber tenaga utk hari ni dan badan tak menggigil2... :)
Harap roti LA beli ni pun tak la tersenyum sampai ke ptg ye..
Tak dan nak masuk ke tekak.. Selera tertutup
So masa lunch masuk lam surau, tutup lampu n tutup mata sekali... weee


Doakan LA cepat sembuh dan dapat beraksi dengan lebih cergas ye..
That's all
Bye!!!

**Bila nikmat sihat di tarik sementara... Bila nikmat makan di kurangkan.. Adessss... 
Aku terima....Thank you Allah.. =)




Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 11:34 2 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Wednesday, December 7

::AKU MAAFKAN KAMU::



Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi yang tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan





**MAAF itu adalah penawar paling baik untuk penyakit BENCI.... =)

Dah habis dah... See u at next entry.. =) TQ

Corat Coret Liyza Aziz (LA) at 15:32 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Wish List... weeeeeeee ~

1. iPhone / Blackberry
beli Samsung Galaxy SII la pulak... =)
2. Camera DCLR
3. iPad
4. Kereta Baru

=) mau!!! mau!! mau!!!

Nuffnag

Blog Archive

  • ►  2012 (41)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (12)
    • ►  February (11)
    • ►  January (11)
  • ▼  2011 (67)
    • ▼  December (17)
      • ::Dewa Ohh Dewan Kencana::
      • ::DOA BUAT DIA::
      • ::Jodoh Itu Rahsia Allah::
      • ::Saje Suka-Suka Tulis Entry Ni::
      • ::SOFTFEA ORANGE FIBER::
      • :: DEWA KENCANA @ Royal Theatre Shah Alam::
      • ::SURPRISE~Happy Birthday Kak Lyn ::
      • ::REDHA ITU IKHLAS, PASRAH ITU MENYERAH::
      • ::BLURRRRRRR::
      • ::AKU MAAFKAN KAMU::
      • :: BFF a.k.a Best Fren ForEver::
      • ::Arwah Hadir Dalam Mimpi::
      • ::Rindu itu hadir tidak pernah jemu sederas ombak ...
      • Zahiril Adzim: BMT langsung dari tangan
      • ::HATI RASA PANAS::
      • ::EJA NAK CAM NI GAK LEH TAK??? =) ::
      • ::DI SUATU HARI ITU::
    • ►  November (11)
    • ►  September (24)
    • ►  August (15)

Followers

Powered by Blogger.

My Blog List

  • Scarf Sweethoney
    BELLE Tudung Instant Shawl Double Loop
    5 years ago
  • .. cik epal ..
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
    5 years ago
  • Ini Blog Along Ayu
    Dear Eleanor (2016)
    8 years ago
  • ! anGah -iNi bLoG JiWa JiWa- !
    Dari Jauh
    12 years ago
  • P E N C A R I A N A K U
    ::Masa Kini::
    12 years ago
  • Qaseh Suchi: A never ending smile...
    Wish List.....?
    13 years ago
  • Love, Live, Life
    Hari yang busan.....*o*
    15 years ago

Pot Pet

Popular Posts

  • ::CUMI1569 @ KL::
    Salam uols… Seperti biasa LA ni ngah bosan kat office tak tau nak buat ape… Then ditambah ngan kemalasan utk bekerja memuncak2 setelah bercu...
  • ::PENGORBANAN::
    P.E.N.G.O.R.B.A.N.A.N Apa yang kita faham tentang pengorbanan?? Selalu org kata… “aku sanggup berkorban apa sahaja untuk memastikan apa y...
  • :: DEWA KENCANA @ Royal Theatre Shah Alam::
    Salam uols.. huhuhuhu Lamanye tak update blog… Byk urusan nak kena settlekan n keje kat office plak sekarang makin byk… Di samping kerja2 pe...
  • ::BZZZZZZZZZZZZZZZ::
    Salam uols.. lama giler rasanye tak meng'update' blog ni... adehhhh... RINDU sudah... So bz dengan kerja-kerja di ofis di tambah pla...
  • ::Rindu Ini Milikmu::
    Rindu itu tidak seperti api yang membakar... Tapi seperti air yang tenang menyejukkan... Juga menghanyutkan... ~Rindunya hati ini~ Rin...
  • ::BLURRRRRRR::
    Hai guys.. Today not in mood... + BLURRRR.. Perut mulas2.. Tak lalu nak makan... So ni je untuk sarapan pagi ni... Harap dapat memberi su...
  • ::SURPRISE~Happy Birthday Kak Lyn ::
                                         SURPRISE!!!!! Happy Birthday Kak Lyn!!!! Yeahhhhh.... Nilah birthday girl... boboyot tak perut dia....
  • ::Rindu itu hadir tidak pernah jemu sederas ombak di pantai::
    OMBAK RINDU hadirnya rindu itu mengikut alunan hempasan ombak tidak pernah jemu... cewahhhhhh.... Feeling lebih plak.... =) Bintang : le...
  • ::Novel Ketuhanan::
    Hai uols... Now LA ngah menggilerkan diri membaca NOVEL dari tulisan Ramlee Awang Murshid. Perghhhh... Dia punya cerita mmg best giler la.....
  • .:OpEn HoUsE & BaNgSaWaN:.
    Semalam LA dan keluarga Alam pi la open house kat Desa Idaman, Puchong, umah salah sorang keluarga Alam jugak la (kak BB @ Kak Azlina Idris)...

 


Free Blogger Templates by Leelou Blogs - Digi-Scrap Elements by Michelle Underwood